Adakah anak anda sedang menghadapi masalah untuk fokus pada sesuatu tugas atau kerja rumah? Jika Ya, Mommy dan Daddy perlu terus mengikuti perkongsian ini.
Tumpuan adalah sangat penting untuk pembelajaran dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Bagi orang dewasa mungkin terdapat latihan khusus untuk meningkatkan daya tumpuan mereka.
Namun, bagi kanak-kanak, mereka memerlukan strategi yang berbeza dan anda perlu pastikan untuk menggunakan cara tingkatkan fokus anak yang betul bagi membantu anak-anak menyelesaikan masalah mereka.
Bagi memudahkan lagi tugas Mommy dan Daddy, di bawah ini kami telah kongsikan 10 cara untuk membantu anak Mommy meningkatkan daya tumpuan mereka. Jom ketahui cara-caranya!
Cara Tingkatkan Fokus Anak dengan Mudah
#1. Kurangkan Gangguan
Kanak-kanak sangat sukar untuk menyekat diri mereka dari terganggu dengan gangguan di sekeliling mereka.
Mommy perlu mencipta persekitaran yang bebas dari sebarang gangguan semasa anak-anak sedang belajar atau melakukan tugas.
Sentiasa pastikan televisyen tidak dipasang dengan rancangan yang bising, tidak memasang muzik yang kuat, dan gangguan lain yang boleh mengalihkan perhatian mereka.
#2. Cara Tingkatkan Fokus Anak dengan Mewujudkan Rutin Kerja Rumah
Konsisten adalah kunci kepada banyak perkara termasuklah fokus. Galakkan anak Mommy untuk melakukan kerja rumah pada masa yang sama pda setiap hari.
Lama kelamaan, mereka akan terbiasa dengan rutin ini, dan ini akan menjadi lebih mudah bagi mereka untuk kekal fokus apabila tiba masanya untuk belajar.
#3. Galakkan Aktiviti Fizikal
Aktiviti fizikal, seperti bermain, berlari, atau bersukan, dapat membantu anak Mommy mengeluarkan tenaga yang berlebihan.
Ini dapat mengurangkan kegelisahan dan kebosanan mereka serta memudahkan mereka menumpukan perhatian dalam sesuatu perkara.
#4. Hadkan Penggunaan Televisyen dan Telefon Bimbit
Adalah sangat tidak produktif apabila melakukan tugasan sambil menontn televisyen atau bermain telefon bimbit.
Larang anak Mommy untuk membaca pesanan teks atau menggunakan telefon bimbit semasa belajar atau membuat kerja rumah.
Gangguan ini boleh mengalihkan fokus mereka kepada telefon bimbit.
#5. Luangkan Masa untuk Bermain dan ‘Me Time’
Elakkan membebankan anak Mommy dengan terlalu banyak tugas dan aktiviti pada satu-satu masa.
Pastikan mereka mempunyai cukup masa untuk bermain dan ‘Me Time’ mereka sendiri untuk mengelakkan mereka merasa terlalu tertekan.
#6. Pastikan Rehat Yang Cukup
Kanak-kanak yang mendapat rehat yang cukup lebih cenderung untuk menumpukan perhatian dengan lebih berkesan.
Pastikan anak Mommy mendapat tidur yang cukup pada waktu malam dan menggalakkan mereka berehat sebentar pada siang hari untuk memperoleh tenaga semula.
#7. Tetapkan Had Masa untuk Setiap Tugasan
Tetapkan had masa untuk menyelesaikan sesuatu tugas, seperti sepuluh atau dua puluh minit bagi setiap tugas yang diberikan.
Ini dapat mendorong anak Mommy untuk kekal fokus dan menyelesaikan tugas dalam masa yang diperuntukkan.
Namun, berhati-hatilah untuk tidak membuatkan mereka merasa tertekan, yang mana ianya boleh menyebabkan kegelisahan dan menghalang konsentrasi.
#8. Main Permainan yang Meningkatkan Tumpuan
Libatkan anak Mommy dalam permainan yang memerlukan pemikiran, perancangan, dan ingatan. Permainan ini akan menggabungkan keseronokan dengan tumpuan dan dapat membantu meningkatkan fokus mereka.
#9. Cara Tingkatkan Fokus Anak dengan Membenarkan Rehat antara Tugas
Semasa peralihan antara tugas, berikan anak Mommy rehat beberapa minit. Ini dapat mengurangkan tekanan dan memudahkan mereka untuk menukar fokus mereka kepada tugas yang seterusnya.
#10. Bahagikan Tugas Besar Kepada Tugasan Kecil
Tugas besar boleh menjadi suatu bebanan kepada anak Mommy dan ini akan menyebabkan mereka sukar untuk memberi tumpuan. Bahagikan mereka kepada tugas-tugas yang lebih kecil dan lebih terkawal.
Pendekatan ini boleh digunakan untuk kerja rumah, kerja sekolah dan pembelajaran kemahiran baru.
Penyelesaian tugas-tugas kecil boleh membantu dalam mencapai kejayaan yang lebih besar serta dapat membina matlamat untuk berjaya.
#11. Cara Tingkatkan Fokus Anak dengan Amalkan Kepimpinan Melalui Contoh
Untuk membantu anak Mommy meningkatkan tumpuan mereka, berikan contoh positif dengan memastikan Mommy sendiri mampu fokus.
Apabila Mommy menunjukkan tabiat tumpuan yang baik, Mommy akan lebih bersedia untuk mengajar dan membimbing anak Mommy.
Secara amnya, mengajar anak-anak untuk kekal fokus bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi kanak-kanak untuk menumpukan perhatian atau fokus, hal ini adalah kerana ketika masih kecil, mereka masih mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi dan tenaga yang tiada batasan.
Namun untuk arahan, bimbingan, dan latihan yang lebih terperinci bagi meningkatkan kemahiran menumpukan perhatian, Mommy dan Daddy perlu pertimbangkan untuk mencari lebih sumber yang khusus dari pakar.
Mommy juga boleh daftarkan anak Mommy ke program “Super Kids“ oleh Motherhood.com.my yang menawarkan pelbagai bengkel dan aktiviti menarik.
Para peserta juga berpeluang untuk mendapatkan Super Kids Activity Box PERCUMA, akses tanpa had ke pelbagai bengkel dan juga antara yang pertama mendapatkan diskaun serta tawaran terkini daripada Motherhood.com.my.
Sertai Super Kids bersama Motherhood.com.my sekarang!
Mommy dan Daddy boleh dapatkan pelbagai lagi info dan tips keibubapaan menarik yang lain di SINI!