Kunyit, juga dikenali sebagai kunyit hidup, adalah tumbuhan herba yang memberikan pelbagai faedah kesihatan dan rasa kepada hidangan.
Menanam kunyit sendiri bukan sahaja memastikan bekalan segar tetapi juga menyediakan peluang untuk melibatkan diri dalam amalan pertanian.
Tumbuhan ini memiliki pelbagai kegunaan, terutama sebagai bahan utama dalam masakan dan memiliki nilai perubatan.
Daripada membazir duit membeli di kedai, apa kata kalau kita belajar cara tanam kunyit di rumah, untuk mudahkan pelbagai urusan kegunaan harian.
Jom lihat cara menanam kunyit di bawah!
Tips atau Cara Tanam Kunyit yang Mudah
Langkah 1: Cara Tanam Kunyit dengan Membuat Pilihan Pokok Kunyit Matang
Pertama sekali, Mommy perlu pilih pokok kunyit yang sihat dan matang untuk pembiakan. Ambil beberapa batang kunyit yang sudah berakar dengan rapi. Pastikan batang kunyit yang dipilih bebas dari penyakit atau kerosakan yang boleh menjejaskan pertumbuhan.
Langkah 2: Cara Tanam Kunyit Melalui Pembiakan dan Penanaman
Selepas mendapatkan batang kunyit yang sesuai, Mommy perlu potong daun-daun yang sudah layu. Ini membantu memastikan tenaga tanaman difokuskan kepada pertumbuhan baru.
Setelah itu, cucukkan batang kunyit ke dalam tanah dengan cermat. Mommy boleh menggunakan pasu baru atau menanam di tanah terbuka, bergantung kepada keperluan ruang Mommy.
Langkah 3: Penjagaan Awal
Pada peringkat awal, elakkan memberi baja dalam tempoh seminggu hingga dua minggu pertama. Cukup siram tanaman secara berkala untuk memastikan tanah kekal lembab. Pada hari ke-7, tunas-tunas baru akan mula muncul, menandakan bahawa tanaman kunyit Mommy sedang berkembang dengan baik.
Langkah 4: Penggunaan Baja Organik
Setelah melalui peringkat awal, mulakan proses pemupukan dengan menggunakan baja organik. Taburkan dua sudu baja organik ke sekeliling tanaman dan siram dengan air secukupnya.
Mommy boleh menggunakan campuran kompos sawit dan tinja ayam sebagai baja organik, yang terbukti berkesan dan berpatutan.
Langkah 5: Penjagaan Harian
Untuk penjagaan harian, siramkan tanaman dengan air kosong setiap hari. Setiap seminggu atau dua minggu sekali, taburkan lagi baja organik dan berikan semburan booster untuk meningkatkan pertumbuhan tanaman.
Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, Mommy akan dapat menanam kunyit di rumah dengan berkesan.
Seterusnya, Mommy sudah boleh menikmati hasil tanaman kunyit sendiri dan menggunakannya dalam pelbagai resipi masakan.
Jangan lupa berkongsi kejayaan dan hasil tanaman dengan jiran-jiran sebagai tanda ukhuwah dan semangat berkebun bersama-sama.
Selamat mencuba dan nikmati keindahan tanaman kunyit di halaman rumah Mommy!
Dapatkan pelbagai lagi tips tanaman menarik yang lain di SINI!