Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Berita Baik Untuk Mommy! Kerajaan Memanjangkan Cuti Bersalin Kepada 98 Hari

Dulu, cuti bersalin hanya ditetapkan kepada 60 hari sahaja, kini telah dinaikkan hingga 98 hari buat pekerja swasta. Buat Mommy yang merancang untuk hamil dan akan bersalin tidak lama lagi, kini terdapat satu berika baik buat anda!

Menurut TheRakyatPost, rang undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan telah menambah bilangan cuti bersalin berbayar daripada 60 hari kepada 98 hari.

Cuti paterniti juga telah diberikan iaitu selama tujuh hari kepada para suami bagi menguruskan isteri dan bayi mereka.

Highlighted


Seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim menyatakan,

Cuti paterniti ini amat penting bagi menenangkan emosi isteri yang masih penat dan belum stabil serta menguruskan pendaftaran anak.

Terdapat beberapa syarat untukĀ seseorang pekerja itu diluluskan bagi mendapat cuti paterniti iaitu:

  • Sudah berkahwin.
  • Bekerja 12 bulan dengan majikan yang sama.
  • Memaklumkan kepada majikan 30 hari sebelum isteri bersalin.

Awang Hisham turut menjelaskan bahawa cuti tersebut boleh diambil bermula dari hari isteri bersalin.

Lanjutan ini diberikan ketika Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021 diluluskan selepas mendapat sokongan ahli Dewan Rakyat melalui undian suara.

Majikan Tidak Dibenarkan Memecat Pekerja Yang HamilĀ 

Berdasarkan Akta Kerja 1955 yang diluluskan di Dewan Rakyat pada hari yang sama, majikan kini tidak dibenarkan untuk memecat pekerja yang hamil.

Dengan pindaan tersebut, ia membolehkan pekerja seperti Mommy dan suami untuk memohon masa yang lebih fleksibel. Malah bergantung juga kepada jenis kerja dan waktu bekerja.

Selain itu, BFM News turut melaporkan majikan di tempat kerja perlu tingkatkan kesedaran tentang gangguan seksual dengan memaparkan info-info yang relevan dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pekerja-pekerja mereka.

Tambahan pula, di bawah Seksyen 90B, mana-mana majikan yang mengancam, memperdaya atau memaksa pekerja melakukan apa-apa jenis kerja atau menghalang pekerja mereka daripada meninggalkan tempat kerja mereka kini boleh didakwa.

Mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM100,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Kini Mommy boleh menguruskan bayi dengan tanpa rasa gelisah! Suami pun boleh turut menjaga Mommy selama beberapa hari selepas bersalin. Lebih banyak masa untuk si ayah bonding bersama bayi yang baru lahir.

Ditambah pula dengan persekitaran yang selamat yang harus diwujudkan oleh majikan dan para pekerja, pasti Mommy dan rasa lebih selamat dan secure untuk bekerja.