Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Siang Sotong Dengan Bersih, Sekejap Je di Dapur Mama!

cara siang sotong

Kredit gambar: istockphoto

Kalau beli sotong, memang semangat lah. Sebabnya nanti bila balik daripada pasar, sekejap je masa yang diperlukan di dapur nanti. Nak siang sotong ni mudah je. Jari kita kena cekap lah cabut situ sini.

Bila dah siap siang, nak masak terus pun elok. Segar-segar ni, memang terasa fresh sotong tu. Dah siap siang, nak simpan dalam peti sejuk beku terus pun boleh.

Kalau Mommy nak masak sotong sikit-sikit, simpankan dalam bekas atau plastik yang asing-asing ya?

Cara Cepat Siang Sotong Dengan Bersih, Sekejap Je Di Dapur!

Baiklah, sekarang jom kita siang sotong dengan cara yang cepat tetapi bersih.

Siang sotong ni, tak perlukan peralatan sangat. Banyak langkah yang kita guna jari je. Jom, mulakan!

1. Pertama sekali, kita pegang bahagian kepala dan badan sotong dan tarik kepalanya keluar untuk pisahkan daripada badannya.

Highlighted

Kredit gambar: YouTube @Rasa

2. Kemudian, tarik keluar tulang belakang sotong pula.

Kredit gambar: YouTube @Rasa

3. Dah siap, pegang kepala sotong dan tarik bahagian perutnya yang ada dakwat menghala ke bawah.

Kredit gambar: YouTube @Rasa

4. Seterusnya, picit kepala sotong di bahagian yang menutupi giginya yang keras tu. Nanti giginya akan terkeluar.

Kredit gambar: YouTube @Rasa

5. Bila dah siap buang kotoran semua, macam ni lah rupa sotong kita Mommy.

Kredit gambar: YouTube @Rasa

6. Sesetengah orang, tak suka rupa sotong dengan selaput kulit ungunya. Jadi boleh juga buangkan kulit ungu sotong ni.

Kredit gambar: YouTube @Rasa

7. Kalau Mommy suka masak seekor-seekor, abaikan ya. Tetapi kalau nak potong kepada beberapa bahagian, seeloknya Mommy buang dan simpan asing telur sotong. Senang nak masak nanti dan yang penting, tak hancur.

Kredit gambar: YouTube @Rasa

8. Selepas itu, bolehlah potong sotong mengikut cara masing-masing. Nak kelar sahaja ke, potong tiga ke, memanjang ke, ikutlah ya.

Kredit gambar: YouTube @Rasa

9. Basuh dan simpan sotong dalam peti sejuk beku, siap!

Haa.. kan dah cakap. Cabut, tarik dan potong; senang je kan? Cepat dan bersih!

Cara Cepat Siang Sotong Dengan Bersih

Lain orang memang lain cara memasak dna penyediaan makanan. Tetapi kalau siang sotong ni, memang tak beza sangat. Hampir sama je kesemuanya.

Nanti dah siang sotong ni, rancangnya nak masak apa Mommy?

Sumber: Rasa


Dapatkan panduan untuk memudahkan kerja harian Mommy di SINI.