Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Tak Sabarnya Nak Jumpa Si Manja! Jom Buat Checklist Barang Baby Dan Ibu

checklist brg bayi

https://api.whatsapp.com/send?phone=60189515414

Sememangnya para ibu dan bapa ternanti-nanti saat untuk berjumpa dengan si manja bukan? Tapi macam mana dengan persiapan barangan bayi ya? Semua dah ada ke atau masih ada yang belum cukup?

Nanti dah bersalin, dah semkain susah tau nak shopping barang bayi. Jom kita mudahkan persiapan dengan membuat checklist barang baby dan juga untuk diri sendiri!

Checklist Baju Baby 

Highlighted

Sumber: istockphoto

Bukan bakal ibu dan bapa je yang excited bila ternampak pakaian bayi yang comel-comel di pusat beli belah tu.

Golongan dewasa yang masih belum berkahwin pun teruja kan?

Mesti anda teringin nak beli pelbagai fesyen pakaian bayi kan? Tapi sebelum anda terlebih berbelanja, jom kita senaraikan satu persatu pakaian bayi yang mesti ada.

  1. Baju lengan panjang dan seluar panjang – untuk cuaca sejuk dan pada waktu malam.
  2. Baju lengan pendek dan seluar pendek – untuk cuaca panas dan pada waktu siang.
  3. 10 helai kain barut perut bayi
  4. Rompers – fesyen rompers bayi memudahkan proses penjagaannya. Sebagai contoh, penukaran pampers bayi lebih senang.
  5. Kain lampin/kain bedung bayi
  6. Sarung tangan dan stoking bayi – untuk lebih jimat dan seragam, belilah yang dijual sepasang bersama pakaian bayi.

Untuk menentukan bilangan setiap satu, anda hendaklah melihat kepada pelbagai faktor seperti penggunaan penghawa dingin di rumah dan cuaca semasa.

Sebagai contoh, jika anda bersalin pada musim tengkujuh, anda mungkin perlu membeli baju lengan panjang dan seluar panjang bayi lebih banyak disebabkan cuaca yang sejuk pada musim tersebut.

Checklist Barang Baby

Sumber: istockphoto

Selain pakaian, penjagaan bayi juga memerlukan beberapa barangan lain yang penting seperti:

  1. Lampin
  2. Tikar getah bayi – penukaran lampin akan lebih mudah dan ia senang dicuci jika terkena najis.
  3. Minyak bayi – untuk melegakan masalah penghadaman dan membuatkan bayi terasa nyaman.
  4. Putik kapas bayi – untuk mencuci kotoran seperti di hidung dan di pusat bayi.
  5. Tisu bayi – untuk mengelap sebarang kotoran seperti jeluak bayi.
  6. Tisu basah bayi – untuk membersihkan najis bayi dan mengelap lelehan susu di badan ibu dan bayi.
  7. Besen mandi bayi – untuk memudahkan anda memandikan si comel. Boleh juga digunakan untuk merendam dan membasuh baju bayi.
  8. Sabun mandi bayi – untuk lebih senang dan jimat, pilihlah yang boleh digunakan untuk mencuci rambut dan badan sekali. Atau lebih dikenali sebagai head-to-toe baby body wash
  9. Tuala bayi – pilih yang lebar dan materialnya sesuai dengan kulit bayi ya.
  10. Storage box – untuk menyimpan barang bayi dengan lebih teratur. Pilihlah yang diperbuat daripada material lut sinar supaya senang untuk anda mencari barang bayi ya.

Checklist Kelengkapan Tidur Bayi

Sumber: istockphoto

Anda tidak semestinya menyediakan satu bilik khas untuk bayi anda tau. Untuk si comel mendapatkan tidur yang lena, hanya beberapa barang kelengkapan tidur sahaja yang diperlukan. Antaranya adalah:

  1. Katil/baby cot – pilih rekaan yang selamat untuk bayi seperti bebas dari bucu tajam.
  2. Tilam bayi
  3. Selimut bayi – untuk melindungi bayi dari udara sejuk. Boleh juga diganti dengan kain lampin atau kain bedung bayi.
  4. Kelambu bayi – untuk melindungi bayi dari gigitan serangga.
  5. Pelapik tilam – untuk melindungi tilam dari terkena najis bayi dan sebarang kotoran.

Checklist Barang Menyusu Bayi

Sumber: istockphoto

Untuk menyusukan bayi anda sama ada dengan susu badan ataupun formula, anda akan memerlukan beberapa keperluan barang menyusu.

Pastikan anda telah sediakan semua ni ya sebelum bersalin.

  1. Botol susu – 5 botol susu adalah jumlah yang ideal untuk memudahkan proses penyusuan kerana anda mungkin terlupa atau tiada masa untuk membasuh botol yang sudah digunakan.
  2. Pam susu – untuk memudahkan pengeluaran dan penyimpanan susu badan berbanding dengan memicit payudara sahaja. Pilihlah yang boleh pam kedua-dua belah payudara anda dan yang anda selesa menggunakannya.
  3. Puting susu bayi – jumlah bilangan puting seeloknya sama seperti jumlah bilangan botol susu bayi. Namun jangan beli terlalu banyak ya. Anda akan melalui fasa percubaan tentang puting yang paling sesuai dan disukai bayi anda.
  4. Alat steril barangan menyusu bayi
  5. Pemberus botol susu – pilihlah yang mempunyai pemberus untuk botol dan puting susu kedua-duanya.

Checklist Beg Baby Untuk Travel

Sumber: istockphoto

Bila nak melancong atau ke mana-mana walaupun dalam masa beberapa jam sahaja, ibu bapa perlu sediakan satu beg khas untuk letakkan barang-barang keperluan bayi tau.

Cuba tengok senarai ni, ada yang tertinggal tak?

  1. Lampin bayi
  2. Pakaian bayi – bilangan dan jenisnya bergantung kepada tempoh masa dan cuaca.
  3. Kain bedung bayi/kain lampin – boleh juga digunakan sebagai kain selimut.
  4. Topi – untuk melindungi kepala bayi dari cuaca panas, hujan dan angin yang kuat.
  5. Kasut bayi – walaupun masih tidak boleh berjalan, tapak kaki bayi perlu dilindungi apabila berada di luar rumah.
  6. Sarung tangan dan stoking
  7. Kain barut perut bayi
  8. Tuala bayi
  9. Sapu tangan bayi – untuk lap lebihan susu dan muntah bayi.
  10. Tisu basah
  11. Minyak bayi – yang biasanya digunakan adalah minyak telon.
  12. Beg travel kecil barangan mandian bayi
  13. Plastik kecil – untuk membuang pampers, kotoran dan meletakkan pakaian bayi yang kotor.
  14. Thermos – untuk diisi dengan air panas untuk membuat susu dan sebagainya.

Untuk travel, selain daripada membawa beg yang mengandungi barang keperluan bayi, anda juga memerlukan beberapa barangan penting yang lain untuk keselesaan bersama. Sebagai contoh:

  1. Stroller bayi – untuk keselesaaan bayi dan anda ketika travel.
  2. Kain sandang bayi – jika ruang terhad, anda boleh pakai kain sandang bayi untuk menampung bayi anda.
  3. Kerusi bayi dalam kereta – ini penting untuk keselamatan dan keselesaan bayi di dalam kereta. Ia turut memudahkan anda.
  4. Nursing cover – untuk menutup bahagian badan anda yang terdedah apabila menyusu di public. Bayi pun akan rasa lebih selesa kerana terlindung daripada cahaya dan bunyi.

Checklist Barang Keperluan Ibu

Sumber: istockphoto

Untuk bersalin di hospital, anda perlu menyediakan beg barang keperluan bersalin untuk anda dan bayi.

Selain dari itu, anda perlu menyediakan beberapa barang keperluan selepas bersalin. Antaranya adalah:

  1. Kain batik – jika anda tiada kain batik sebelum ini, anda akan memerlukannya lebih daripada 5 helai selepas bersalin. Ia sungguh selesa dipakai dalam waktu berpantang.
  2. T-shirt lengan pendek
  3. Kemeja lengan pendek – kemeja yang berbutang akan lebih memudahkan proses penyusuan.
  4. Kemeja lengan panjang – ia sesuai dipakai pada waktu malam dan cuaca sejuk.
  5. Skirt labuh – anda boleh memakai skirt labuh apabila menerima kunjungan tetamu.
  6. Seluar palazzo – jika anda lebih gemar memakai seluaar, palazzo adalah pilihan yang tepat.
  7. Nursing bra dan panties – sediakan sekurang-kurangnya 5 pasang ya.
  8. Sweater – untuk memanaskan badan anda dan berfungsi sebagai kardigan.
  9. Maternity pad
  10. Stoking tebal
  11. Nipple cream

Checklist Barang Keperluan Ibu Berpantang

Sumber: istockphoto

Kebiasaanya, para ibu akan mengupah bidan kampung ataupun sesiapa yang pakar dalam menjaga ibu berpantang untuk menjaganya.

Anda akan dimandikan dengan air mandian herba akar kayu, diurut dengan urutan khas untuk ibu bersalin sama ada secara ceaser ataupun normal, ditungku secara berkala dan sebagainya.

Untuk sepanjang tempoh berpantang ini, anda akan memerlukan beberapa barang yang akan membantu dan memudahkan proses pemulihan badan anda. Contohnya:

  1. Set berpantangyang biasa para ibu gunakan adalah set Nona Roguy.
  2. Tungku moden
  3. Bengkung
  4. Minyak panas/herba untuk ibu bersalin
  5. Beg air panas – sebagai pengganti kepada tungku

Nampak macam banyak kan tapi sebenarnya dengan waktu yang mencukupi, anda boleh sediakan semua ini secara berperingkat bersama pasangan ya.

Saya cadangkan, anda sediakan checklist barang baby dan ibu ini dahulu, bermula dari awal trimester ke dua.

Kemudian, mula mendapatkan barang-barang tersebut beberapa bulan sebelum tarikh jangkaan bersalin. Yang penting, anda dan pasangan seronok menyiapkan semuanya.

Untuk memudahkan anda, jom download checklist khas yang disediakan oleh Motherhood.

Selamat menyambut kelahiran si comel!