Cara urut bayi yang betul mampu membantu merangsangkan sistem peredaran darah, sistem pencernaan dan mengurangkan beberapa masalah yang lain.
Antaranya kekejangan, kembung perut, sembelit dan juga membantu mengurangkan ketegangan otot, kesakitan, ketidakselesaan yang teruk serta meransang pertumbuhan stimulasi bagi bayi pramatang.
Walau bagaimanapun, Kalau bayi Mommy mempunyai sebarang masalah kesihatan, Mommy perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum melakukan urutan kepada mereka.
Persediaan Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Mengurut Bayi
Sebelum mulakan urutan, ada beberapa perkara yang Mommy perlu lakukan iaitu :
- Cek terlebih dahulu suhu bilik supaya keadaannya adalah suam dan lampu tidak terlalu terang.
- Pastikan bayi dalam keadaan rehat, sedar dan berjaga-jaga. Malah, dirinya tidak terlalu lapar atau pun terlalu kenyang.
- Mommy perlu bersihkan tangan serta menanggalkan semua barang hiasan di badan.
- Jangan urut kalau bayi baru lepas makan atau sedang tidur.
- Hampar tikar di atas lantai dan lunjur kaki Mommy.
- Buka pakaian bayi dan letakkannya di tikar tadi dalam keadaan yang selesa. Pastikan muka bayi menghadap Mommy.
- Pilih urutan yang tidak menyakitkan si manja.
- Sambil-sambil urut, berboranlah dengan si manja supaya dirinya lebih selesa dan bagi mengeratkan lagi kasih sayang.
- Lebih baik sekiranya Mommy mulakan urutan sebelum memandikannya.
- Sapukan beberapa titis minyak atau pelembap di tapak tangan sebelum memulakan urutan.
Panduan 10 Cara Urut Bayi
#1. Kaki
Sapu sedikit minyak pada salah satu bahagian paha dan turun ke bawah. Selang seli dengan satu lagi tangan seakan-akan Mommy menyapu minyak di seluruh kaki bayi. Ulang langkah yang sama iaitu sebanyak 3 kali pada kaki yang lain pula.
#2. Tapak kaki
Mommy pegang salah satu tapak kaki bayi, lalu pusingkannya ke beberapa arah. Setelah itu, mulakan urutan di tapak kaki bermula dari tumit kaki ke jari kaki. Ulang langkah yang sama pada kaki yang lain sebanyak 3 kali.
#3. The soles
Seterusnya, gunakan ibu jari dengan membuat bulatan pada tapak kaki dan lakukannya sebanyak 3 kali.
#4. Jari kaki
Guna hujung ibu jari dan bahagian hujung jari kedua dan urut sehingga penghujung kaki bayi. Ulang 3 kali.
#5. Lengan
Mommy pegang salah satu tangan, buat urutan sampailah ke pergelangan tangan bayi. Kemudian, pusing pergelangan tangan ke bebeapa arah dan lakukan perkara yang sama pada tangan lain juga sebanyak 3 kali.
#6. Tangan
Buat bulatan di atas tapak tangan bayi menggunakan ibu jari Mommy sebanyak 3 kali. Ulang juga di tapak tangan lain.
#7. Jari tangan
Mommy pegang salah satu jari dengan lembut dan berhati-hati. Kemudian lepaskannya semula ke posisi asal. Ulang sebanyak 3 kali untuk kesemu jari pada kedua-dua tangan.
#8. Dada
Langkah seterusnya, Mommy letakkan kedua-dua tangan di atas dada dan lakukan urutan dengan urutan secara keluar dari bahagian dada. Ulangi semua langkah ini sebanyak 3 kali.
#9. Dada (sambungan)
Letak tangan di atas dada dan urut secara perlahan dari atas dada turun ke bahagian paha. Ulang langkah dengan tukar posisi tangan sebanyak 3 kali.
#10. Bahagian belakang
Langkah yang terakhir, Mommy perlu pusingkan badan hadapan bayi menghadap ke lantai seperti menerap. Gunakan jari untuk membuat urutan secara bulat di kedua-dua belah tulang belakang dari leher hingga ke paras punggung.
Lakukan urutan pada setiap hari adalah pilihan terbaik dan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 15 minit hingga 30 minit sahaja.
Masa mengurut inilah waktu untuk ikatan mesra antara Mommy dan si manja. Selain menenangkan si manja, ransangan dari sentuhan yang Mommy lakukan juga mampu mengeratkan lagi ikatan yang terjalin.
Dapatkan juga pelbagai lagi tips penjagaan anak, tips keibubapaan serta panduan menarik yang lain di SINI!