Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cirit Birit Ketika Hamil – Ini 5 Punca Utama dan Cara Untuk Merawatnya!

cirit birit ketika hamil

Kredit gambar: www.verywellfamily.com

Cirit-birit ketika hamil merupakan masalah yang sering berlaku kepada ramai wanita hamil. Ianya adalah satu perkara yang sangat tidak menyenangkan. Apa tidaknya, dengan perubahan fizikal yang dialami dan perlu ulang alik ke tandas kerana cirit birit pastinya sangat meletihkan bukan?

Cirit birit ini juga boleh menyebabkan komplikasi kepada kandungan Mommy sekiranya tidak dirawat dengan sebaiknya.

Tahukah Mommy, apakah yang menyebabkan cirit birit ketika hamil ini dan apakah cara hilangkan cirit birit semasa mengandung?

Untuk mengetahuinya dengan lebih jelas dan terperinci, ikuti perkongsian di bawah!

Punca Cirit Birit Ketika Hamil

Highlighted

Kredit gambar: www.momjunction.com

Berikut adalah antara punca dan cara untuk merawat cirit birit semasa hamil. Antara punca yang menyebabkan Mommy yang sedang hamil mengalami cirit birit adalah seperti berikut:

#1. Perubahan Hormon Punca Cirit Birit Ketika Hamil

Perubahan hormon semasa kehamilan boleh menyebabkan sistem pencernaan Mommy menjadi lebih sensitif.

Ini berlaku kerana hormon progesteron yang terhasil semasa hamil boleh mempengaruhi pergerakan otot-otot usus.

Akibatnya, makanan bergerak terlalu cepat melalui sistem pencernaan dan kemudiannya menyebabkan anda mengalami cirit birit semasa mengandung.

#2. Makan Makanan Yang Tercemar atau Tidak Masak

Makanan yang tidak dimasak (mentah) atau telah tercemar juga boleh menyebabkan cirit-birit semasa hamil.

Mommy yang sedang mengandung harus elakkan dari makan makanan yang tidak dimasak dan tercemar seperti sushi mentah, keju mentah, daging mentah atau setengah masak dan makanan laut yang belum dimasak sepenuhnya.

#3. Kurang Air Antara Punca Cirit Birit Semasa Hamil

Kredit gambar: indianexpress.com

Kebanyakan wanita hamil mengetahui kepentingan minum air yang mencukupi, tetapi ada juga yang melupakan amalan ini.

Kekurangan air boleh menyebabkan sistem pencernaan Mommy tidak dapat berfungsi dengan baik, dan akan menyebabkan cirit-birit.

#4. Perubahan Pengambilan Makanan

Demi memastikan bayi dalam kandungan mendapat nutrien dan zat secara optima, Mommy akan merubah pengambilan makanan.

Perubahan yang mendadak ini akan menyebabkan perubahan pergerakan usus yang sekaligus menyebabkan cirit birit semasa hamil.

#5. Intoleransi Laktosa Punca Cirit Birit Ketika Mengandung

Kredit gambar: ting.firstcry.com

Semasa hamil, kebanyakan Mommy akan mengambil susu dalam menu harian mereka untuk kesihatan diri dan kandungan mereka.

Namun, jika Mommy mengambil produk tenusu seperti susu, keju dan lain-lain secara berlebihan mungkin boleh mengganggu sistem pencernaan Mommy.

Cara Merawat Cirit Birit Ketika Hamil

Kredit gambar: doctorbutlers.com

Adalah sangat bahaya cirit birit ketika hamil. Oleh itu, penting untuk Mommy rawat cirit birit semasa hamil ini kerana khuatir sekiranya mendatangkan bahaya kepada kandungan Mommy.

Berikut adalah beberapa cara hilangkan cirit birit ketika hamil iaitu:

#1. Meningkatkan Pengambilan Air

Semasa cirit birit badan akan kehilangan air yang banyak. Oleh itu, adalah penting untuk meningkatkan pengambilan air bagi menggantikan air yang hilang.

Pastikan Mommy minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk memastikan badan Mommy sentiasa terhidrat walaupun dalam keadaan cirit birit.

#2. Makan Makanan Yang Mudah Dicerna

Kredit gambar: www.naturemade.com

Makanan yang terlalu berlemak atau sukar dicerna boleh memburukkan lagi bagi ibu mengandung cirit birit.

Oleh itu, cubalah makan makanan yang mudah dicerna seperti nasi, ikan rebus, sayuran kukus dan buah-buahan segar.

Elakkan makanan pedas atau berminyak yang boleh mengganggu sistem pencernaan dan memburukkan lagi cirit birit semasa mengandung.

#3. Ambil Makanan Tambahan Probiotik

Makanan tambahan yang mengandungi probiotik seperti yogurt hidup boleh membantu mengembalikan keseimbangan bakteria baik dalam sistem pencernaan Mommy.

Probiotik ialah mikroorganisma yang halus dan juga bakteria baik yang hidup dalam saluran gastrointestinal.

Ianya berfungsi untuk menghasilkan persekitaran usus yang sihat. Tetapi harus diingat, Mommy perlu memilih suplemen yang selamat untuk wanita hamil.

#4. Beri Masa dan Rehat Yang Cukup

Cirit birit ketika mengandung selalunya akan hilang dalam beberapa hari sahaja. Oleh itu, bersabarlah dan dapatkan rehat yang cukup supaya badan dapat pulih dengan cepat.

Cirit birit semasa hamil akan menyebabkan badan rasa letih. Jangan terlalu aktif atau stress kerana ini akan memburukkan lagi kesihatan Mommy.

Pastikan Mommy minum air banyak dan sekiranya bertambah buruk terus ke hospital untuk dapatkan rawatan.

#5. Berjumpa dengan Doktor

Kredit gambar: www.verywellfamily.com

Walaupun Mommy telah melakukan banyak cara untuk mengurangkan cirit birit semasa mengandung namun, masih juga tidak sembuh atau menjadi semakin teruk seperti demam atau sukar bernafas, segeralah berjumpa dengan doktor.

Doktor akan memberikan nasihat dan rawatan yang sesuai untuk Mommy dan bayi.

#6. Tukar Ubat

Sekiranya, ibu mengandung cirit birit disebabkan oleh ubat-ubatan yang diambil untuk kandungan Mommy berbincanglah dengan doktor Mommy untuk menukar ubat tersebut.

Ini bermakna ubat tersebut tidak sesuai dengan Mommy.

Cirit birit ini bukanlah satu perkara yang merisaukan tetapi Mommy harus awasi sebarang simptom berbahaya yang mungkin berlaku.

Namun, dapatkan rawatan sekiranya Mommy risau dengan diri dan kandungan Mommy. Tidak semua wanita hamil akan mengalami cirit birit ini.

Setiap orang berbeza pengalaman mengandung mereka.

Oleh itu, just enjoy this moment!


Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percume dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom layari website Motherhood.com.my atau download aplikasi Motherhood.com.my di SINI sekarang!


Mommy boleh dapatkan pelbagai lagi tips dan info kehamilan yang lain di SINI!