Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Harga Petai Mahal di Luar Musim? Cuba Cara Simpan Petai Tahan Lama dan Tetap Segar Ini!

Kredit gambar: Youtube@ Phesi Esterju

Kalau dulu-dulu, tak adalah mahal sangat harga petai ni. Zaman sekarang, makin mencanak naik harganya. Lebih-lebih lagi kalau di luar musimnya, memang berfikir banyak kali nak beli kan?

Kalau teringin sangat tu barulah beli juga. Tapi terfikir juga. Buat mereka yang berniaga, macam mana mereka sentiasa ada bekalan petai yang segar di luar musim ya?

Harga jualan masakan pun sama je, tak adalah mahal daripada kebiasaan.

Cara Simpan Petai Tahan Lama dan Tetap Segar

Haa.. jom Motherhood kongsikan tips macam mana nak bagi petai tahan lama dan tetap segar, walaupun setahun dalam simpanan.

Dah beli petai, kita buat satu persatu:

#1. Kopek isi petai dan masukkan ke dalam bekas

Mula-mula sekali, mestilah kena kopek isi petai dahulu kan? Buang semua kulitnya, termasuklah kulit selaput putih dan masukkan isi petai ini ke dalam satu bekas bersih.

Highlighted

Kredit gambar: Youtube@ Phesi Esterju
Kredit gambar: Youtube@ Phesi Esterju

#2. Didihkan air dan tuang ke dalam bekas petai

Kemudian, didihkan air dan tuangkan ke dalam bekas bersama petai. Rendamkan dalam tempoh sekitar 3 hingga 5 minit ya.

Kredit gambar: Youtube@ Phesi Esterju
Kredit gambar: Youtube@ Phesi Esterju

#3. Buang air panas dan rendam petai dalam air ais

Mommy akan perasan warna petainya berubah apabila direndam dalam air yang mendidih tu. Bila dah berubah warna tu, buang air panas dan rendamkan petai di dalam air yang berisi ais pula.

Kredit gambar: Youtube@ Phesi Esterju

#4. Toskan petai dan keringkan

Selepas beberapa minit, toskan air sejuk ni dan keringkan petai dengan tisu sehingga betul-betul kering.

Kredit gambar: Youtube@ Phesi Esterju

#5. Bungkus petai kepada beberapa bahagian

Dah kering tu, bungkuskan petai ke dalam beberapa plastik untuk beberapa bahagian. Nanti senang apabila kita nak masak. Pastikan plastik diikat atau disimpul mati ya. Ini untuk memastikan kedap udaranya.

Kredit gambar: Youtube@ Phesi Esterju

#6. Simpan dalam bekas kedap udara dan masuk dalam peti sejuk beku

Kalau nak simpan dengan plastik macam tu je, boleh. Tapi lebih elok kalau simpan kesemuanya di dalam bekas yang kedap udara. Kemudian, simpan terus di dalam peti sejuk beku.

Kredit gambar: Youtube@ Phesi Esterju

Cara Simpan Petai Tahan Lama dan Tetap Segar

Ini kalau berbulan pun, tetap segar tau apabila dikeluarkan daripada peti sejuk beku. Kita simpankan dalam plastik yang asing-asing supaya bila nak guna, boleh ambil dalam kuantiti yang sesuai dan yang lainnya, tetap segar.

Mommy buat petua ni, petai tetap segar dan rangup tau. Ada juga yang skip rendam dalam air yang mendidih dan terus rendam dalam air berais. Dua-dua cara pun boleh, yang mana Mommy selesa lah ya.

Nanti bolehlah masak macam-macam menu yang gunakan petai!

Sumber: Phesi Esterju