Ibu, Bayi & Kanak Kanak

3 Cara Tanam Daun Sup Paling Mudah Ini – Sesuai Untuk Anda Yang Baru Belajar Tanam Pokok!

cara tanam daun sup

Kredit gambar: YouTube @Tanomkinotuan Gardening ·

Tidak lengkap rasanya jika sup yang dimasak tiada taburan hirisan daun sup yang mewangi. Bahkan bukan untuk digunakan dalam masakan sup sahaja, banyak lagi masakan lain yang turut menggunakan daun sup ini.

Jadinya, daripada membuang duit membeli daun sup, lebih baik jika kita ambil inisiatif dengan cara tanam daun sup di rumah sahaja.

Ramai yang sebenarnya gagal untuk menanam pokok daun sup. Padahal pokok daun sup adalah sejenis tanaman yang mudah ditanam.

Walaupun mudah, pokok ini sangat cerewet jika tidak kena pada caranya, batang daun sup sangat sensitif pada air dan akan membusuk bila terendam di dalam air.

Malah, pokok daun sup juga tidak memerlukan cahaya matahari yang terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan media tanaman menjadi kering dan akhirnya pokok akan terus mati.

Untuk belajar cara tanam daun sup yang betul, jom ikuti perkongsian di bawah ini!

Cara Tanam Daun Sup Guna 3 Teknik

Highlighted

Kredit gambar: www.rasa.my

Ada 3 cara untuk menanam pokok daun sup iaitu dengan cara biji benih, akar dari batang pokok dan anak pokok. Berikut merupakan panduan cara tanam daun sup iaitu:

#1. Cara Tanam Pokok Daun Sup Dalam Pasu

Kredit gambar: www.vanillakismis.my
  1. Beli biji benih di nurseri atau mana-mana kedai yang menjualnya.
  2. Siapkan media tanaman.
  3. Gunakan cocopeat (sabut kelapa) dengan mencampurkan sekam bakar dan tanah hitam. Selepas dah isi ke bekas atau pasu, siram biji benih tersebut.
  4. Kemudian, tabur biji benih sedikit saja jangan terlalu banyak.
  5. Tidak perlu timbus dengan media lagi sebab biji sup ni halus.
  6. Lepas spray, biji benih akan terbenam sendiri dekat celah-celah media.
  7. Spray dengan air, cukup 1-2 kali spray saja.
  8. Letakkan di tempat yang teduh.
  9. Spray 2x sehari pagi dan petang. Benih pokok akan tumbuh selepas 7-10 hari.

#2. Cara Tanam Daun Sup Melalui Akar Pokok Matang

Kredit gambar: www.buletinfm.audio
  1. Pilih pokok sup yang masih segar dan ada banyak akar yang masih berwarna putih. Dibatang pokok ada anak atau tunas yang masih kecil.
  2. Kemudian potong semua batang kecuali tunas-tunas kecil tersebut.
  3. Selepas itu, rendam didalam air bagi tenggelam bahagian akar sahaja untuk aktifkan akar selama 1-2 hari.
  4. Setelah nampak akar dan tunas makin sihat dan makin segar dan membesar, bolehlah ditanam.
  5. Proses penyiraman juga sangat penting, jangan siram terlalu banyak air.
  6. Bolehlah diletakkan di tempat teduh dahulu 1-2 minggu.

#3. Cara Tanam Semula Anak-anak Pokok yang Tumbuh Dari Induk Pokok Hasil Dari Kaedah 1 atau 2

Kredit gambar: www.vanillakismis.my
  1. Pokok induk mesti sihat, subur dan ada banyak anak-anak pokok yang baru keluar. Pilih anak pokok yang bersaiz setengah jengkal ke atas sahaja.
  2. Korek dan cabut perlahan-lahan anak pokok supaya akar masih bersama anak pokok itu tidak tercabut.
  3. Kemudian tanam dan letak dekat tempat teduh, elakkan meletakkan pokok daun sup di kawasan yang panas terik. Selama 1-2 minggu sampai pokok stabil.
  4. Siramlah menggunakan air yang sedikit sahaja.
  5. Dalam masa dua bulan, anda akan lihat pokok daun sup hidup subur dan membiak.
  6. Bila pokok daun sup anda menjadi, bolehlah digunakan untuk kegunaan dapur terutamanya bila nak masak sup.

Semoga dengan tiga kaedah atau cara tanam daun sup ini membantu anda mempunyai tanaman sendiri di rumah.


Dapatkan juga pelbagai tips menarik yang lain di SINI!