Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Panduan Lengkap Cara Solat Duduk Ibu Mengandung Mengikut Dalil Tepat

cara solat duduk ibu mengandung

Kredit gambar: my.theasianparent.com

Semakin meningkat usia kandungan, semakin sukar wanita hamil untuk melakukan pergerakan apatah lagi ketika menunaikan solat. Dalam Islam, terdapat beberapa kelonggaran yang diberikan mengenai cara solat ibu mengandung dan dibolehkan bagi wanita hamil untuk melakukan solat dengan cara solat duduk ibu mengandung mengikut tertib yang ditetapkan.

Jadi, bagi Mommy yang menghadapi kesukaran dalam pergerakan ketika menunai sembahyang ketika hamil, jadikan kelonggaran ini sebagai kelebihan untuk Mommy menunaikannya.

Bagaimana cara untuk melakukannya?

Untuk mengetahui bagaimana cara dan apakah dalil yang membenarkannya, ikuti kupasan mengenai cara solat semasa hamil di bawah ini!

Dalil Mengenai Kelonggaran dan Cara Solat Duduk Ibu Mengandung

Highlighted

Kredit gambar: noorarfa.com

Islam tidak akan menzalimi umatnya dengan memaksa umatnya iaitu sama ada yang sedang sakit atau wanita yang sedang hamil di mana mereka semua ini mempunyai kepayahan atau kesukaran untuk melakukan pergerakan tertentu seperti dalam solat.

Allah SWT telah berfirman:

فَاتَّقُوا اللَّـهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا

Maksudnya:

“Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya).”

(Surah al-Taghabun Ayat 16)

Malah menurut hadis yang telah diriwayatkan oleh Imran bin Hussain r.a, ketika beliau sedang menghidap buasir, beliau bertanya kepada Rasulullah S.A.W mengenai hal solatnya, Baginda Rasulullah S.A.W lalu bersabda:

صَلِّ قَائِمًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ

Maksudnya:

“Solatlah secara berdiri, sekiranya kamu tidak mampu, maka (solat) dalam keadaan duduk, sekiranya kamu tidak mampu, maka (solat) dalam keadaan berbaring.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari 1117)

Melalui firman Allah S.W.T serta hadis sahih di atas, dapat diterangkan dengan jelas mengenai kemampuan wanita hamil untuk melakukannya dengan cara yang sempurna atau jika tidak boleh, boleh melakukan solat dengan cara duduk.

Kelonggaran Solat Berdasarkan 4 Keadaan

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, para fuqaha’ telah mengeluarkan empat keadaan yang tidak akan diazab sekiranya seseorang meninggalkan solat. Syeikh Hassan al-Kaf telah menyebutkan mengenai empat keadaan yang dikecualikan daripada azab ialah (lihat al-Taqrirat al-Sadidah fi Qism al-Ibadah, 190):

  • Orang yang sedang dalam ketiduran sebelum masuknya waktu solat dan hanya tersedar selepas waktu solat sahaja.
  • Lupa secara sendiri atau kerana disebabkan oleh sesuatu yang harus tetapi sekiranya ia disebabkan oleh suatu yang makruh atau haram contohnya seperti mabuk arak dan dadah, maka tidak termasuk di dalam pengecualian ini.
  • Meninggalkan solat untuk dijamakkan pada waktu seterusnya atau sebelumnya telah dijamakkan bagi orang yang bermusafir, atau terlantar kesakitan atau sebab-sebab lain.
  • Dipaksakan untuk meninggalkan solat dan orang yang dipaksa mestilah cukup syarat-syaratnya untuk dimasukkan di dalam pengecualian solat ini.
  • Orang yang sedang dalam keadaan uzur atau sedang hamil tidak termasuk di dalam pengecualian di atas.

Cara Solat Duduk Untuk Wanita Yang Sedang Hamil

Di bawah ini merupakan panduan lengkap cara solat ketika hamil yang betul. Jom lihat!

Kredit gambar: jknselangor.moh.gov.my
Kredit gambar: jknselangor.moh.gov.my

Semoga dengan perkongsian mengenai cara solat duduk bagi ibu mengandung di atas ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda semua menjalani kehidupan dengan lebih mudah dan teratur lagi dengan izin Allah S.W.T.


Dapatkan pelbagai lagi pilihan doa dan tips-tips kerohanian serta panduan agama yang lain di SINI!