Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Cara Siang Ketam – Step By Step Yang Mudah Bersama Gambar

Kredit gambar: Youtube @ M9 Daily

Antara makanan laut yang paling sedap dan digemari ramai mestilah ketam kan? Ketam masak telur masin, ketam berlada, kari ketam, Kam Heong, dan banyak lagi yang tidak boleh disangkal kelazatannya. Memang sampai licin pinggan kalau dapat menu ketam.

Tapi sebelum nak masak tu, kenalah siang ketam dengan betul dan bersih-bersih dulu. Bukannya apa, kalau tak dibersihkan dan disiang dengan betul, kurang sedap lah bila dimasak nanti. Tak seronok rasanya nak menikmati keenakan isi ketam kalau kakinya tak dipotong kemas.

10 Cara Siang Ketam – Step By Step Yang Mudah Bersama Gambar

Jadi, dalam perkongsian kali ini, Motherhood nak share 10 cara nak siang ketam yang betul dan mudah, step-by-step, khas untuk Mommy dan Daddy.

Senanglah anak-anak nak makan nanti. Jom cuba cara daripada perkongsian di YouTube ini:

#1. Potong hujung sepit ketam

Highlighted

Kredit gambar: Youtube @ M9 Daily

Mula-mula sekali, potongkan hujung sepit ketam dengan gunting.

#2. Potong semua hujung kaki ketam

Kredit gambar: Youtube @ M9 Daily

Kemudian, potongkan pula kesemua hujung kaki ketam. Di bahagian ini, memang biasanya tak ada isi lah.

#3. Buang cengkerang atas ketam

Kredit gambar: Youtube @ M9 Daily

Dah siap, perlahan-lahan buangkan pula cengkerang atas ketam tu macam ni.

#4. Potong lebihan cengkerang

Kredit gambar: Youtube @ M9 Daily

Nanti dah tertanggal, akan ada lebihan cengkerang macam ni. Mommy potongkan juga supaya lebih kemas ya.

#5. Buang insang ketam di kiri dan kanan

Kredit gambar: Youtube @ M9 Daily

Seterusnya, buangkan dengan jari insang ketam yang berada di kedua-dua belah kiri dan kanan badan ketam.

#6. Potong di bahagian tengah badan ketam

Kredit gambar: Youtube @ M9 Daily

Sekarang bolehlah potongkan bahagian tengah badan ketam.

#7. Bersihkan lendir dan sisa kotoran lain pada ketam

Kredit gambar: Youtube @ M9 Daily

Bila dah potong tu, akan ada lendir-lendir atau sisa kotoran yang keluar. Bersihkan ya.

#8. Periksa di cengkerang jika ada telur ketam

Kredit gambar: Youtube @ M9 Daily

Dah selesai badan ketam ni, jangan lupa pula untuk periksa cengkerang yang Mommy buka tadi. Kot-kot la ada telur ketam. Rugi tu kalau buang.

#9. Basuh ketam bersih-bersih

Kredit gambar: Youtube @ M9 Daily

Sekarang bila dah buang bahagian ketam yang tak perlu, bolehlah basuhkan ketam tadi dengan bersih. Jangan lupa untuk bersihkan lebihan lendir dan sisa-sisa kotoran ya Mommy.

#10. Tumbuk sepit ketam sedikit

Kredit gambar: Youtube @ Cooking Ideas

Bila dah bersih, ketukkan sedikit di bahagian sepit ketam supaya lebih lembut dan mudah untuk kuah atau rempah masakan masuk dan meresap ke dalam isi ketam nanti.

Senang Je Kan Siang Ketam Ni?

Senang je kalau dah tau caranya kan? Nanti Mommy bolehlah cuba siang ketam dengan cara ini ya?