Mommy mesti serabut kan bila tengok almari pakaian bersepah, padahal baharu je kemas! Nak tak kalau kami ajar cara susun baju dalam almari supaya kekal kemas dan teratur cantik?
Jadi seorang ibu, isteri dan dalam masa yang sama bekerjaya ini kadang-kadang memang memenatkan, sampai kan tak ada masa untuk diri sendiri. Tapi macam mana penat sekalipun, tanggungjawab tetap dilunaskan.
Dalam banyak-banyak benda yang dikemas, paling serabut dan ambil masa yang lama tentulah pakaian. Tambah-tambah lagi kalau ada anak yang ramai, sekejap je dah bersepah balik.
Jadi, dalam perkongsian kali ini, kami akan kongsikan beberapa tips cara susun baju dengan lebih teratur dan menarik.
Tips-tips Cara Susun Baju Dalam Almari Lebih Kemas Lebih Cantik
#1. Guna penyangkut yang sama
Bagi menjadikan susunan baju nampak seragam, cantik dan kemas, perkara paling asas yang Mommy perlu buat adalah gunakan penyangkut baju yang sama daripada segi bentuk, saiz, warna dan susunan.
#2. Gantung pakaian mengikut arah dan kedudukan yang sama
Selain memastikan penyangkut baju adalah sama dari setiap segi, Mommy juga perlu menggantung semua pakaian mengikut arah dan kedudukan yan sama.
Pastikan tag, saiz, butang atau pun leher kolar pakaian disusun mengikut susunan yang sama. Mommy juga akan lebih mudah mencari dan memilih baju yang ingin dipakai.
#3. Asingkan pakaian berdasarkan kod warna
Nak lagi mudah, Mommy asingkan pula pakaian mengikut kod warna. Bukan sahaja cantik tapi sangat menjimatkan waktu Mommy untuk suai padan pakaian. Mata pun tak sakit bila tengok pakaian yang tersusun cantik warnanya.
#4. Khaskan satu ruangan untuk aksesori
Mommy asingkan juga aksesori di ruangan lain. Susun rapi tas tangan, tali pinggang di satu bahagian. Untuk tali pinggang, Mommy boleh pasangkan pencangkuk dan susunkannya di cangkuk tersebut. Almari Mommy akan nampak lebih kemas.
#5. Susun baju ikut kategori
Kategorikan setiap baju mengikut kategori masing-masing. Kalau baju tidur, Mommy susun semua baju tidur di satu tempat. Begitu juga untuk baju dan aksesori yang lain.
#6. Sediakan satu sudut harian
Nak lagi tampak menarik dan lagi kemas, Mommy boleh bahagikan almari mengikut sudut iaitu satu bahagian untuk pakaian kerja, satu bahagian untuk pakaian jalan-jalan manakala lagi satu bahagian adalah untuk kegunaan harian di rumah.
#7. Manfaatkan ruang
Kalau dalam almari Mommy sudah penuh dengan pakaian, apa kata kalau Mommy manfaatkan ruangan kosong di mana-mana bahagian bilik. Contohnya seperti dinding atau belakang pintu. Untuk ruangan di belakang pintu, Mommy boleh susun tas tangan atau tali pinggang. Di dinding pun sama juga, Mommy boleh bina rak serbaguna untuk meletakkan barangan yang tidak muat.
#8. Pasang label barangan
Tips yang simple tapi sangat bermanfaat adalah lekatkan label di setiap bekas barangan. Jadi, Mommy tak perlu selongkar bekas atau raga lagi untuk mengetahui apakah di dalamnya.
Sebagai seorang ibu dan isteri, mestilah sibuk kan? Mana nak sempat untuk ingat semua barang yang disimpan. Jadi, dengan lekatkan label ianya sangat membantu dan merupakan penyelesaian yang bijak!
#9. Asingkan pakaian untuk dilipat dan digantung
Tips yang terakhir adalah dengan mengasingkan pakaian untuk dilipat dan digantung. Kaedah ini lebih cepat, kemas, teratur serta pakaian sangat mudah untuk dipilih dan diambil.
Semoga perkongsian ini dapat memberi panduan yang berguna kepada Mommy!
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Ikuti panduan deko rumah yang menarik di SINI.