Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Keenakkan Daging Bakar Lada Hitam Yang Boleh Dinikmati Seisi Keluarga

Mommy teringin tak nak makan daging bakar? Kini, anda boleh masaknya dengan hanya menggunakan Air Fryer!

Resepi kali ini menggunakan Air Fryer sepenuhnya, daripada masak daging hingga ke sayur-sayurannya. Resepi ini dinamakan sebagai resepi Daging Bakar Lada Hitam.

Macam biasa, sebelum memulakan masakan, mari kita lihat dulu apakah khasiat daging kepada tubuh badan kita dan makanan apa yang sesuai untuk dimakan bersama daging bakar ini.

Khasiat Daging

Daging lembu adalah daging rendah lemak. Bagi mereka yang sedang berdiet dan inginkan sesuatu yang lambat untuk dihadam, daging lah jawapannya. Daging agak lambat untuk dihadam dan kemudian, ia akan menyuburkan badan kita dengan tenaga agar tubuh badan lebih lama bertenaga.

Kredit gambar: Health Kompas

Antara kebaikan makan daging adalah:

  • Memperkuatkan jisim otot.
  • Meningkatkan prestasi sukan.
  • Mencegah anemia.
  • Meningkatkan kepekatan insulin.
  • Sumber kompleks vitamin B.
  • Mempercepatkan penyembuhan luka.

Dari segi nutrisi pula, daging lembu mempunyai:

  • Protein
  • Kalsium
  • Zat besi
  • Vitamin D
  • Vitamin B6
  • Vitamin B12
  • Magnesium

Daging yang tidak mengandungi serat amat sesuai dan dinasihatkan untuk ‘memadankan’ lauk daging dengan sumber serat yang lain seperti sayur atau buah-buahan.

Walaupun daging sedap dan bagus untuk mereka yang sedang berdiet, namun, pakar menyarankan untuk tidak memakan daging lembu lebih daripada tiga (3) kali dalam seminggu dan lebih sesuai dimakan bersama sayur seperti salad. 

Manfaat Makan Pelbagai Jenis Sayur

Kredit gambar: Ceria Sihat

Mari kita lihat pula khasiat sayur yang harus diimbangkan semasa makan daging. Sayur-sayuran ialah makanan yang mempunyai banyak khasiat. Ia juga boleh melawan penuaan tau, Mommy!

Menurut sebuah kajian daripada Journal of the American Heart Association, pengkaji melaporkan bahawa diet yang kaya dengan sayur-sayuran boleh menghalang pembentukan plak di dalam arteri kita.

Selain itu, menurut kajian tersebut, individu yang makan lebih daripada 3 hidangan sayur-sayuran, seperti brokoli dan kubis berupaya untuk menghalang pembentukan plak dalam arteri.

Oleh itu, kalau Mommy makan lebih banyak sayur, lebih rendah risiko untuk Mommy menghidap penyakit jantung.

Sekarang, jom kita lihat cara-cara membuat Daging Bakar Lada Hitam dengan menggunakan air fryer. Tak sabarnya! Min boleh jamin, harum semerbak bau rumah semasa menunggu daging tersebut siap dibakar.

Print

Resepi Daging Bakar Lada Hitam Menggunakan Air Fryer

Course Menu Utama
Cuisine Barat
Keyword Keluarga
Prep Time 15 minutes
Cook Time 58 minutes
Total Time 1 hour 13 minutes
Servings 4 orang

Equipment

  • Air Fryer

Ingredients

  • 500 gram daging lembu
  • 1 sudu makan lada hitam kisar
  • 3 sudu makan sos lada hitam
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu teh mix herbs
  • Garam secukup rasa (Sekiranya perlu)
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • ½ labu bawang Holland (Dikisar)
  • 1 ulas bawang putih (Dikisar)
  • 1 inchi halia (Dikisar)
  • 1 batang jagung (Dipotong dua)
  • Brokoli (Dipotong kecil)
  • 1 sudu makan mentega

Instructions

  • Mula-mula, potong daging anggaran 1 inci tebal dan 5 inci lebar.
  • Gaulkan daging dengan lada hitam kisar, sos lada hitam, sos tomato, mix herbs, minyak zaitun, dan bahan kisar.
  • Perapkan daging di dalam peti sejuk selama 1 jam hingga 2 jam.
  • Panaskan air fryer pada suhu 140°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
  • Kemudian, masukkan daging ke dalam air fryer dan masak selama 30 minit.
  • Terbalikkan daging dan masak lagi 10 minit. Keluarkan.
  • Masukkan jagung ke dalam air fryer dan masak selama 10 minit.
  • Masukkan brokoli dan masakkan selama 5 minit.
  • Akhir sekali, keluarkan semua bahan. Sapukan mentega pada jagung dan hidangkan bersama brokoli dan daging.

Selamat mencuba Mommy!