Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Potong Ayam Dengan Betul, Cepat dan Mudah untuk Disimpan

Kredit gambar: Youtube @Seismik Makan

Selalunya kalau kita ke pasar atau pasaraya, kita boleh minta penjual tolong potongkan ayam kan? Itu pun kalau kita nak beli seekor. Kalau beli bahagian-bahagian ayam tertentu seperti peha atau sayap, lagilah mudah. Sudah ada dibahagikan di kaunter jualannya.

Macam mana pula kalau masa kita membeli ayam tu, di situ tiada khidmat potong dan siang ayam? Haa.. dijualnya seekor-seekor, memang mencabar sikitlah nanti balik ke rumah.

Cara Potong Ayam Dengan Betul, Cepat Dan Cantik!

Kalau tiada pengalaman, memang bersilatlah di dapur nanti. Sebab itulah penting untuk kita belajar cara potong ayam ni Mommy.

Kita nak ayam yang kita potong tu di sendi yang betul dan nampak cantik je nanti. Tak naklah hancur atau terpotong di atas tulang ke, keluar darah bagai, susah nak proses ketika nak masak.

Cara potong ayam

Baiklah, jom kita ikuti langkah-langkah potong ayam ini satu persatu:

1. Pertama sekali, letakkan ayam dalam kedudukan macam ni.

Highlighted

Kredit gambar: Youtube @Seismik Makan

2. Kemudian, fokus pada kulit selaput di celah peha ayam tu. Di sinilah poin pertama yang kita akan potong. Okay, jom potong kiri dan kanan bahagian badan ayam. Jangan dalam sangat, sekadarnya je ya.

Kredit gambar: Youtube @Seismik Makan

3. Dah siap potong, pegang bahagian peha kiri dan kanan dan kepakkan kedua-duanya perlahan. Nanti akan terdedah hingga ke bahagian thigh.

Kredit gambar: Youtube @Seismik Makan

4. Dah terkopak elok, cari pula sendi di bahagian peha tu dan patahkan di situ.

Kredit gambar: Youtube @Seismik Makan

5. Bila dah dipatahkan, barulah senang untuk kita potong. Potongkan dengan pisau di bahagian tepi sendi tu ya sehingga putus.

Kredit gambar: Youtube @Seismik Makan

6. Sekarang, bila kita dah pisahkan quarter chicken bahagian peha dari kedua-dua sisi ayam, kita nak pisahkan pula bahagian thigh dan peha. Petuanya, lihat pada jaluran lemak antara kedua bahagian tu ya. Haa… di situ poin untuk potongnya.

Kredit gambar: Youtube @Seismik Makan

7. Baiklah, selesai bahagian peha dan thigh. Kita nak potong bahagian sayap ayam pula. Tipsnya, angkat bahagian sayap tu dan cari sendinya juga. Potong putus di situ ya.

Kredit gambar: Youtube @Seismik Makan

8. Selepas itu, kita nak potong bahagian dada ayam pula. Pusingkan dahulu ayam tadi dan cari di sisinya jaluran lemak yang ni. Potongkan sehingga putus.

Kredit gambar: Youtube @Seismik Makan

9. Bila dah terpisah, boleh rapikan bahagian ayam dengan memotong lebihan kulit di bahagian depan dan belakang dada ayam macam ni.

Kredit gambar: Youtube @Seismik Makan

 

10. Sekarang, kita nak pisahkan bahagian dada kepada dua bahagian pula. Pusingkan bahagian dada ni dan cari tulang yang berbentuk V. Potong hingga putus.

Kredit gambar: Youtube @Seismik Makan

 

11. Bila dah terpisah 2, kita boleh potongkan pula bahagian dada ni kepada 3 bahagian setiap satunya.

Kredit gambar: Youtube @Seismik Makan

12. Akhir sekali, ambil bahagian belakang badan yang terpisah dengan bahagian dada tadi dan potongkan kepada 3 bahagian juga.

Kredit gambar: Youtube @Seismik Makan

13. Ayam yang dipotong kepada 15 bahagian, siap!

Kredit gambar: Youtube @Seismik Makan

Asalkan kita tahu cara dan poin untuk potongannya, memang senang kan?

Cara Potong Ayam

Nanti boleh praktikkan di rumah ya? Yang paling penting dalam pemotongan ayam ni adalah, pisau yang tajamlah. Kalau pisau tumpul, jenuh juga tu.

Selamat mencuba Mommy! Jom cuba cara siang ikan pula!

Sumber: Seismik Makan