Ibu, Bayi & Kanak Kanak

6 Tips & Cara Potong Daging Yang Betul. Barulah Mudah Empuk!

cara potong daging

Kredit gambar: www.masterclass.com

Selain pemilihan bahagian daging yang lembut dan tidak mempunyai urat, terdapat beberapa cara potong daging dengan betul yang Mommy mesti tahu supaya daging mudah disediakan dan hidangan cepat dimasak dan tidak liat.

Menu dengan bahan utamanya adalah daging memang terkenal dengan keenakan dan rasa manisnya.

Seperti menjadi kewajipan bagi orang melayu mesti ada menu daging apabila terdapat kenduri kendara atau majlis keraian.

Walaupun sedap masakan daging itu, jika daging yang liat dan sukar dikunyah boleh menyebabkan kita hilang selera untuk makan.

Mommy juga perlu tahu jika potongan daging tidak dilakukan dengan cara yang betul, daging sukar menjadi empuk walaupun dimasak lama.

Oleh itu, melalui perkongsian kali ini kami akan kongsikan cara-cara untuk memotong daging menggunakan kaedah yang tepat.

Panduan Cara Potong Daging Agar Tidak LiatĀ 

Berikut disertakan beberapa cara atau teknik yang amat penting untuk dilakukan semasa memotong daging dengan mudah.

#1. Kenal pasti urat atau ira daging

Highlighted

Kredit gambar: www.gq-magazine.co.uk

Perkara yang paling penting sekali ialah Mommy mesti tahu cara potong daging dengan mengenal pasti arah urat atau ira daging.

Kebiasaannya kita dapat melihat urat daging yang berwarna putih memandangkan ianya sangat kontra dengan daging yang berwarna merah.

Untuk mendapatkan daging yang empuk, Mommy perlu memotong daging berdasarkan urat atau ira tadi.

#2. Cara potong daging lawan urat

Kredit gambar: izzycooking.com

Untuk kaedah potong daging ini, Mommy perlu lihat arah ira daging tersebut terlebih dahulu.

Kemudian, barulah potong daging pada arah yang bertentangan dengan urat bukannya mengikut urat. Jika arah urat atau ira tersebut memanjang, potong atau hiris daging tersebut secara menegak dan sebaliknya.

Cara pemotongan daging ini sangat memainkan peranan jika Mommy mahu daging yang dimasak mudah menjadi empuk dan tidak liat.

#3. Buang lemak dan urat pada daging

Kredit gambar: www.randallrt.xyz

Lemak-lemak dan urat yang ada pada daging perlu dibuang juga agar masakkan daging empuk dan mudah dimakan. Ini kerana lemak dan urat yang besar jika dibiarkan akan menyebabkan daging menjadi liat dan sukar untuk dikunyah.

#4. Bekukan daging separa beku

Kredit gambar: www.bonappetit.com

Untuk memudahkan potong daging, Mommy juga boleh bekukan daging sekitar 45 minit hingga ke 60 minit sahaja. Ini kerana daging separa beku lebih mudah untuk dipotong berbanding daging pada suhu bilik.

Ianya juga merupakan tempoh yang paling ideal dan memudahkan daging tersebut untuk dihiris. Jangan terlalu lama ini akan menyukarkan kita untuk memotongnya kerana ia akan menjadi terlalu keras.

#5. Pemilihan pisau yang betul

Kredit gambar: thekitchencommunity.org

Menggunakan pisau yang sesuai dan tepat amat penting bagi memastikan daging dapat dipotong dengan mudah. Pisau yang tajam dapat memudahkan kerja memotong kerana daging itu sendiri bersifat liat.

Elakkan daripada menggunakan pisau yang terlalu pendek dan kecil seperti pisau untuk mengupas bawang atau memotong sayur kerana jika menggunakan pisau yang lebih pendek sangat berbahaya untuk memotong daging yang agak liat.

Mommy juga perlu memastikan bagi potongan daging yang lebih besar dan keras seperti tulang rusuk, pisau atau parang yang besar dan berat lebih sesuai untuk digunakan.

Seterusnya, gunakanlah pisau yang lebih kecil dan halus tetapi tajam untuk memisahkan daging daripada tulang.

#6. Cara potong daging dengan memilih jenis daging

Kredit gambar: www.readersdigest.co.uk

Sebenarnya, tidak cukup dengan sekadar mengetahui cara potong daging lawan urat, Mommy juga perlu tahu jenis daging yang sesuai untuk dimasak dalam hidangan kerana ada jenis daging yang mungkin tidak sesuai dengan cara masakan tersebut.

Contohnya daging bahagian otot yang berserat kasar amat sesuai untuk hidangan yang berkuah seperti sup dan gulai.

Tetapi, jika Mommy ingin memasak hidangan yang lebih cepat dimasak dan ia agak kering contohnya seperti rendang, bahagian daging batang pinang adalah lebih sesuai digunakan kerana ianya merupakan daging yang berserat halus dan mudah empuk.

Sekarang Mommy dah tahu cara potong daging yang betul kan? Haa bolehlah mula masak apa sahaja resepi daging seperti dikongsikan di SINI.


Inginkan lebih banyak resepi untuk dicuba? KlikĀ DI SINI.