Ibu, Bayi & Kanak Kanak

“Eh, penting ke Carbetocin?” Ibu, anda juga perlu ambil tahu.

Anda mungkin bukan doktor, mahupun ahli farmasi. Tapi bakal ibu pun kena ambil tahu hal perubatan yang berkaitan supaya anda lebih berwaspada dan bersedia jika berlaku sesuatu nanti.

Tahukah anda, komplikasi tumpah darah atau postpartum hemorrhage yang sering dialami ibu-ibu selepas bersalin sebenarnya boleh mengundang maut. Bukan niat untuk menakutkan, tetapi perkara ini perlu dipandang serius dan diambil tahu oleh ibu-ibu yang sedang hamil.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Sinar Harian, negara kita berjaya mengurangkan kadar kematian ibu bersalin sebanyak 45 peratus iaitu daripada 53 kematian bagi setiap 100,000 kelahiran hidup pada tahun 1990, kepada 29 orang pada 2010.

Highlighted


Jika sebelum ini Oxytocin,…

Untuk pengetahuan anda, Oxytocin merupakan antara ubat khas yang dapat mencegah pendarahan berlebihan selepas bersalin. Tetapi, Oxytocin itu sendiri memerlukan penjagaan yang sangat rapi.

Oxytocin perlu sentiasa dibawa dan disimpan di tempat yang bersuhu antara 2-8 darjah selsius dari tarikh ianya dikeluarkan.

Jadi, penggunaan Oxytocin kebanyakkannya hanya digunakan oleh negara-negara maju. Di negara-negara yang kurang maju, agak sukar untuk mereka menggunakan Oxytocin kerana kurangnya alatan yang sesuai untuk mengendali dan menyimpan Oxytocin.

…sekarang ada Carbetocin!

Baru-baru ini, Ferring Pharmaceuticals di London telah memperkenalkan satu ubat yang dipanggil Carbetocin. Ia dikatakan versi baru kepada Oxytocin.

Satu kajian yang telah dijalankan bersama World Health Organization (WHO), melaporkan bahawa Carbetocin juga berkesan seperti Oxytocin TETAPI ianya tahan panas dan boleh digunakan dalam apa jua cuaca. Kajian tersebut telah diterbitkan dalam New England Journal of Medicine.

Sumber: Google

Carbetocin tetap berkesan untuk digunakan walaupun ketika suhu 30 darjah selsius, 75 peratus tahap kelembapan dan tahap keberkesanannya bertahan sehingga 3 tahun. 

Dengan adanya Carbetocin ini, masalah pendarahan berlebihan selepas bersalin di negara-negara membangun dan kurang maju pasti dapat diatasi.

Menurut laporan BBC, kira-kira 70 000 wanita meninggal dunia setiap tahun akibat pendarahan yang berlebihan selepas bersalin. Kematian mereka juga dikaitkan dengan peningkatan kadar kematian bayi mereka dalam masa kurang sebulan.

Carbetocin dapat mengurangkan kadar kematian ibu bersalin akibat pendarahan berlebihan.

Boleh bayangkan tak apa akan jadi kalau setiap negara ataupun hospital diseluruh dunia dibekalkan dengan Carbetocin? Dengan pengendaliannya yang lebih mudah berbanding Oxytocin, pasti kadar kematian ibu bersalin akibat tumpah darah dapat dikurangkan.

https://www.youtube.com/watch?v=ossnaB3tTFI

Berkesan ke Carbetocin ni?

Satu kajian keberkesanan Oxytocin dan Carbetocin telah dijalankan ke atas 30 000 wanita di 10 buah negara – Argentina, Mesir, India, Kenya, Nigeria, Singapura, Afrika Selatan, Thailand, Uganda dan Britain.

Setiap daripada wanita tersebut telah dipilih secara rawak untuk dikenakan suntikan Carbetocin atau Oxytocin. Hasil kajian mendapati kedua-duanya berkesan dalam mencegah pendarahan berlebihan selepas bersalin.

Jadi, untuk anda yang bakal melahirkan tak lama lagi, tak perlu gusar kalau diberi suntikan Carbetocin ini. Serahkan pada yang pakar untuk menjamin keadaan kesihatan anda ke arah yang lebih baik.

Dapatkan pelbagai produk bayi MURAH hanya di motherhood.com.my!