Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Checklist Tunang Untuk Proses Pertunangan Yang Lancar dan Mudah!

Kredit gambar: omarali.com.my

Selalunya orang duk kalut dengan checklist kahwin kan? Eh.. jangan pandang rendah dengan majlis pertunangan ya. Walaupun selalunya orang buat kecil-kecilan antara ahli keluarga je, majlis tunang pun sama penting dan kena ada checklist juga!

10 Checklist Tunang Sebagai Panduan Bakal Pengantin

Dalam perkongsian kali ini, Motherhood nak kongsikan beberapa checklist tunang yang akan membantu supaya majlis pertunangan nanti berjalan dengan lancar.

Jom, kita checked satu persatu!

#1. Cincin tunang

Yang utamanya adalah cincin tunang lah kan? Hmm.. memang ada majlis pertunangan yang tak ada cincin pertunangan tetapi kebiasaannya, cincin tunang ni kena ada lah sebagai simbol ikatan pertunangan tu.

Tak ada permata ke apa, beli yang simple je okay? Emas untuk anak dara, perak untuk teruna.

#2. Baju pertunangan

Dah kalau majlis istimewa, kenalah ada busananya. Tak perlu berhias sangat macam majlis perkahwinan tetapi cukup sekadar nampak berseri dan menyerlah daripada tetamu yang hadir.

#3. Perhiasan

Ia tak wajib tetapi sebaiknya ada untuk kelihatan lebih berseri. Untuk anak dara, kenalah ada perhiasan seperti veil atau crown kecil.

#4. Pelamin bertunang

Kalau pada zaman dahulu, orang-orang tua akan pilih dan hiaskan satu sudut istimewa dalam ruangan rumah untuk pengantin perempuan duduk sepanjang majlis pertunangan berlangsung.

Selalunya buat dalam bilik tidurlah supaya lebih tersorok. Tetapi zaman sekarang ni, banyak sudah adat yang diubah suaikan dengan perkembangan semasa.

Pelamin ringkas akan disewa untuk majlis pertunangan. Orang panggil pelamin kecil atau mini pelamin kan? Haa.. ini kena book cepat ya iaitu kira-kira dalam 3 bulan sebelum hari pertunangan.

#5. Dulang hantaran pertunangan

Bukan majlis kahwin je, majlis pertunangan pun seeloknya ada dulang hantaran juga kan? Tak perlu banyak. Dalam 2 ke 3 dulang je dan barang hantaran di atas dulang biasanya makanan seperti kek atau buah.

Sebaiknya gubah dulang ni awal-awal lah dan bila sehari dua lagi nak bertunang, bolehlah letakkan makanan. Tak kalut nanti.

#6. Makanan untuk tetamu

Highlighted

Kredit gambar: Facebook@ Zura kitchen style

Dah buat majlis, kenalah ada hidangan makanan kan? Selalunya orang masak sendiri je sebab bukan majlis besar kan. Tetapi kalau nak mudah dan tak nak serabut, boleh tempah catering je.

Kena buat perancangan awal lah juga kalau nak tempah catering ya?

#7. Kasut bertunang

Di samping busana pertunangan, kenalah ada sepatu untuk dipadankan dengannya. Nanti bila nak bergambar, lebih cantiklah kalau pakai kasut kan?

#8. Jurugambar

Masa sepanjang hari pertunangan tu, rata-rata tetamu memang nak enjoy lah. Jadi kurang sesuai kalau minta ahli keluarga untuk rakamkan momen hari istimewa.

Sebaiknya upahlah jurugambar ya. Ini pun kena book sebulan dua sebelum majlis.

#9. Jurumekap

Sama seperti jurugambar, kita pun memerlukan khidmat jurumekap di hari pertunangan. Siapa je yang tak nak nampak cantik kan di hari istimewanya.

Bila book pelamin dengan jurugambar tu, kena book terus jurumekap juga.

#10. Jemputan tetamu

Kredit gambar: Facebook@ Kad Jemputan Bajet

Bila rancang untuk buat majlis pertunangan, kena bincanglah dengan ibu bapa kedua-dua belah pihak. Berapa orang nak dijemput daripada kedua belah pihak?

Dah ada senarai dan tarikh tetap, bolehlah buat kad dan bermadah jemputan terus.

Checklist Tunang Untuk Proses Pertunangan

Ini adalah antara checklist tunang penting yang kena peka ya. Yang lain-lain tu boleh je kalau nak ditambah seperti door gift.

Semoga majlis pertunangan nanti lebih mudah dan berjalan lancar hendaknya!