Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ingin Hamil? 5 Perubahan Yang Perlu Ada Dalam Diet Anda

nutrisi

Jangan tangguhkannya sehingga anda hamil untuk meningkat tabiat pemakanan anda. Ubahlah sekarang dengan diet yang sihat untuk memastikan bayi anda sihat dan kuat.

Berikan tumpuan pada diet anda

Untuk lelaki dan wanita, makanan dan kesuburan adalah berkait. Amalkan diet yang seimbang untuk meningkatkan peluang anda untuk mendapat bayi yang sihat.

Makanan beberapa hidangan buah-buahan, sayuran, bijiran dan makanan yang kaya dengan kalsium seperti yogurt, keju dan susu setiap hari. Nutrien yang kurang akan memberi kesan pada haid anda dan menyukarkan anda untuk menjangkakan ovulasi anda. Anda berkemungkinan tidak akan berovulasi jika anda kekurangan berat atau menghidap obesiti.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Pasangan anda juga perlu memainkan peranan tentang dietnya kerana vitamin dan nutrien – seperti zin dan vitamin C dan E dan folik asid – penting untuk menghasilkan sperma yang sihat.

Ikan adalah nutrisi yang penting untuk tumbesaran bayi, menyediakan protein rendah lemak dan asid lemak omega 3, tetapi anda perlu mengelakkan ikan yang mempunyai merkuri yang tinggi, yang akan membahayakan kandungan anda. The U.S. Food and Drug Administration menyeru wanita untuk makan 8 hingga 12 auns ikan yang berbeza setiap minggu.

Merkuri akan terkumpul dalam badan untuk jangka masa lebih dari setahun, elakkan ikan yang bermerkuri tinggi seperti jerung, ikan parang, ikan mackerel dan tilefish. Makan ikan yang bermerkuri rendah seperti salmon dan tuna ( bukan albakor, yang tinggi merkurinya) seminggu sekali. Baca lebih lanjut eating fish while trying to conceive.

Daging proses boleh membahayakan wanita yang hamil dan perlu diambil dengan jumlah yang sikit, apa jenis daging patut dielakkan semasa hamil. Walaupun sosej atau daging deli perlu dipanaskan sehingga masak sebelum dimakan jika anda hamil.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Amalkan tabiat yang baik untuk hamil.

Bagi bakal ibu, kehamilan akan menyebabkan perubahan pada tabiat pemakanan dan minuman – tetapi sesetengahnya adalah sukar dijangka. Mudahkannya dengan mengubahkan tabiat anda sekarang, dan bantu untuk memastikn bayi anda mendapat permulaan yang baik sebelum anda hamil.

Nasihat penting: Minuman keras tidak akan menjejaskan peluang untuk hamil, tetapi alkohol akan membahayakan pembesaran bayi. Oleh kerana anda tidak tahu bilakah waktu ovulasi atau kehamilan, anda mungkin hendak mengambil jalan selamat dengan membuang tabiat minum anda. (untuk kaedah tanpa alcohol, lihat senarai virgin drinks).

Maklumat berkaitan, jika anda pengguna dadah atau rokok, berhenti sekarang. Bahan-bahan tersebut dan tabiat anda akan membahayakan pembesaran fetus.

Anda juga mungkin perlu berhenti minum minuman yang berkafein. Kajian yang menunjukkan bahawa kafein akan memberi kesan pada kesuburan adalah bercampur. Pakar bersetuju untuk merendahkan pengambilan kafein, kurang dari 300 mg sehari atau 2 cawan kopi yang didalamnya hanya 8 auns kafein, tidak akan menjejaskan kesuburan, tetapi pakar kesihatan berpendapat bahawa pengambilan kafein perlu dihentikan untuk langkah selamat. Ketahui lebih lanjut tentang kafein dan kesuburan.

Dan sekiranya anda hamil, pakar mengehadkan pengambilan kafein kurang dari 200 milligram sehari – kurang dari 12 auns bagi secawan kopi – pengambilan kafein yang banyak berkait dengan risiko keguguran. Jika anda mempunyai tabiat peminum kafein dan soda, anda patut berhenti dari sekarang.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Pengambilan vitamin prenatal

Walaupun anda boleh berunding dengan pakar nutrisi tentang diet yang seimbang, ramai pakar percaya bahawa pemakanan yang sihat perlukan sedikit bantuan lain. Mengambil vitamin prenatal memastikan anda mendapat folik asid yang cukup dan nutrisi penting lain untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil bayi yang sihat.

Supplement adalah langkah terbaik, tetapi bukanlah pengganti diet. Dan semenjak banyak vitamin yang mengandungi dos yang berlebihan bagi vitamin dan juga mineral yang akan membahayakan pembesaran bayi, pilih pil yang diformulasi khas untuk ibu mengandung. Jika anda seorang yang hanya gemarkan sayur, anda juga perlukan supplement vitamin D dan B-12, dengan tambahan protein. Berbincang dengan pakar tentang prenatal yang sesuai untuk anda.

Dapatkan folik asid secukupnya

Folik asid terbukti mengurangkan risiko kelahiran dari tiub neural seperti spina bifida, dan ia berkait dengan penyakit sakit jantung, strok, kanser, dan diabetes.

Kebanyakan wanita yang sudah boleh hamil perlu mengambil supplement yang mempunyai 400 mikrogram (mcg) setiap hari sekurang-kurangnya sebulan sebelum hamil, dan 600 mikrogram semasa hamil. Jika anda mempunyai latar belakang keluarga yang pernah bersalin secara tiub neural atau mengambil ubat untuk sawan, pakar kesihatan menyarankan untuk meningkatkan pengambilan kepada 4,000 mcg, bermula sebulan sebelum hamil dan berterusan sepanjang trisemester yang pertama.

Vitamin prenatal yang bagus perlu mengandungi folik asid lebih dari yang disyorkan, diantara 600 dan 800 mcg – keperluan sepanjang kehamilan. Sebagai tambahan, makan makanan yang kaya dengan folat, seperti sayur hijau seperti bayam atau kubis, bali, kacang, kekacang, bijirin, dan roti.

Folik asid adalah vitamin yang larut, jadi badan anda akan membuang lebihannya jika anda mengambilnya terlalu banyak. Terdapat juga keburukan apabila ia larut air: anda akan kekurangan vitamin ini pada air masak, jadi masak sayur pada kuantiti air yang sedikit untuk mengekalkan khasiatnya.

Waspada kerana terlalu banyak folat akan menyembunyikan vitamin B-12, yang menjadi masalah kepada penggemar sayur. Berunding dengan doktor atau bidan jika anda berfikir bahawa anda mungkin dalam bahaya.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Kekalkan berat yang seimbang

Ia mungkin idea yang baik untuk membuang lebihan berat, atau menambahkan berat jika anda memerlukannya, sementara anda cuba untuk hamil, anda akan disyorkan dengan berat yang sesuai untuk hamil. Terlebih berat atau kurang berat akan menyukarkan anda untuk hamil. Obesiti juga akan menyebabkan kompilasi pada sewaktu hamil dan bersalin, dan ibu yang kurang berat akan melahirkan bayi yang juga kurang berat.

Sebagai tambahan, dengan mengikuti pemakanan yang kurang lemak, makanan yang tinggi fiber, perlukan senaman yang cukup. Jika anda lebih berat, cuba untuk kurangkan berat 1 atau 2 paun seminggu. Kadar yang selamat untuk turun berat. Penurunan berat terlalu banyak akan merosakkan diet dan menghabiskan nutrisi dalam badan, dimana ia bukanlah langkah yang bagus untuk permulaan kehamilan.

Artikel ini dipetik dari TryingToConceive