Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Dana RM50 Kerajaan; Caruman KWSP Hanya Untuk Isteri Pertama

isteri-pertama-caruman-kwsp

credit: Twitter

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata sumbangan kerajaan itu (Dana RM50 Kerajaan) tidak akan dilanjutkan kepada isteri kedua, ketiga atau keempat sekiranya berlaku perkahwinan poligami.

Itu tanggungjawab suami, kita akan bagi kepada isteri pertama sahaja…kalau mereka (lelaki) kahwin lebih daripada satu, mereka kena tanggung sendiri buat isteri lain bukan tugas itu diserahkan kepada kerajaan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Ghazali (PAS – Kuala Nerus) yang ingin tahu berkenaan pelaksanaan caruman KWSP untuk isteri atau wanita.

Highlighted

credit: Afyan.com

Sehubungan itu, skim caruman KWSP untuk suri rumah ialah satu daripada janji Pakatan Harapan dalam manifesto pilihan raya umum ke-14. Caruman itu dibuat melalui pemotongan 2% gaji suami dan RM50 daripada dana kerajaan.

Wan Azizah berkata, skim caruman KWSP untuk suri rumah akan dilaksanakan dalam 100 hari menerusi 3 fasa utama.

Cadangan asal melibatkan simpanan untuk suri rumah melalui caruman pekerja, iaitu dari suami 2%, sumbangan kerajaan sebanyak RM50 sebulan,

katanya sambil memaklumkan wang itu boleh digunakan selepas pencen dan ketika berdepan kematian suami atau perceraian.

Manifesto 100 Hari

Dr. Wan Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata memorandum mengenai skim itu sudah siap dan akan dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang. Skim tersebut adalah antara tawaran manifesto 100 hari kerajaan Pakatan Harapan, dijangka bermula dengan sumbangan sukarela yang kemudiannya akan diwajibkan setelah pindaan kepada Akta KWSP dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dilaksana.

Setuju sangat dengan syarat yang dikemukakan ini. Semoga berita gembira ini akan membuatkan masa depan suri rumah lebih terbela. Memanglah ada suri rumah akan cakap dia tak kisah pasal ni sebab boleh bertolak ansur dengan suami, tapi dengan adanya caruman ini masa depan para suri rumah akan lebih terjamin.

credit: Afyan.com

Untuk para isteri kedua, ketiga atau keempat anda semua tidak perlu risau sebab kalau suami anda boleh berpoligami, mestilah dia boleh tanggung anda semua kan?

Kalau suami mampu kahwin 2 atau 3, mesti mampu bagi nafkah kepada semua (isteri)

tambah Dr. Wan Azizah.

Untuk para suami, janganlah rasa terbeban pula dengan isu ini, manakala untuk suami yang berpoligami tu pandai-pandailah nak bagi nafkah dengan adil, ya?

Untuk tahu banyak lagi info dan nak beli barang bayi murah sila Klik Disini!