Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cuaca Panas: 10 Makanan Musim Panas Untuk Mengelakkan Dehidrasi

Dehidrasi adalah suatu keadaaan dimana badan kita kehilangan garam dan air.

Malaysia kini sedang berada di musim panas, jadi wajarlah kita minum air yang cukup dan mengambil makanan yang dapat membantu menyejukkan badan.

Bahang matahari boleh membuatkan badan lebih banyak berpeluh daripada biasa, oleh itu pemilihan makanan yang betul sangat penting bagi memastikan tubuh badan tidak mengalami strok haba.

Panasnya cuaca! Tekak pun akan sentiasa dahaga. Tahukah Mommy, ada banyak makanan musim panas yang boleh membantu Mommy kekal hidrat.

Mari Min kongsikan beberapa jenis makanan yang sangat membantu Mommy dan seisi keluarga ketika musim panas!

10 Makanan Musim Panas Untuk Elakkan Dehidrasi 

#1. Buah Tembikai 

Buah tembikai merupakan buah kegemaran ramai. Selain dari rasanya yang sedap, tembikai mengandungi 90% air yg dapat membantu Mommy menangani dehidrasi. Ia juga mengandungi serat yg dapat mengurangkan sembelit.

Pastikan Mommy pilih tembikai yang betul untuk mendapatkan rasa manis dan lazat buah ini.

Highlighted


#2. Teh Panas

Walaupun air sejuk memberikan rasa refreshing, namun, air panas dapat membantu meregulasi suhu badan manusia. Teh panas merupakan sejenis diuretik dan ia akan menyebabkan Mommy membuang air kecil dan berpeluh dengan lebih kerap.

#3. Air Kelapa

Air kelapa dapat mengurangkan risiko dehidrasi. Ia juga merupakan makanan musim panas yang sangat popular dan dikenali sebagai minuman isotonik semula jadi.

Air kelapa mengandungi banyak nutrien dan mineral seperti kalsium, magnesium, fosforus dan juga potasium yang penting untuk badan.

Anak kecil pun boleh minum air kelapa ni tau Mommy. Pastikan Mommy hanya berikan air kelapa tanpa gula pada mereka.

#4. Timun 

Timun mengandungi hampir 95% air. Kandungan air yang tinggi ini dapat memastikan badan sentiasa sejuk dan hidrat.

#5. Sup

Sup bukan sahaja dapat menurunkan suhu badan, ia juga dapat memastikan badan kekal hidrat. Jangan lupa, cecair juga dikira sebagai air!

#6. Yogurt 

Protein dalam yogurt dapat mengisi perut dan membuatkan Mommy rasa kenyang. Yogurt mengandungi probiotik yang dapat memastikan sistem pencernaan badan sentiasa sihat.

#7. Jus buah-buahan sitrus 

Buah oren juga terdiri daripada 80% air. Jus oren atau lemon sangat sesuai dinikmati ketika cuaca panas.

Buah oren kaya dengan vitamin C dan potasium, sejenis nutrisi yang sangat penting pada musim panas. Potasium akan keluar daripada badan melalui peluh. Ia membuatkan Mommy lebih berisiko untuk mengalami kekejangan otot.

#8. Mangga

Mangga merupakan antara makanan musim panas yang paling berkhasiat! Kandungan zat besinya yang tinggi dapat membantu meningkatkan tahap kalsium dalam badan.

Malah, jika dimakan sejuk, mangga dapat membantu mengurangkan strok haba. Ia juga mengandungi vitamin A dan C yang dapat meningkatkan sistem imun badan.

#9. Jagung 

Jagung sangat kaya dengan serat. Jagung dapat membekalkan badan dengan lutein dan zeaxanthin, sejenis antioksidan yang penting untuk kesihatan mata.

#10. Air Kosong 

Air kosong sangat penting untuk tubuh badan manusia.  Setiap hari diwajibkan minum antara 6 hingga 8 gelas air.

Adalah lebih bagus sekiranya Mommy minum air kosong dengan kandungan mineral yang tinggi kerana mineral semula jadi dari dalam tanah bagus untuk kesihatan tubuh badan kita.

Yang penting, pastikan Mommy dan ahli keluarga kekal hidrat dengan minuman dan makanan yang sangat disyorkan sepanjang musim panas ini.

Selain itu, adalah lebih baik untuk stay indoor dalam cuaca sekarang dan cuba tips ini untuk kekalkan rasa sejuk di dalam rumah.


Ketahui pelbagai tips pemakanan yang terbaik di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.