Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Lesen Memandu Hampir Tamat Tempoh? Ketahui Cara Renew Lesen Online Yang Mudah Dan Pantas

Memandu adalah perkara yang menyenangkan di Malaysia kerana kemudahan jalan raya sudah semakin banyak dan sedia ada. Kalau tempoh lesen memandu Mommy atau suami hampir tamat, anda amat digalakkan untuk melakukan dan mengetahui cara renew lesen online.

Ini akan memudahkan dan mempercepatkan pembaharuan lesen memandu anda. Bukan itu saja, ia juga amat mudah untuk dilakukan dan tentu akan menjimatkan masa dan tenaga. Bolehlah buat perkara lain yang lebih penting!

Highlighted

Kredit gambar: Getty Images

Syarat-syarat Pembaharuan Lesen Online

Sebelum membuat aplikasi pembaharuan, anda perlulah memenuhi syarat-syaratnya seperti berikut.

  1. Warganegara Malaysia yang memiliki lesen memandu CDL (Competent Driving Licence) sahaja.
  2. Pemegang lesen tidak disenarai hitam kerana melakukan kesalahan di atas jalanraya.
  3. Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah satu hingga lima tahun sahaja.

Langkah/Cara Renew Lesen Online

Untuk pengetahuan anda, terdapat tiga platform yang boleh digunakan untuk membuat pembaharuan lesen secara online atau atas talian.

A) Pembaharuan Melalui LESEN2U

1. Layari laman web LESEN2U (lesen2u.my).

2. Tekan butang ‘Perbaharui Lesen Memandu Anda‘.

3. Lengkapkan borang pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan pilih tempoh pembaharuan lesen memandu sama ada satu, dua, tiga, empat, atau lima tahun. Tandakan kotak untuk bersetuju dengan terma dan syarat pembaharuan.

4. Tekan butang ‘Hantar Permohonan & Buat Bayaran‘.

5. Semak butir dan pilih cara pembayaran dan tekan butang untuk membuat bayaran.

6. Permohonan dan pembayaran yang berjaya dibuat akan disemak dan disahkan. Proses pembaharuan akan mengambil masa di antara empat hingga lima hari bekerja sebelum disiapkan. Anda akan menerima slip sementara menggantikan lesen sementara menunggu lesen dihantar ke alamat anda.

7. Lesen memandu anda yang baharu akan dihantar ke alamat penghantaran seperti yang diisi pada Borang Pembaharuan.

Cara ini adalah paling mudah sekali untuk renew lesen anda. Hampir sama sahaja seperti online shopping, betul tak?

B) Pembaharuan Melalui MYEG

1. Layari portal MYEG (www.myeg.com.my).

2. Pilih perkhidmatan ‘Perbaharui Lesen Memandu‘.

 

3. Tekan ‘Pembaharuan Lesen Memandu‘.

4. Daftar sebagai pengguna MYEG jika anda ialah pertama kali menggunakan portal ini. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.

5. Pilih menu ‘Jabatan Pengangkutan Jalan‘ (JPJ).

6. Pilih ‘Perbaharui Lesen Memandu (CDL)‘.

7. Baca terma dan syarat, kemudian tekan butang ‘PROCEED/TERUSKAN‘.

8. Isikan maklumat pengguna, dan pilih kaedah pengambilan lesen, sama ada secara penghantaran atau pusat e-khidmat.

9. Portal MYEG mengenakan bayaran atau caj penghantaran bergantung kepada kawasan.

10. Semak maklumat sebelum menekan butang ‘PROCEED/TERUSKAN’. Kemudian anda boleh buat pembayaran secara online juga.

11. Penghantaran akan dibuat dalam empat hingga lima hari bekerja ke alamat yang dimasukkan.

Cara renew lesen online melalui MYEG hampir serupa seperti melalui LESEN2U, tetapi bayaran penghantaran dikenakan caj. Anda juga mempunyai pilihan untuk mengambil lesen yang telah diperbaharui melalui pusat e-khidmat.

C) Pembaharuan Melalui mySIKAP

  1. Login ke portal mySIKAP (public.jpj.gov.my).
  2. Pilih menu Lesen Memandu.
  3. Pilih Pembaharuan Lesen Memandu.
  4. Isikan maklumat pembaharuan lesen.
  5. Buat bayaran secara online.
  6. Semak dan buat pengesahan.

Lesen yang telah diperbaharui melalui cara ini melibatkan pengambilan lesen fizikal di kaunter JPJ.

Denda Lambat Renew Lesen

Kadang-kala dengan kesibukan kehidupan harian, ada yang terlupa untuk renew lesen memandu, terutamanya yang selalu renew setiap lima tahun.

Anda perlu peka tentang tempoh lesen memandu anda. Kalau tak, denda akan dikenakan!

Kredit gambar: paultan.org

Denda tersebut akan bergantung kepada beberapa spesifikasi dan had masa yang ditetapkan oleh pihak JPJ.

Tiada sebarang denda bayaran lebihan bakal diterima kepada yang lewat renew lesen melebihi 2 bulan. Walaubagaimanapun, anda diwajibkan menghidupkan lesen memandu dalam tempoh dua tahun dan ke atas.

Tindakan denda diambil bukan dari segi bayaran yang perlu dibayar. Ia adalah pembatalan pemilikan lesen memandu seseorang itu.

Jadi, untuk mengelakkan lesen memandu ditarik balik, anda wajib membuat pembaharuan lesen mengikut tempoh waktu denda lambat renew lesen yang ditetapkan.

Sekiranya lesen memandu tidak diperbaharui dalam masa tiga tahun, pemohon perlu menduduki semula ujian untuk mendapatkan lesen memandu.

Semoga bermanfaat.