Menanam kesum di rumah bukan sahaja dapat memastikan bekalan segar untuk masakan, tetapi juga merupakan amalan yang bijak untuk memaksimumkan penggunaan tanah di kawasan rumah.
Untuk membantu memudahkan kerja memasak Mommy dalam masa yang sama mencipta penjimatan untuk perbelanjaan dapur yang lebih cekap, kali ini kami akan berkongsi kepada Mommy semua cara tanam daun kesum yang betul di rumah, termasuk pemilihan benih, penyediaan bahan tanaman, kaedah penanaman, penjagaan, dan cara penuaian hasil.
Jom lihat kaedahnya di bawah!
Tips Penjagaan serta Pilihan Cara Tanam Daun Kesum
#1. Cara Tanam Daun Kesum Melalui Pemilihan Benih
Benih kesum perlu diambil dari keratan batang yang matang dan subur. Pilih keratan batang yang mempunyai panjang sekurang-kurangnya 10 – 15cm. Elakkan memilih yang terlalu muda atau layu. Pemilihan keratan batang yang sesuai adalah kunci untuk memastikan pokok kesum hidup subur.
#2. Penyediaan Bahan Tanaman
Kesum sangat sukakan air, jadi pemilihan bahan tanaman menjadi penting. Terdapat beberapa cara untuk menanam kesum, iaitu di tanah, dalam pasu, atau secara hidroponik.
#3. Semai di Tanah antara Cara Tanam Daun Kesum
Pastikan kawasan tanaman berdekatan dengan sumber air dan lembap. Gemburkan tanah sebelum penanaman untuk memudahkan pertumbuhan akar.
#4. Penanaman di Dalam Pasu
Jika Mommy ingin tanam kesum dalam pasu, Mommy perlu gunakan pasu dengan lubang yang sedikit untuk mengekalkan kelembapan tanah. Mommy perlu tanam keratan batang daun kesum mengikut saiz pasu yang Mommy gunakan.
#5. Penanaman Secara Hidroponik juga antara Cara Tanam Daun Kesum
Kaedah ini semakin popular, terutamanya untuk kegunaan jangka pendek. Rendamkan keratan batang dalam air sehingga akar keluar, kemudian tanam dalam bekas hidroponik. Mommy boleh cuba kaedah ini!
#6. Pengairan dan Pembajaan
Pokok kesum memerlukan pengairan sekurang-kurangnya sekali sehari. Pastikan tanah sentiasa lembap. Gunakan baja organik seperti baja tahi ayam atau kompos, dan lakukan pembajaan setiap 2 minggu. Mommy juga boleh siram tanaman dengan lembut menggunakan bancuhan baja kopi. Pastikan untuk tidak menyiram langsung ke atas daun untuk mengelakkan kemungkinan kerosakan.
Berikut adalah cara untuk menyediakan bancuhan tersebut:
- Campurkan 4 liter air, yang boleh diukur menggunakan botol 1 liter sebanyak 4 botol.
- Tambahkan 1 sudu makan baja kopi ke dalam campuran air.
- Larutkan baja kopi sepenuhnya dalam air. Pastikan untuk tidak menyiram campuran ini secara langsung ke atas daun.
#7. Penuaian Hasil
Hasil nanti Mommy boleh petik setelah pokok tumbuh dengan subur. Pastikan Mommy petik batang kesum dengan meninggalkan bahagian pangkal bawah untuk memudahkan pucuk baru tumbuh seragam.
Cara-cara Tanam Pokok Kesum
- Tanam keratan batang ke tanah dengan membuat lubang sedalam 2 inci.
- Siram dan letakkan di kawasan teduh selama sekurang-kurangnya seminggu.
- Pindahkan pokok ke kawasan yang terkena cahaya matahari setelah pokok kelihatan stabil.
- Untuk tanaman di tanah, gunakan teduhan sementara untuk mengelakkan layu.
- Alternatifnya, Mommy perlu rendam keratan batang dalam air, pindahkan ke tanah, dan letakkan ia di bawah teduhan sebelum Mommy dedahkan kepada cahaya matahari sepenuhnya.
Tips Tambahan untuk Kejayaan Tanaman Kesum
- Pastikan tanah yang digunakan mempunyai kehadiran cacing tanah untuk meningkatkan kesuburan tanah.
- Kumpulkan cacing dalam pasu tempat anda menanam daun kesum untuk memastikan tanaman mendapat nutrien yang mencukupi.
Menanam daun kesum di kawasan rumah adalah langkah bijak untuk memastikan bekalan segar dalam dapur.
Dengan pemilihan benih yang betul, penyediaan bahan tanaman yang sesuai, dan penjagaan yang baik, Mommy dapat menikmati kesum yang subur dan berkualiti tinggi di rumah Mommy.
Amalkan cara-cara tanam daun kesum dengan mudah ini untuk menikmati kesum segar dalam hidangan masakan Mommy setiap kali diperlukan.
Lihat tips penanaman dan dekorasi yang lain di SINI.