Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Panduan Untuk Mommy Sekeluarga! Cara Solat Sunat Aidiladha Terkini

Kredit gambar: Hafiz Soyuz/Shutterstock.com

Tarikh Hari Raya Haji 1443 Hijrah sudahpun mendekati kita. Sudah bersedia ke Mommy? Bukan untuk masak juadah jari raya sahaja, solat raya pun 2 kali setahun sahaja, jom kita refresh balik niat dan lafaz solat Hari Raya Haji.

Sambutan Hari Raya Haji amat penting buat orang Islam kerana ia satu hari kemenangan untuk umat Islam. Solat sunat Aidiladha pula merupakan sunat muakkad, yang dilakukan pada 10 Zulhijjah setiap tahun.

Waktu Solat Sunat Aidiladha 

Waktu solat bermula dari terbitnya matahari hingga gelincir matahari. Waktu yang paling afdal ialah ketika matahari naik sekadar segalah (sekitar jam 8 pagi), kerana pada waktu itulah Rasulullah SAW sering mengerjakan solat. Tambahan pula, solat sunat ini biasanya dilakukan lebih awal berbanding Solat Sunat Aidilfitri sebab lepas solat, para jemaah akan bergegas untuk melakukan ibadah korban selama 3 hari berturut-turut.

Dibawah adalah niat dan tatacara solat sunat Hari Raya Aidiladha.

Tatacara Solat Sunat Aidiladha 

Highlighted


Sebelum memulakan solat, kita harus tahu niat solat dahulu! Secara umumnya, terdapat niat yang solat secara individu, iman dan makmum. Jom kita lihat satu-satu.

Niat Solat Sunat Aidiladha

Niat solat sunat Aidiladha (Untuk Individu)

Niat untuk solat seorang adalah:

اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatan Li ‘idilAdha Rak’ataini Adaan Lillahi Taala

Maksudnya:

Sahaja aku sembahyang sunat Aidiladha dua rakaat tunai kerana Allah Taala.

Niat solat sunat Aidiladha (untuk Makmum)

Niat untuk makmum adalah:

اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatan Li idilAdha Rak’ataini Makmuman Lillahi Taala

Maksudnya:

Sahaja aku sembahyang sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

Niat solat sunat Aidiladha (untuk Imam)

Niat untuk Imam adalah:

اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatan Li idilAdha Rak’ataini Imaman Lillahi Taala

Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai Imam kerana Allah Taala

Sekarang kita dah tahu niat, mari kita tengok langkah-langkah untuk solat sunat.

Rakaat #1: 

  1. Lafaz takkbiratul ihram dengan menyebut Allahuakbar dengan niat dalam hati.
  2. Membaca doa iftitah.
  3. Lafaz takbir 7 kali dengan bacaan tasbih.
  4. Membaca surah al-Fatihah.
  5. Membaca surah al-Quran (sunat membaca surah al-A’laa).

Bagi yang bersolat jemaah, biarkan imam mulakan takbir pertama kemudian diikuti oleh makmum. Takbir tersebut perlulah diselang-selikan dengan bacaan tasbih dengan nada perlahan.

Bacaan tasbih :

سُبْحَانَ اللهِ، وَالحَمْدُ ِللهِ، وَلا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ

Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallahu Wallahu Akbar Walaa Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim

Maksudnya:

Maha suci Allah, segala pujian tertentu bagi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.

Rakaat #2:

  1. Dimulakan dengan lafaz takbir intiqalat(takbir permulaan rakaat kedua).
  2. Lafaz takbir lima kali diselang seli dengan bacaan tasbih.(Takbir 5 kali, tasbih 4 kali)
  3. Membaca surah al-Fatihah.
  4. Membaca surah al-Quran (disunatkan untuk membaca surah al-Ghaasyiyah.
  5. Teruskan solat.
  6. Memberi salam.

Setelah tamat rakaat kedua, maka sempurnalah solat sunat Aidiladha dan akan diteruskan dengan khutbah Aidiladha.

Khutbah Hari Raya Aidladha 

Khutbah adalah sunat dilakukan pada solat sunat Aidiladha. Khutbahnya seperti solat Jumaat tetapi berbeza dari segi rukunnya. Dimulakan dengan khatib melafazkan takbir sebanyak 9 kali pada khutbah pertama dan 7 kali berturut-turut pada kali kedua.

Jika Mommy solat di rumah bersama keluarga, boleh baca teks khutbah rasmi daripada JAKIM. Boleh klik pada di sini untuk dapatkan teks khutbah.

Sekarang, solat dan khutbah pun selesai. Boleh enjoy juadah raya yang Mommy masak, tempah dan macam-macam lagi! Selamat menunaikan ibadah hari raya Aidiladha tahun ini dan selamat hari raya!