Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Punca Anak Cemburu & 9 Cara Mudah untuk Mengatasinya

cemburu

Kredit gambar: raisingchildren.net.au

Cemburu atau iri hati adalah satu gabungan emosi yang negatif kerana merasa terancam, takut dan risau kehilangan sesuatu yang disayangi dan berharga.

Untuk pengetahuan Mommy, bukan hanya orang dewasa yang ada perasaan cemburu, kanak-kanak pun boleh cemburu tau. Terdapat beberapa sebab mengapa anak-anak cemburu.

Untuk ketahui apakah punca anak cemburu dan cara untuk mengatasinya, terus ikuti perkongsian di bawah!

Punca Anak Sering Cemburu

Highlighted

Kredit gambar: www.nct.org.uk

Antara punca anak sering kali iri hati adalah seperti berikut:

  • Terlalu dimanjakan
  • Overprotecting
  • Terlalu mengongkong
  • Sentiasa dibandingkan dengan orang lain
  • Mencipta suasana persaingan yang tidak sihat
  • Kelahiran orang baru dalam keluarga

Cara Tangani Anak Cemburu

Kredit gambar: pride.kindness.sg

Jika anak Mommy Daddy sering mempunyai perasaan cemburu, Mommy dan Daddy boleh cuba cara-cara berikut bagaimana untuk menangani anak-anak yang cemburu. Antaranya ialah:

#1. Tukarkan Cemburu kepada Cita-cita

Cara yang pertama untuk menangani anak-anak yang cemburu ialah dengan menukarkan rasa cemburu kepada cita-cita. Tukar dari rasa yang negatif kepada sesuatu yang positif.

Contohnya, sekiranya anak Mommy cemburu dengan rakan sekelasnya yang mendapat hadiah di atas pencapaiannya dalam peperiksaan, galakkan anak Mommy untuk menjadikan itu sebagai motivasinya untuk lebih fokus dan kuat berusaha untuk menjadi seperti itu.

#2. Jadi Pendengar yang Baik

Selain itu, antara cara lain untuk menangani anak yang cemburu adalah Mommy dan Daddy perlu menjadi pendengar yang setia. Iri hati adalah perilaku yang berakar dari dalam. Oleh itu, sebaiknya bercakaplah dengan anak Mommy dan Daddy.

Ketahuilah mengapa mereka iri hati dengan seseorang. Kemungkinan anak Mommy mempunyai masalah kurag keyakinan diri yang menyebabkan mereka cemburu dengan orang lain. Berikan comfort word Mommy kepadanya yang boleh membantu mengurangkan rasa cemburu tersebut.

#3. Jangan Bandingkan dengan Orang Lain

Kredit gambar: www.parentscanada.com

Setiap orang dilahirkan dengan keistimewaan dan kebolehan yang berbeza. Elakkan dari membandingkannya dengan orang lain atau adik beradiknya yang lain. Iktiraf setiap kelebihan dan kelainan yang ada pada dirinya.

Perbandingan akan membuatkan anak Mommy berfikir yang Mommy lebih menyayangi orang lain lebih darinya. Ini akan mencipta rasa cemburu dalam dirinya.

#4. Terangkan Beserta Contoh

Cara yang seterusnya ialah menggunakan diri Mommy dan Daddy sebagai contoh. Berikan pujian kepada orang lain mengenai tingkah laku yang baik dan kebaikan lain yang dimiliki orang tersebut.

Tunjukkan sikap positif Mommy dengan mengiktiraf kebaikan dan kelebihan orang lain di hadapan anak Mommy.

#5. Ajar Anak mengenai Kepentingan Berkongsi

Kanak-kanak boleh menjadi seorang yang pendendam tanpa kita sedari atau tanpa sebab yang kukuh. Biasakan dan ajarkan anak Mommy berkenaan kepentingan berkongsi dan berkasih sayang.

Kelak insecurity dalam diri mereka akan hilang dan ini akan membantu mereka untuk bergaul dan berkawan dengan orang yang dahulunya mereka cemburui.

#6. Sayangi Anak antara Cara Mudah Hilangkan Rasa Cemburu Mereka

Kredit gambar: www.whattoexpect.com

Cara lain yang berkesan untuk menangani anak yang iri hati ialah dengan tunjukkan kasih sayang Mommy pada anak Mommy. Contohnya, kelahiran anak yang baru mungkin akan membuatkan anak Mommy cemburu akan kehadiran adiknya itu.

Oleh itu, tunjukkan kasih sayang Mommy dan Daddy masih sama tidak berubah walaupun hadirnya orang baru dalam keluarga. Jangan biarkan dia rasa terpinggir, lakukan aktiviti yang disukai sama seperti sebelumnya dan lain-lain.

#7. Bacakan Kisah-kisah Tauladan untuk Hilangkan Rasa Cemburu

Di samping itu, Mommy juga boleh jadikan bed time story sebagai salah satu cara untuk tangani anak yang iri hati. Jadikan bed time story ini sebagai rutin harian dan pastikan pemilihan cerita menyelitkan banyak kisah yang memberi tauladan.

Biarkan anak Mommy belajar dari kisah-kisah tauladan ini semasa fasa penting tumbesaran mereka. Dari sini mereka akan belajar apa yang boleh dan apa yang tidak boleh.

#8. Puji-pujian

Bukan itu sahaja, malah Mommy dan Daddy boleh gunakan kata-kata pujian untuk membuatkan mereka buang insecurity yang ada dalam diri mereka.

Anak-anak sangat suka akan comfort word yang atau kata-kata positif berkenaan diri mereka. Kata-kata positif ini akan membantu untuk meningkatkan keyakinan diri anak Mommy.

#9. Menggunakan Pendekatan Kerjasama

Cara yang terakhir adalah dengan menggunakan pendekatan kerjasama. Ini adalah salah satu cara yang membantu anak Mommy untuk belajar berkongsi, membantu, bekerjasama dan menghargai usaha mereka. Kerjasama ini akan membuatkan mereka saling menghargai dan berkasih sayang.

Mommy juga boleh daftarkan anak Mommy ke program “Super Kids“ oleh Motherhood.com.my yang menawarkan pelbagai bengkel dan aktiviti menarik. Para peserta juga berpeluang untuk mendapatkan Super Kids Activity Box PERCUMA, akses tanpa had ke pelbagai bengkel dan juga antara yang pertama mendapatkan diskaun serta tawaran terkini daripada Motherhood.com.my.

Sertai Super Kids bersama Motherhood.com.my sekarang!


Mommy dan Daddy boleh dapatkan pelbagai lagi tips dan panduan keibubapaan menarik yang lain di SINI!