Ibu, Bayi & Kanak Kanak

12 Cara Tenangkan Bayi Menangis Guna Teknik Pantas Dan Mudah

cara tenangkan bayi menangis

Kredit gambar: thebreastfeedingshop.com

Bayi kerap sangat menangis? Macam mana cara tenangkan bayi menangis? Persoalan ini boleh dikatakan sentiasa wujud dalam fikiran seorang ibu setiap kali anak-anak menangis. Malah, bagi Mommy dan Daddy yang mempunyai bayi “high-demand” situasi ini boleh dikatakan sepanjang waktu mereka akan alami!

Tentu sukar kan? Apatah lagi tangisan tersebut boleh mengganggu orang-orang yang berada di sekeliling. Tetapi sebenarnya kan Mommy, setiap tangisan bayi itu mempunyai maksud dan untuk memahami seorang bayi, anda memerlukan masa yang agak panjang.

Namun begitu, walaupun agak sukar untuk kendalikan situasi ini terutama buat bayi yang sememangnya “high-demand”, Mommy jangan risau, sebabnya masih lagi terdapat beberapa cara untuk menenangkan bayi yang sedang menangis dan cara-cara ini pula terbukti berkesan.

Untuk mengetahuinya, Mommy boleh ikuti perkongsian di bawah!

Cara Tenangkan Bayi Menangis Dengan Teknik Mudah

Highlighted

Kredit gambar: www.health4mom.org

#1. Memahami Petanda Tangisan

Mommy perlu tahu perbezaan setiap tangisan. Mula-mula mungkin sedikit sukar tetapi lama-kelamaan Mommy aka terbiasa dengannya.

Mengetahui sebab bayi menangis adalah lebih mudah untuk tenangkan mereka kembali.

Mommy perlu perhatikan perbezaan kelantangan, nada dan keamatan bunyi tangisan dan perhatikan juga bahasa badan serta ekspresi muka mereka.

#2. Cara Tenangkan Bayi Menangis Dengan Kelantangan Suara

Antara cara yang boleh anda lakukan adalah cuba senyapkan bayi dengan kelantangan yang sama dengannya.

Nampak pelik, tetapi percayalah terdapat sesetengah bayi yang dapat memahami dengan lebih jelas dan berasa tenang jika anda lakukan ini.

#3. Cara Tenangkan Bayi Menangis Dengan Ayunkan Bayi

Ayunan yang ringan dan lembut kadang-kala mampu membuat bayi berasa sangat tenang dan mengujakan mereka. Jadi, lakukan teknik ayunan yang menenangkan secara klasik yang berfungsi mencipta gerakan berirama dalam apa jua bentuk ayunan.

Melalui teknik ayunan yang dibuai perlahan-lahan ini juga sangat digemari oleh kebanyakan bayi. Oleh itu, lakukan selembut yang mungkin untuk mendiamkan mereka dari menangis.

#4. Cara Tenangkan Bayi Menangis Dengan Membedung Mereka

Antara salah satu fungsi bedung adalah untuk membuatkan bayi berasa selesa seolah-olah sedang berada di dalam rahim. Oleh itu, gunakan juga cara ini untuk menenangkan bayi anda agar mereka berasa lebih selamat. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan bayi dari terkejut dengan bunyi yang kuat secara tiba-tiba.

#5. Cara Tenangkan Bayi Menangis Dengan Membuat White Noise

Mommy boleh cuba pasang apa-apa aplikasi yang berupaya mengeluarkan bunyi white noise. Bunyi berirama ini bukan sahaja mampu mendiamkan bayi anda dari menangis, tetapi turut membuatkan mereka berasa lebih tenteram dan tenang.

Antara bunyi yang mampu mengeluarkan bunyi white noise adalah dari pancuran mandian, mesin basuh, pengering rambut dan lain-lain lagi.

#6. Buat Urutan Di Perut Bayi

Membuat urutan di perut bayi bukan sahaja dapat memberi kelegaan tetapi turut membantu menjadikan sistem penghadaman mereka menjadi lebih baik. Dengan teknik urutan ini juga, bayi anda akan kurang menangis dan tidur dengan lebih tenang.

#7. Beri Sesuatu Untuk Dihisap

Antara cara lain untuk diamkan bayi menangis adalah dengan memberikan sesuatu untuk mereka hisap. Jika mereka gemar menghisap jari biarkan bayi melakukannya.

Mommy perlu tahu bahawa kebanyak bayi sememangnya mempunyai refleks menghisap yang kuat.

Malah, terdapat segelintir bayi yang suka menghisap ibu jari atau jari mereka semasa berada di dalam rahim lagi kerana ia dapat memberi sensasi yang menenangkan.

#8. Ubah Kedudukan Bayi

Cara lain untuk hentikan mereka menangis adalah dengan mengubah kedudukan. Mommy boleh cuba ubah kedudukan terlentang kepada berbaring di bahagian sisi dengan menepuk lembut belakang mereka secara perlahan-lahan atau boleh juga jika mengambil mereka dan letakkan di atas pangkuan Mommy.

#9. Mandikan Dengan Air Suam

Mandian bukan sahaja boleh menyegarkan badan tetapi ia juga mampu menenangkan hati. Oleh itu, pertimbangkan untuk mandikan bayi dengan air suam untuk menyegarkan kembali tubuhnya serta memberi sensasi ketenangan. Dengan cara ini juga, bayi dapat tidur dengan lebih lena dan mudah.

#10. Selimutkan Bayi

Kadang-kadang keadaan dan perubahan suhu yang tidak menentu mampu mendatangkan keresahan kepada bayi, begitu juga dengan permukaan tempat yang panas atau miang dan berhabuk.

Bayi akan mula berasa tidak selesa dan cara melepaskan segala rasa itu adalah melalui tangisan.

Oleh itu, Mommy perlulah selimutkan bayi dengan kain bersih untuk elak mereka kesejukan serta membersihkan kawasan tidur mereka dengan menukar kain baharu sebagai alas.

#11. Tunggu dan Lihat

Memasuki empat hingga ke enam bulan, bayi sudah boleh menenangkan diri. Sekiranya Mommy mendapati bayi menangis terutama pada waktu malam, Mommy perlu tunggu beberapa minit.

Kadang-kadang mungkin tangisan tersebut disebabkan bayi terkejut atau terganggu dengan bunyi atau lain-lain dan biasanya mereka akan berhenti menangis untuk beberapa seketika.

#12. Cara Tenangkan Bayi Menangis Dengan Kekal Tenang

Melihat si manja tersayang menangis kadang-kadang boleh menggugat hati dan perasaan seorang ibu. Terdapat sesetengah ibu yang menjadi tidak tentu arah apabila bayi mereka mula menangis. Disebabkan sikap ini, bayi akan menangis dengan lebih kuat lagi kerana berasa lebih tertekan.

Oleh itu, Mommy perlu kekal tenang dan gunakan intonasi nada yang lembut untuk memujuk bayi dan menenangkannya.

Semoga dengan perkongsian ini, Mommy dan Daddy mendapat cara yang betul dalam menenangkan bayi yang sedang menangis. Selamat mencuba!

Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom layari website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Ketahui tips keibubapaan yang lain DI SINI.