Secara saintifiknya, setiap manusia mempunyai biological clock mereka. Ini pun termasuk bayi tau. Sebaik sahaja mereka lahir, Mommy boleh perasan kan bahawa mereka ada sleep pattern.
Bahkan, ada juga Mommy yang perasan bahawa sejak dari dalam kandungan lagi sebenarnya.
Cara Tidurkan Bayi Dengan Betul dan Cepat
Kalau terganggu biological clock mereka ini, itu yang huru-hara waktu tidur mereka. Sampai ke malam pun celik lagi matanya.
Mommy kenalah manfaatkan biological clock ini dengan melakukan beberapa cara untuk merangsang bayi supaya tidur lebih lena mengikut pola tidurnya.
Jom, kita cuba praktikkan cara Dr Imelda Balchin ini Mommy:
#1. Fahamkan bayi tentang perbezaan siang dan malam
Bayi ni, walaupun mata mereka masih tidak dapat melihat dengan jelas, mereka tetap boleh nampak kuantiti cahaya dalam persekitaran tau.
Malah, mereka pun boleh membezakan suasana di sekeliling mereka. Mommy kena fahamkan bayi tentang perbezaan siang dan malam supaya mereka faham bahawa siang hari untuk bermain dan malam untuk tidur.
Sebagai contoh, dedahkan bayi dengan cahaya yang cerah dan secukupnya di siang hari. Menjelang waktu malam pula, malapkan lampu dan tutup lampu apabila mendekati waktu tidur.
#2. Menyusu dengan kerap di siang hari
Selain itu, kerapkan juga menyusu si comel di siang hari. Nanti bila waktu malam, mereka akan kurang menyusu dan tidur akan lebih lena.
#3. Rangsang deria bayi di siang hari
Bayi memang suka kalau kita bermain dengan mereka kan? Supaya rangsangan deria mereka cukup, manfaatkan waktu siang ni untuk bermain dengan mereka.
Ada bunyi, sentuhan dan visual; bila tiba waktu malam, mereka akan mudah lelap tau.
#4. Minimakan stimulasi di malam hari
Ingat tau Mommy. Jangan sesekali rancakkan stimulasi di malam hari. Kalau nak guna lampu, yang malap je. Suara atau bunyi ke, perlahankan sehabis boleh.
Jangan ganggu tidur mereka dengan stimulasi yang berlebihan dan tidak perlu ya.
#5. Mandi air suam di waktu petang
Apabila menjelang waktu petang, bolehlah mandikan bayi dengan air suam untuk menenangkannya dan memberi tanda bahawa waktu tidur semakin hampir.
#6. Jangan biarkan bayi tidur pada waktu petang
Sememangnya bayi perlu tidur dengan cukup untuk membesar. Tetapi jangan biarkan mereka tidur pada waktu petang ya.
Rutinkan supaya waktu tidur mereka adalah pada waktu tengahari selama beberapa jam. Kalau mereka lena pada waktu petang, berjaga nanti ketika malam!
#7. Banyakkan interaksi pada waktu petang
Sebelum mandikan mereka, banyakkan interaksi dan aktiviti bersama ya. Kadang-kadang tu, mereka tak mahu tidur pada waktu malam kerana masih tak puas bermain.
Apabila cukup interaksi pada waktu petang, mereka akan kepenatan dan sudah puas bermain. Lebih lenalah tidur pada waktu malam nanti.
#8. Kurangkan kuantiti makanan dan makanan bergula pada waktu malam
Bukan bayi je, orang dewasa pun akan mengalami kesukaran untuk tidur apabila terlebih makan dan makan makanan yang bergula tinggi pada waktu malam.
#9. Pastikan suasana dan suhu bilik optimum
Apabila menjelang waktu tidur, Mommy dan Daddy harus pastikan bahawa suasana dan suhu bilik tidaklah terlalu panas atau sejuk untuk bayi.
Ini penting untuk keselesaan dan kualiti tidur bayi.
#10. Sediakan tempat tidur yang selesa
Di samping itu, keselesaan tempat tidur pun penting. Elakkan daripada tidur bersama sekatil dengan bayi tetapi sediakan ruang khas untuk mereka ya?
Pastikan cadar dan selimut bayi diperbuat daripada material yang sesuai untuk bayi; sejuk dan selesa. Kulit bayi ni lembut sangat. Kita tak nak mereka alami ketidakselesaan disebabkan material yang tak sesuai. Terganggu tidur mereka nanti.
Cara Tidurkan Bayi Dengan Betul Dan Cepat
Bila dah ada si kecil ni, Mommy dan Daddy dah tak boleh amalkan rutin seperti sebelum ini dah. Jalan-jalan pada waktu malam ke, tidur apabila rasa nak ke, semua ni kena ubah dah untuk corakkan pola tidur si kecil.
Kalau Mommy dan Daddy nak tahu lebih lanjut tentang cara tidurkan bayi dan ilmu keibubapaan yang lain dengan lebih tepat, bolehlah join kelas antenatal Motherhood atau dikenali sebagai Kelas Parentcraft. Pasti tak menyesal dan berbaloi-berbaloi!
Join DI SINI Mommy dan dapatkan unlimited Parentcraft Live Classes dan sesi workout, 1x Parentcraft Kit berharga RM50, diskaun setiap bulan dan baucer di Motherhood.com.my. Tak dilupakan juga, full access kepada checklist dan resources khas untuk peserta Parentcraft di Motherhood.