Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Mudah Solat Tarawih 8 atau 20 Rakaat di Rumah Sepanjang COVID-19

Gambar sekadar hiasan.

Umum mengetahui bahawa sambutan Ramadan tahun ini akan menjadi sedikit berbeza berbanding dengan Ramadan tahun-tahun sebelumnya.

Umat Islam di Malaysia tidak dibenarkan untuk berjemaah di masjid, tiada bazar ramadan, dan pergerakan kita juga terbatas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat daripada pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh meraikan Ramadan dan beribadah seperti biasa.

Highlighted

Sumber: indahnyaislam

Salah satu perkara yang dinantikan umat Islam apabila tibanya bulan Ramadan adalah solat tarawih. Walaupun lebih baik untuk solat tarawih secara berjemaah di masjid, kita masih boleh menunaikan solat tarawih di rumah sendiri – samada berjemaah dengan ahli keluarga, mahupun bersendirian.

Panduan Solat Tarawih Berjemaah di Rumah

 

Sumber: Madinah di Hati

Solat Tarawih

Berikut merupakan niat dan panduan untuk solat Tarawih dirumah.

NIAT SOLAT TARAWIH

Sumber: Twitter @Bella

CARA MENUNAIKAN SOLAT TARAWIH

8 Rakaat

Solat tarawih 8 rakaat boleh dilakukan dengan 4 salam: dua rakaat pertama berserta salam, dua rakaat kemudiannya berserta salam dan seterusnya sehingga cukup jumlah 8 rakaat.

Sebenarnya, tiada pengkhususan bacaan surah selepas bacaan Al-Fatihah untuk solat tarawih 8 rakaat. Anda boleh membaca surah apa sahaja sama ada pendek, mahupun panjang.

Contoh surah-surah lazim yang boleh dibacakan dalam solat tarawih 8 rakaat yang dikongsikan JAKIM:

Sumber: JAKIM

Anda juga digalakkan untuk membaca Surah al-Qadr pada rakaat pertama bermula malam ke-16 hingga akhir Ramadhan.

Sumber: JAKIM

20 Rakaat

Bagi solat sunat tarawih 20 rakaat, ia boleh dilakukan dengan 10 salam: 2 rakaat pertama berserta salam, dan diteruskan dengan 2 rakaat beserta salam dan sehingga cukup 20 rakaat.

Surah-surah yang boleh dibaca bagi solat sunat tarawih 20 rakaat:

Sumber: JAKIM

Solat Sunat Witir

Dalam pada itu, sunat bagi kita untuk ‘menutup’ solat tarawih dengan solat sunat witir. Sama seperti solat tarawih, solat sunat witir boleh dilakukan secara bersendirian atau berjemaah.

Solat sunat witir dilakukan sebanyak 3 rakaat dan 2 salam: 2 rakaat pertama berserta salam dan 1 rakaat berserta salam.

NIAT SOLAT SUNAT WITIR

  • Berjemaah; bagi 2 rakaat pertama:
Sumber: JAKIM

Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat imam/mamkum kerana Allah Ta’ala

  • Berjemaah; bagi 1 rakaat berikutnya:
Sumber: JAKIM

“Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat imam/makmum kerana Allah Ta’ala”

BACAAN SURAH DALAM SOLAT SUNAT WITIR

  • Surah al-A’la (rakaat pertama)
  • Surah al-Kafirun (rakaat kedua)
  • Tiga Qul – Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan surah Al-Nas sekaligus (1 rakaat terakhir)

Bermula malam ke-16 hingga malam terakhir Ramadan, kita juga disunatkan untuk membaca doa Qunut pada 1 rakaat terakhir Solat Sunat Witir.

Bacaan doa Qunut ini sama seperti yang dibacakan semasa solat Subuh.

Sumber: JAKIM

Buat mereka yang baru belajar atau pertama kali hendak melakukan solat Tarawih, seorang pengguna Twitter @Bella, telah kongsikan satu panduan mudah buat anda:

  • Solat Tarawih 8 Rakaat

Sumber: Twitter @Bella
  • Solat Tarawih 20 Rakaat

Sumber: Twitter @Bella

Ingat, Islam itu mudah dan memudahkan. Sekiranya anda tidak dapat menghafal beberapa surah yang dinyatakan di atas, anda boleh membaca apa sahaja surah mahupun ayat pendek yang anda biasa amalkan.

Membaca yang wajib sahaja seperti Surah Al-Fatihah juga dibenarkan. Apa yang penting, cukup setiap rukun solat. Barulah solat anda sah dan inshaAllah diterima dan diberkati olehNya.

Jangan lupa untuk teruskan berdoa agar wabak COVID-19 ini pulih sepenuhnya dan juga dipermudahkan urusan harian kita. Banyakkan bersabar dan memohon kepada Yang Maha Esa, terutamanya dalam bulan yang mulia ini <3

Sekiranya anda sudah kehabisan stok barangan dapur, lampin bayi, mahupun sanitizer, anda boleh dapatkannya di Motherhood.com.my hari ini.