Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Untuk Merangsang Daya Ingatan Si Kecil

perkembangan anak

Apakah kunci kepada kejayaan si kecil di peringkat persekolahan? Cari kaedah-kaedah  untuk meningkatkan ingatan mereka sekarang. Terdapat beberapa cara bagi ibubapa dalam memperbaiki kaedah ini.

Permainan Yang Merangsangkan Ingatan

Zaman kanak-kanak seperti permainan memori. Penumpuan dapat merangsangkan kekuatan otak anak kita. Perjalanan merupakan salah satu cara untuk membina kemahiran pengumpulan (recollection skills) dengan bantuan permainan ‘I Spy’(“boleh awak cari kereta yang berwarna merah?”) atau bermain bersama anak anda dengan permainannya. Tunjukkannya bola biru dan bola merah. Kemudian, ambil salah satu bola dan lihat sama ada dia menyedari bola yang hilang itu.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Highlighted


Luangkan Masa Untuk Bermain

Aktiviti fizikal seharian digelar sebagai pembesaran keajaiban (Miracle Grow) untuk otak kanak-kanak, kata Tricia Ferrara, merupakan seorang pakar terapi keluarga dan pencipta ‘Parenting’ dalam 21st ‘Century audio series’. Kajian mengatakan apabila badan kita bergerak, kita menghasilkan koktel  biokimia (biochemical cocktail), ia menguatkan hubungan otak bagi si kecil. Kanak-kanak perlu bebas semasa bermain waktu sebelum, semasa dan selepas belajar.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Rutin Yang Berterusan

Secara tidak langsung, kanak-kanak tidak faham akan erti berkongsi sehingga mereka mencecah umur 5 tahun, kata Sara Lise Raff, seorang pakar perunding dalam bidang pendidikan juga merupakan ibu kepada tiga orang anak. “walaubagaimana pun, kanak-kanak boleh dibimbing bagi memahami peraturan asas seperti menunggu giliran, “selepas dia baru awak”, jika awak beralih ke tempat lain, permainan itu  diberikan kepada kawan-kawan untuk bermain. Apabila awak membawa mainan bersama, semua orang perlu berkongsi”

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Tanya Soalan

Kajian menunjukkan berkenaan kejadian di atas akan membantu daya ingatan kanak-kanak, menurut DeAnn Davies dari Hospital Phoenix kanak –kanak. “Contoh, selepas pulang dari taman, mereka akan mengajukan soalan seperti “siapa yang berada di taman tadi?”, “siapa namanya?”. Bukan sahaja soalan ini dapat membantu daya ingatannya malah dapat mengambil berat dan mengingatkannya, berkata Davies. Anda juga boleh bertanya selepas membaca buku cerita, “Apakah perkara pertama yang berlaku dalam cerita ini? Atau “apakah yang  khinzir katakan kepada serigala?”

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Menyanyi

Muzik tidak dapat lari dari kehidupan kita, kata Tricia Ferrara, terapi keluarga dan pencipta ‘Parenting’ dalam 21st ‘Century audio series’. Apakah anda tertanya, mengapakah kita masih mengingati lagu dari zaman kanak-kanak dan tidak satu ayat dari dialog. Ferrara berkata, muzik adalah alat sebelum bahasa dan kajian menyatakan ia adalah sesuatu yang merangsangkan daya ingatan. Bagi kanak-kanak yang berusia, ibu bapa seharusnya langkah-langkah dalam lagu seperti lagu untuk mengikat tali kasut. Bagi yang lebih muda, anda boleh membuat satu permainan selain menghafal lirik. Justeru, bila anda menyanyi ‘Twinkle, twinkle little star’ tinggalkan ayat seterusnya agar anak anda akan menyambungnya sendiri.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Mengimbau Kenangan

Mengimbau gambar-gambar keluarga adalah cara yang baik untuk mengingati saat-saat indah. Adakah anak anda mengenal orang di dalam gambar ( pastikan mereka adalah individu yang anak anda pernah lihat lebih dari sekali, seperti atuk dan nenek). Dan suruh mereka ceritakan kembali saat-saat di dalam gambar tersebut. Uji ingatan mereka, ingatkah waktu hari jadi yang lepas dan betapa seronoknya ketika cuti persekolahan.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Minta Bantuan

Kanak-kanak mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk berdikari, kadang-kala mereka mahu membantu ibu bapanya. Jika mahu beli barang di pasar, pesan pada si kecil untuk mengingatkan anda barang-barang yang diperlukan agar mereka akan rasa istimewa dan juga, dapat mengelakkan dia dari merengek apabila keluar bersama anda.

 

Jadual Tidur

Kajian terkini dari ‘Northwestern University’ menyatakan tidur yang secukupnya memainkan peranan penting dalam memastikan ingatan berkekalan. Di samping itu, kajian juga menunjukkan ketika tidur kita menyimpan perkara baharu. Pastikan anak anda mendapat tidur yang secukupnya. ( Kanak-kanak memerlukan tidur selama 11-13 jam /sehari) penting bagi menjaga kesihatan fizikal dan mental.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 

Berikan keseronokkan

“Anak saya mudah lupa dimana dia meletakkan kasutnya tetapi dia boleh membaca, mengikut kata demi kata, iklan jenaka ‘NFL Super Bowl’ dari 2007, kata Tricia Ferrara, pakar terapi keluarga dan pencipta ‘Parenting’ dalam 21st ‘Century audio series’. Masalah ini tidak kritikal, setengah kajian mendapati bahawa manusia akan mudah ingat apabila ianya menyeronokkan. Beberapa langkah dapat diketengahkan dalam menerapkan lawak serta hiburan dalam pembelajaran (lagu yang seronok dan buku yang penuh berwarna dalam ABCs).

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!