Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cincin Tak Sama Saiz Jari? Ini Tips dan 3 Cara Ukur Saiz Cincin Jari Yang Tepat!

Kredit gambar: alberthern.com

Selepas munculnya COVID-19, kebanyakan kedai emas dan perhiasan banyak menjual barangan mereka secara online. Disebabkan ramai yang berniaga barang kemas online, Mommy perlu tahu saiz jari dengan cara ukur saiz cincin jari yang betul sebelum membeli cincin yang Mommy suka.

Tetapi yang menjadi persoalannya, Mommy yakin ke cara ukur saiz cincin di jari itu betul dan adakah sama ketepatan saiz dengan cincin yang Mommy ingin beli?

Mengukur saiz cincin dengan betul adalah sangat penting untuk memastikan cincin yang Mommy beli sesuai dan selesa dipakai.

Macam mana nak tahu saiz apa yang sesuai dengan jari kita?

Beberapa faktor perlu diambil kira ketika mengukur saiz cincin termasuk lebar cincin dan bentuk tapak jari Mommy. Oleh itu, perkongsian kali ini akan memberikan tips dan saiz cincin Mommy dengan betul.

Jom lihat caranya!

Tips Cara Ukur Saiz Cincin

Highlighted

Kredit gambar: alberthern.com

Antara tips untuk mengukur saiz cincin dengan betul adalah seperti berikut:

  • Ukur Pada Waktu Siang

Untuk lebih ketepatan, Mommy boleh ukur pada waktu siang. Ini kerana, pada waktu siang jari kita akan mengembang disebabkan oleh cuaca yang panas.

Oleh itu, ukur diwaktu siang lebih tepat berbanding di waktu malam.

  • Ulangi Langkah Mengukur

Selain itu, untuk lebih ketepatan adalah digalakkan untuk Mommy mengulangi langkah mengukur sebanyak 3 atau 4 kali atau sebanyak mana yang Mommy mahu. Ini kerana, untuk mendapatkan saiz purata.

  • Ukur Pada Jari Yang Dipakai Cincin

Di samping itu, Mommy dinasihatkan agar mengukur cincin pada jari yang Mommy selesa pakai cincin. Biasanya tangan dominan mempunyai jari yang lebih besar.

  • Saiz Ruas Jari (knuckle)

Jika Mommy mempunyai ruas jari yang lebih besar berbanding dasar jari maka pilihlah saiz 1/2 lebih besar kerana risau jika cincin yang dibeli tersekat pada ruas jari.

  • Jenis Cincin

Jenis cincin juga mempengaruhi saiz cincin. Biasanya cincin belah rotan lebih besar 1/2 hingga 1 saiz berbanding cincin bercorak keliling halus.

Cara Dapatkan Saiz Cincin Yang Betul

Kredit gambar: www.michaelhill.co.nz

Berikut adalah cara untuk mendapatkan saiz cincin yang betul.

#1. Mengukur Saiz Cincin dengan Pita Pengukur

Lilitkan pita pengukur pada jari yang ingin dipakai cincin dan pastikan lilitan tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.

Tandakan pada bahagian di mana pita pengukur bertemu dan catatkan ukuran dengan unit mm. Rujuk pada carta cincin untuk ketahui saiz yang sesuai dengan ukuran jari Mommy.

#2. Mengukur Menggunakan Benang dan Pembaris

Kredit gambar: yoo.rs

Selain itu, Mommy boleh gunakan kertas untuk mengukur. Caranya ialah seperti berikut:

  • Benda yang diperlukan ialah benang, gunting dan pembaris.
  • Benang digunting menjadi satu tali panjang lalu dililitkan pada jari yang dikehendaki.
  • Tandakan pada tempat kertas yang bertemu.
  • Buka lilitan dan ukur dalam unit mm menggunakan pembaris.

#3. Mengukur Menggunakan Cincin Sedia Ada

Kredit gambar: www.michaelhill.co.nz

Jika Mommy sudah mempunyai cincin yang selesa dipakai, Mommy boleh gunakan ukuran cincin tersebut. Cara untuk mengukur cincin tersebut adalah seperti berikut:

  • Sediakan kertas, pembaris dan pensil yang betul-betul tajam.
  • Lukis bulatan mengikut cincin Mommy dari bahagian dalam cincin. Pastikan bulatan tersebut dilukis dengan tepat untuk mendapatkan ukuran yang betul.
  • Guna pembaris untuk mendapatkan diameter bulatan yang dilukis.
  • Rujuk pada carta untuk dapatkan saiz Mommy jika Mommy mahu lebih mudah..

Mengukur saiz cincin dengan betul adalah kritikal untuk memastikan cincin yang Mommy beli sesuai dan selesa dipakai.

Bila dah dapat saiz yang tepat dan betul barulah dapat beli cincin yang diinginkan. Semoga perkongsian ini dapat membantu Mommy dan boleh dikongsi dengan orang lain.

Semoga dengan penerangan di atas mengenai cara ukur saiz cincin dapat membantu Mommy semua membeli cincin dengan ukuran yang tepat dan selesa!


Mommy boleh juga dapatkan pelbagai lagi tips dan info menarik yang lain di SINI!