Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Jangan Cepat Sergah Anak, Mommy! Cara Untuk Tidak Cepat Marah, Melenting Apabila Anak Buat Salah

Mommy, selalu kita cepat je naik suara dengan anak kita sebab geram dengan perangai mereka yang tak duduk diam tu. Betul tak? Selalu kacau ketenteraman jiwa mental dan fizikal kita kan?

Tetapi kalau kita ringan sangat mulut untuk marah mereka, mesti ada padah nya. Secara amnya, ia mengajar anak-anak kita untuk takut dengan Mommy daripada memahami akibat daripada tindakan mereka.
Anak-anak masih kecil dan bergantung pada ibu bapa mereka untuk belajar. Anak Mommy akan rasa ianya normal apabila marah dan menjerit. Oleh itu, perangai mereka juga akan menjadi seperti itu sebab ia dianggap biasa.
Ikuti perkongsian daripada Encik Fhais tentang tips macam mana kita sebagai ibu bapa boleh cara alternatif lain daripada marah dan tengking mereka.
Jom kita baca~

Jangan Cepat Marah Salah Anak!

Highlighted


Bila kita terlalu highlight sangat kesilapan kecil dia tu ini yang bakal terjadi.
  • dia asyik cari salah orang
  • dia hanya fokus pada masalah
  • dia susah nampak solusi
  • dia sentiasa fikir negatif
  • dia senang stress & serabut
Risau dia membesar jadi seorang yang Mistake Oriented Person. Sebab itu la bila nampak anak ada buat salah kita jangan terus hukum atau marah. Sebaliknya kita ajar dia solusi lebih baik.
1. Kita bantu dia cari solusi
“Tak apa kakak, mari ibu tolong….”
2. Bagitahu dia, tak ada manusia yang sempurna
“Semua orang buat silap, adik jangan risau ya”
3. Ajar minta maaf dan muhasabah diri
“Abang minta maaf, lepas tu janji tak ulang lagi”

Rasanya tak ada yang nak anak kita jadi toksikkan. Fitrah kanak-kanak, mereka lebih senang belajar bila ada ‘Trust’ berbanding ‘Fear. Fear hanya akan buat hati mereka makin berkerak, dan makin membengkak. Jadi la dia kanak-kanak yang sangat toksik. Allahu.

Tunjukkan dia solusi, nescaya sampai besar ia akan jadi belief system yang baik dalam diri.

Mudah je tips yang diberi oleh Encik Fhais. Senang cakap, jika teruskan untuk marah dan teking anak, ia menjadikan kanak-kanak takut, menentang, ataupun agresif.

Semestinya ia adalah fakta yang ibu bapa akan rasa annoyed dengan tingkah laku anak mereka. Tapi diingat juga pada ibu bapa bahawa, ia tidak mengapa untuk marah, tetapi ia adalah salah untuk menyakiti anak, dalam kemarahan.

Semoga bermanfaat untuk Mommy dan Daddy!

Kredit: Mohd Fhais Salim


Dapatkan lebih banyak info dan tips tentang keibubapaan klik di SINI.