Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Siang Ikan Guna Gunting Je. Paling Mudah!

cara siang ikan guna gunting

Kredit gambar: istockphoto

Bukan anak dara je ya, mereka yang dah berkahwin pun belum tentu dah expert bab siang ikan ni. Maklumlah.. lain ikan lain caranya. Selama ni pun, ibu tersayang yang selalu buatkan.

Kalau kita tak belajar, memang tak akan tahu dan tak pandai lah. Sekarang ni, cara siang ikan dah semakin mudah. Orang tua dulu-dulu selalu siang ikan guna pisau je. Tetapi sekarang, ramai dah guna gunting dan ternyata, jauh lebih mudah!

Sesetengah orang tu, dah tak perlukan dah papan penghiris kalau siang ikan guna gunting ni.

Cara Siang Ikan Guna Gunting

Jom, kita cuba siang ikan kembong menggunakan gunting. Cara ni terpakai untuk kebanyakkan ikan seperti ikan selar, ikan mata besar dan ikan pelaling.

Cara siang ikan

Sediakan gunting dan pisau kecil, jom mulakan!

1. Pertama sekali, buka bahagian insang ikan macam ni.

Highlighted

Kredit gambar: Youtube @Dunia Puan Sally

2. Kemudian, gunting sehingga putus di bahagian atasnya ini. Ini untuk memudahkan kita nak tarik insangnya keluar kejap lagi Mommy.

Kredit gambar: Youtube @Dunia Puan Sally

3. Dah siap, pusingkan ikan dan guntingkan di bahagian perutnya.

Kredit gambar: Youtube @Dunia Puan Sally

4. Guntingkan sehingga hujung perut ya. Kalau dah mahir, boleh gunting separuh sahaja.

Kredit gambar: Youtube @Dunia Puan Sally

5. Selepas itu, pusingkan balik badan ikan dan tarik keluar insangnya bersama dengan perut sekali gus.

Kredit gambar: Youtube @Dunia Puan Sally

6. Haa.. macam ni lah apabila dah dibuang insang dan perutnya.

Kredit gambar: Youtube @Dunia Puan Sally

7. Sekarang, kita rapikan dengan menggunting sirip tepi ikan macam ni. Di kedua-dua belah ya.

Kredit gambar: Youtube @Dunia Puan Sally

8. Di bahagian ekor juga sedikit. Sekadar untuk buang yang di hujungnya sahaja. Kalau tak nak pun tak apa. Sesetengah orang suka bahagian ekornya ni. Rangup apabila digoreng.

Kredit gambar: Youtube @Dunia Puan Sally

9. Dah siap buang kotoran dan rapikan sirip dan ekor ikan, barulah kita basuh bersih ikan kita.

Kredit gambar: Youtube @Dunia Puan Sally

10. Seterusnya, kalau nak kelar ikan, sebaiknya kelar terus masa ni sebelum disimpan dalam peti sejuk beku ya.

Kredit gambar: Youtube @Dunia Puan Sally

11. Ikan Mommy dah siap disiang, bersih dan cantik!

Kredit gambar: Youtube @Dunia Puan Sally

Senang je kan kaedah ni? Tengok atas kesesuaian juga ya Mommy. Ada sesetengah ikan tu, sirip di bahagian atas badannya tajam juga seperti ikan selar. Boleh juga nak guntingkan supaya kemas dan tak luka tangan kalau nak makan nanti.

Cara Siang Ikan Guna Gunting

Kejap je ni di dapur. Seekor demi seekor, tengok-tengok dah habis sekilo ikan dah disiang. Makin lama makin mahir lah nanti.

Simpan dalam bekas yang tertutup di dalam peti sejuk beku ya supaya kesegaran ikan lebih terjamin.

Sumber: Dunia Puan Sally