Negara kita yang tropika ni memang kebanyakkan masanya panas. Bukan sahaja pada waktu siang tetapi waktu malam juga.
Bila jadi macam ni, mulalah terganggu waktu tidur dan anak-anak pun merengek je sebab susah nak lena dan berpeluh.
Sejukkan Bilik Di Rumah Dengan 15 Cara Ini
Untuk mengatasi masalah ini, Mommy boleh usahakan beberapa cara seperti:
#1. Pasang penghawa dingin
Secara umumnya, penghawa dingin lah yang boleh menyejukkan ruang dalam bilik dengan cepat kan? Kalau ada bajet lebih, boleh pasang di setiap bilik di rumah.
#2. Buka tingkap pada waktu siang
Untuk mengelakkan haba panas terperangkap dalam rumah, sentiasalah buka tingkap bilik pada siang hari supaya ada aliran udara yang baik.
#3. Gunakan lampu LED
Berbanding yang lain, lampu LED ni tidak mengeluarkan haba yang panas sangat. Selain daripada itu, Mommy juga boleh jimatkan penggunaan elektrik.
#4. Guna mist air cooler
Kalau tak nak pasang penghawa dingin, boleh je beli mist air cooler. Ia turut memberi efek seperti penghawa dingin.
#5. Pasang exhaust fan
Kita selalu tengok orang pasang exhaust fan di dapur kan? Sebabnya ia berfungsi untuk menyedut dan buang haba panas di ruang tu.
Jimat duit dan tidak memerlukan effort lebih, exhaust fan boleh menyejukkan suhu dalam bilik Mommy.
#6. Kurangkan barang dalam bilik
Perasan tak kalau barang kurang, udara dalam ruang tu pun lebih sejuk? Nanti cuba kurangkan mana-mana barang yang tak perlu ya?
#7. Jemur tuala lembab dalam bilik
Di samping itu, boleh juga amalkan untuk jemur tuala lembab dalam bilik. Tak perlu jemur di ampaian kerana tuala yang lembab ni akan mengering dan memberi kelembapan kepada ruang dalam bilik.
#8. Letakkan besen berisi air dalam ruang bilik
Sama konsep seperti tuala lembab, air dalam besen akan menyejat ke udara dan menurunkan suhu bilik.
#9. Dedahkan sepinggan ais batu dalam bilik
Cara lain yang berkesan juga, boleh dedahkan sepinggan ais batu dalam bilik. Kena sabar sikit, tapi lama-kelamaan apabila ais mencair, pasti akan terasa bezanya.
#10. Buat cross breeze
Pembinaan rumah dulu-dulu ada menekankan cara ini. Rumah kayu tetapi kenapa tidak begitu panas? Ini kerana pembinaannya itu sendiri menciptakan konsep cross breeze ni.
Dari satu sumber, udara masuk dan sumber satu lagi, udara keluar.
#11. Kurangkan penggunaan peralatan elektrik yang mengeluarkan haba
Penggunaan peralatan elektrik di siang hari akan meninggalkan haba dalam rumah. Kalau suhu tengah tinggi, kurangkanlah penggunaan dishwasher, dryer dan oven ya.
#12. Sembur air sejuk di udara
Cara seterusnya untuk sejukkan bilik adalah dengan sembur air sejuk di udara. Isikan je botol semburan dengan air sejuk dan semburkan ke seluruh ruang bilik.
Memang cepat je bilik sejuk nanti!
#13. Jangan berkumpul dalam bilik
Badan kita ni mengeluarkan haba juga dan turut menyumbang kepada suhu bilik tu. Jadi untuk kurangkan suhu, elakkan daripada berkumpul ramai-ramai dalam bilik ya?
#14. Guna langsir yang insulated
Sesetengah kain langsir akan menyerap haba dan membuatkan ia terperangkap dalam bilik Mommy. Apa kata tukarkan kain langsir Mommy kepada insulated atau thermal curtain?
#15. Pasang tirai di luar tingkap
Boleh juga cuba cara ni. Pasangkan tirai seperti tirai kayu di luar tingkap. Ia akan memantulkan haba dan mengurangkan haba panas daripada terperangkap dalam bilik.
Cara Sejukkan Bilik Di Rumah
Mommy dan Daddy bolehlah cuba beberapa tips di atas ya? Semoga ia berkesan dan membantu menyejukkan ruang dalam bilik di rumah!
Sumber: newair
Dapatkan pelbagai tips dan hacks yang lain di SINI.