Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Crepe Gandum Penuh

Wheat crepes

Untuk resepi ini, saya gunakan tepung gandum putih, dan bukan tepung serbaguna. Diperbuat daripada gandum putih (bukan merah), warna tepung ini lebih terang dan rasa lebih ringan berbanding gandum penuh yang biasa. Tepung ini kaya dengan serat, zat besi, protein, dan vitamin B secara semulajadi.

Crepe ini boleh disimpan untuk hari lain. Lapiskan crepe dengan kertas minyak dan simpan di dalam bekas kedap udara atau beg ziplock di dalam peti sejuk, boleh disimpan selama 2-3 hari (atau 2 ke 3 bulan di dalam peti ais).

 

Bahan-Bahan

  • 1 cawan tepung gandum putih
  • 2 telur
  • ½ cawan susu
  • ½ cawan air
  • 2 sudu mentega, dicairkan (tambah untuk disapu kepada kuali)

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!


Cara-Cara

  1. Masukkan semua bahan di dalam blender dan blend sehingga rata. Jika adunan terlalu pekat (seperti adunan penkek), tambahkan 1 atau 2 sudu susu untuk cairkan adunan.
  2. Sapukan mentega kepada kuali tanpa lekat dan letakkan di atas api sederhana
  3. Tuang ¼ cawan adunan ke dalam kuali. Angkat dan condongkan kuali dan membentuk adunan menjadi bulat.
  4. Masak sekurang-kurangnya 20 saat atau sehingga hujung crepe menjadi kering dan dapat diangkat dengan senang menggunakan.Terbalikkan crepe menggunakan spatula. Masak sekurang-kurangnya 20-30 saat lagi atau sehingga bahagian tengah masak, kemudian angkat crepe daripada kuali.
  5. Ulang dengan baki adunan.
  6. Hidang dengan inti kegemaran anda.

 

Maklumat Nutrisi

Saiz Hidangan: 1 crepe          Kalori: 101 kcal         Lemak: 5g         Karbohidrat: 12g         Gula: 1g          Sodium: 44 mg             Serat: 2g          Protein: 4 g

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 

Artikel dipetik daripada Real Mom Nutrition.