Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cuba 6 Cara Urut Bayi Kembung Perut Ini Yang Boleh Bantu Melegakannya!

cara urut bayi kembung perut

Kredit gambar: www.evivo.com

Cara urut bayi kembung perut ini, Mommy boleh lakukan dari umur bayi bermula enam minggu lagi. Gunakan minyak urut bayi yang berkualiti tinggi dan diperbuat daripada bahan-bahan yang selamat serta mesra bayi.

Sebelum memulakan urutan juga, Mommy perlu pastikan persekitaran tempat tersebut adalah pada suhu bilik, tenang serta jauh dari kebisingan yang mana boleh mengganggu tumpuan bayi.

Pastikan juga Mommy mengambil berat tentang hal di bawah sebelum memulakan urutan kembung perut iaitu:

  • Jangan cuba mengurut bayi sebelum atau selepas bayi makan, atau ketika dia sedang tidur atau memerlukan tidur.
  • Tanggalkan semua barang kemas yang boleh melukakan, menggosok atau merengsakan kulit bayi.
  • Mommy perlu letakkan bayi di atas tuala lembut dan hangat sama ada di tengah-tengah katil atau di atas lantai.
  • Pastikan juga Mommy menggosok terlebih dahulu krim atau minyak di tangan sebelum menyentuh kulit bayi anda.
  • Perhatikan setiap reaksi bayi anda terhadap setiap gerakan yang dilakukan dan sekiranya Mommy mendapati dia tidak menyukai sesuatu gerakan, hentikan apa yang sedang Mommy lakukan dan terus berikan dia pelukan.

Ikuti perkongsian di bawah mengenai cara mengurut bayi yang sedang mengalami kembung perut. Jom lihat!

Cara Urut Bayi Kembung Perut

Highlighted

Kredit gambar: www.healthline.com

Berikut merupakan cara-cara untuk mengurut bayi yang mengalami kembung perut iaitu:

#1. Buat Pusingan Jam

Mula-mula Mommy letakkan jari telunjuk berdekatan dengan pusar perut bayi dan bergerak dengan gerakan mengikut arah jam. Semasa membuat gerakan bulat tersebut, pastikan dalam masa yang sama Mommy menekan lembut perut bayi. Cara ini dapat membantu sistem pencernaan bekerja dengan lebih baik.

Kredit gambar: www.babycentre.co.uk

#2. Buat Pusingan Perut

Sama seperti gerakan yang Mommy lakukan menggunakan jari telunjuk, kali ini Mommy gunakan tapak tangan untuk diletakkan di atas perut bayi dengan sedikit menekan dalam gerakan bulat mengikut arah jam. Lakukan beberapa kali.

Kredit gambar: www.babycentre.co.uk

#3. Angkat Jari Kaki Ke Hidung

Kemudian, letakkan angkat kaki bayi anda rapat bersama-sama dengan tapak kedua-dua belah kaki agar bersentuhan.

Sambil pegang kedua kaki bayi, Mommy tekan kaki bayi hingga ke arah hidungnya mengikut keselesaan sebelum kembali semula ke posisi yang asal dan ulang beberapa kali.

Teknik ini sangat bagus untuk mengalihkan angin-angin degil dalam tubuh.

Kredit gambar: www.babycentre.co.uk

#4. Angkat Lutut Kaki

Seterusnya, Mommy luruskan kaki bayi lalu bengkokkan lututnya dan goyangkan pinggulnya perlahan-lahan dari sisi ke sisi. Ia bertujuan mengaktifkan sistem pencernaan lalu membantu masalah kembung perut dengan mengeluarkan angin dalam tubuh.

Kredit gambar: www.babycentre.co.uk

#5. Tolakan Kaki Ke Pusar

Kemudian, Mommy pegang kaki bayi lalu tolak lututnya perlahan-lahan ke atas pusar sebelum meluruskan kakinya semula. Ulangi langkah ini secara berirama atau berselang-seli. Gerakan ini mampu melepaskan angin dengan lebih cepat lagi.

Kredit gambar: www.babycentre.co.uk

#6. Urutan Di Tapak Kaki

Akhir sekali, lakukan urutan di tapak kakinya dengan menggerakkan ibu jari Mommy dalam gerakan membulat untuk membantu melegakan sistem pencernaan dan menenangkan bayi.

Kredit gambar: www.babycentre.co.uk

Tanda Bayi Kembung Perut

Antara tanda-tandanya adalah:

  • Merengek
  • Menunjukkan rasa tidak selesa
  • Kembung perut
  • Kerap menangis
  • Kentut dengan sangat kerapMempunyai perut yang keras

Punca Bayi Kembung Perut

Mommy perlu tahu, walaupun bayi menyusu, makanan yang diambil oleh Mommy juga boleh menyebabkan bayi kembung perut. Antara beberapa makanan yang boleh menyebabkan bayi kembung perut juga termasuklah:

  • Makanan yang kaya dengan serat
  • Buah-buahan seperti aprikot, pic, prun, pear, dan plum
  • Buah-buahan sitrus
  • Sayuran hijau seperti brokoli, asparagus dan kubis
  • Sayuran berkanji seperti kentang
  • Makanan berkanji lain seperti jagung dan juga pasta
  • Produk tenusu
  • Malah bayi juga berpeluang menelan udara lebih ketika sedang menghisap susu dan menangis

Mommy boleh ketahui dengan lebih lanjut lagi punca bayi kembung perut di SINI!

Oleh itu, sentiasa pastikan Mommy memeriksa kondisi kesihatan bayi agar mereka terhindar dari sebarang gejala dan kekal sihat. Sekiranya didapati terdapat tanda-tanda yang menunjukkan bayi Mommy sedang mengalami kembung perut, terus lakukan teknik urutan di atas.

Mommy juga boleh menyertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan pelbagai tips berguna serta ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi. Jom layari website Motherhood.com.my atau download aplikasi Motherhood.com.my.

Semoga membantu!


Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui tips dan petua terkini mengenai penjagaan bayi di SINI.