Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Daun Ketumbar Vs Daun Sup – Tips Berguna Untuk Bezakan Kedua-dua Daun Ini

cara bezakan daun sup dan daun ketumbar

Kredit gambar: lazada.com.my dan beli.com.my

Kalau ke pasar nak beli daun ketumbar atau daun sup, mestilah ke kawasan sayur-sayuran panjang yang berdaun kan?

Bila tengok sekilas, memang nampak sama je semua. Keliru pula, yang mana satu daun ketumbar, yang mana satu daun sup?

7 Tips Untuk Bezakan Daun Ketumbar Vs Daun Sup

Haa…Motherhood ada beberapa tips untuk Mommy supaya lebih senang nak bezakan antara daun ketumbar dan daun sup.

Jom, tengok perbandingannya di bawah ni:

1. Label nama

Highlighted

Kredit gambar: semuanyajdt.com dan sishawa.com

Yang pertama Mommy kena tengok adalah label namanya. Kan biasa ada tanda harga dan namanya yang dicetak sekali.

Biasanya kalau daun sup dilabel pada nama Celery Leaves ataupun Chinese Celery. Daun ketumbar pula, Coriander Leaves ataupun Cilantro.

Kalau ada label memang senang lah. Terus ambil je berapa paket yang nak.

2. Batang

Kredit gambar: dapurchekam.blogspot.com/

Macam mana pula kalau beli di pasar ke yang tak ada label nama eh? Haa.. di sinilah Mommy memerlukan pengetahuan yang lebih pasal daun ketumbar dan daun sup ni.

Cuba tengok pada batangnya, kalau daun sup, batangnya agak panjang ya. Batang daun ketumbar pula agak pendek dan kurus.

3. Akar

Kredit gambar: dapurchekam.blogspot.com/

Berbeza tempat, ada penjual yang potong terus akar daun-daun ini dan ada juga yang tidak. Kalau Mommy jumpa yang masih berakar, cuba bezakan pada ciri-ciri ini:

Akar daun sup adalah lebih kecil dan halus. Nampak berserabut je akarnya. Kalau daun ketumbar pula, akarnya agak besar dan macam akar tunjang gitu.

4. Daun

Kredit gambar: dapurchekam.blogspot.com/Kredit gambar: dapurchekam.blogspot.com/

Daun ketumbar ni, dedaunnya tu Mommy akan nampak merimbun je sebab dia kecil-kecil saiznya. Kalau daun sup, saiz daunnya agak besar melebar tapi tidak merimbun.

5. Bau

Bau kedua-dua daun ini juga berbeza ya. Cukup dengan sekali bau pun dah cukup sebenarnya. Ini kerana bau daun ketumbar memang kuat ya. Tajam aromanya macam bau kumbang kesing gitu.

Daun sup pula, aromanya lebih lembut. Nak mudah cam juga, baunya seakan-akan bau sup tau.

6. Penggunaan dalam masakan

Nampak je sama, tapi kegunaan dan rasanya berbeza-beza ya. Kalau Mommy masak tomyam atau masakan Thai ke, biasanya gunakan daun ketumbar kan?

Kalau masakan Melayu seperti sup ayam pula, memang sedap kalau guna daun sup. Kuah yang panas-panas ditabur daun sup memang akan mengeluarkan rasa yang enak.

Tukang masak Melayu pun suka taburkan daun sup ni di atas masakan yang tidak bersup seperti bihun goreng.

7. Rasa

Rasa kedua-duanya pun cukup berbeza. Kalau daun sup, rasanya biasa je dan macam grassy gitu. Kalau daun ketumbar ni, rasanya memang kuat dan menyengat kalau digigit.

Boleh bezakan terus lah!

Khasiat Daun Ketumbar Vs Daun Sup

Bukan sahaja menambah kelazatan dalam masakan, daun ketumbar dan daun sup ni ada khasiat yang tersendiri tau:

Khasiat daun ketumbar

  • Anti radang
  • Baik untuk kesihatan kulit
  • Menurunkan tahap kolestrol
  • Mengawal tekanan darah
  • Mencegah anemia
  • Anti histamin
  • Baik untuk mata

Khasiat daun sup

Petua Simpan Daun Ketumbar Dan Daun Sup Lebih Lama

Memang tak tahan lama dalam peti ais kedua-dua daun ini. Cepat je layu. Kalau simpan di luar lagi lah. Jadi kalau balik dari pasar tu, Mommy cepat-cepat ya simpan ikut petua Sis Hawa ni:

Cara simpan daun ketumbar

Jangan basuh tetapi simpankan terus daun ketumbar dalam bekas yang kering dan kedap udara seperti dalam jar kaca. Selang beberapa hari, Mommy kena check dan buangkan daun atau bahagian yang mereput atau rosak ya.

Cara simpan daun sup

Kalau daun sup, boleh je nak basuh dulu dan potong-potongkan batangnya yang panjang tu kepada beberapa bahagian. Simpan di dalam bekas yang kedap udara juga tetapi yang telah dialas oleh tisu ataupun kain.

Tips Untuk Bezakan Daun Ketumbar Vs Daun Sup

Semoga perkongsian Motherhood ini membantu dan memudahkan urusan Mommy. Nanti ke pasar esok, bolehlah cuba bezakan daun ketumbar dan daun sup mengikut tips yang disenaraikan di atas ya?