Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cookies Mentega Kacang Coklat Tanpa Bakar

no bake chocolate peanut butter cookies

Ini adalah resepi cookie seperti fudge, kaya dengan coklat dan mentega kacang, padat dengan oatmeal, kegemaran semua – Cookie Tanpa Bakar.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!Highlighted


Cookies ini sangat senang untuk dibuat. Hanya memerlukan beberapa bahan dan pasti menjadi pilihan para tetamu.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Bahan-Bahan

1/2 cawan mentega (1 batang, masin)

1/2 cawan susu

2 cawan gula

1/2 cawan koko (saya gunakan Hershey’s Natural Unsweetened Cocoa)

1 sudu teh ekstrak vanilla asli

1/2 cawan mentega kacang berkrim

3 cawan Quick Oats (oatmeal cepat masak) atau Old-Fashioned Oats

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 

Arahan

Di dalam periuk saiz sederhana atau besar, panaskan mentega, susu, dan koko di atas api sederhana, campur dan kacau tanpa henti. Biarkan mendidih. Apabila mendidih, biarkan (sementara kacau) selama 1 ½ minit kemudian tutup api. Tambah vanilla dan mentega kacang dan kacau, kemudian tambah oats, dan kacau. Tuangkan 1 sudu penuh adunan di atas kertas minyak. Biarkan sejuk selama 25 ke 30 minit di atas kaunter. Cicah dengan susu!

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 

Artikel dipetik daripada Sweet Little Blue Bird.