Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Sex Education #8: Catcalling – Tolong Ajar Anak Lelaki Anda Hormati Perempuan

catcalling in malaysia

Untuk baca versi Inggeris artikel ini, klik sini.

Catcalling, apa tu? Catcalling atau dalam bahasa mudahnya, memanggil atau menegur seorang perempuan dengan bahasa atau cara yang tidak senonoh – bersiul, menjerit atau panggilan yang berbaur seksual.

Highlighted

Sumber: stopstreetharassment

Jom ke Baby Fest Motherhood.com.my weekend ni!

Sejenis Gangguan Seksual

Nak pergi mana tu. Nak abang teman tak?

Awak yang perempuan pernah tak jalan sorang-sorang atau berkumpulan, kemudian dengar ‘kata-kata’ macam ni? Dengan nada dan jelingan yang menggelikan pulak tu. Lepastu ada juga lelaki bersiul sambil memandang awakkan? Pada saya, itu merupakan satu gangguan seksual!

Bayangkan, kita nak jalan ke kereta pun kadang-kadang ada je lelaki yang menggatal nak ganggu. Kalau nak cakap saja dan bosan tu, eh tak ada kerja lain ke? Apa yang anda buat tu sangat biadab! Disebabkan gangguan macam ni lah orang perempuan takut nak ke mana-mana sahaja. Kadang-kadang dalam public transport pun ada je yang berani catcalling ni. Dekat tempat kerja pun ada tau!

Ibu bapa nak ke anak-anak lelaki anda buat perangai macam ni? MESTI LA TAKNAK KAN. Jadi apa yang anda boleh buat untuk elakkan daripada anak lelaki anda terjebak dengan perangai macam ni?

  1. Ajar dia cara untuk hormat orang.

Sebagai ibu bapa pun kita tahu macam mana pentingnya sikap saling menghormati. Terapkan nilai hormat-menghormati dalam diri anak anda. Terutamanya, anak lelaki anda. Selain ajar mereka untuk menghormati orang yang lebih tua, fokuskan juga untuk bagaimana mereka boleh menghormati kaum wanita.

2. Jauhkan dia daripada bahan lucah.

Kawal dan pantau anak lelaki anda daripada segala bahan lucah. Kalau boleh jauhkan dan sekat mereka daripada bahan-bahan macam ni. Sebab apa? Untuk mengelakkan mereka mempunyai pemikiran cetek seperti perempuan merupakan ‘bahan atau alat’ permainan. Jadi, jauhi mereka sebaik mungkin daripada bahan-bahan macam ni.

3. Elakkan diskriminasi.

Zaman sekarang, dah ramai kaum wanita buktikan yang wanita pun boleh buat apa je yang lelaki buat. Dari zaman nenek moyang kita lagi dah banyak kata-kata ‘perempuan patut duduk di rumah’, ‘perempuan je kena buat kerja rumah’ dan sebagainya. Eh, lelaki pun kena belajar hal-hal rumah tau! Kita sebagai ibu, kalau dengar anak lelaki kita komen hal negatif mengenai perempuan, duduk dan beritahu mereka apa yang betul dan apa yang salah.

4. Biarkan mereka bergaul dengan lelaki yang baik dan dihormati.

Biasakan anak lelaki anda untuk bergaul dan dikelilingi lelaki yang baik dan dihormati. Contohnya, ayah, datuk atau pakcik mereka sendiri. Jika ada saudara-mara lelaki yang baik dan dihormati, biarkan mereka bergaul dengannya. Bila anak kita pun sering dikelilingi orang-orang yang positif, mereka pun akan turut menjadi seorang yang positif!

Sebagai seorang ibu dan wanita, kita tau bagaimana perlunya kaum lelaki menghormati kita. Didiklah anak-anak kita terutamanya yang lelaki sejak mereka kecil untuk sentiasa menghormati dan melindungi kaum wanita. Mereka pasti akan turut dihormati dan disanjungi apabila dewasa kelak.

Jom ke Baby Fest Motherhood.com.my weekend ni!