Untuk gamers, tiada lagi yang paling mengasyikkan selain daripada meluangkan masa dalam bilik gaming mereka.
Ada bilik gaming yang simple je seperti dihiasi PC dan kerusi je. Tetapi percayalah Motherhood cakap, setiap gamers pasti mempunyai impian untuk ada bilik gaming sendiri yang deco nya mengikut citarasa mereka.
10 Idea Menarik Untuk Deco Bilik Gaming Yang Gempak!
Kita kan selalu tengok hardcore gamers ada bilik gaming yang best. Orang kata, memang ciri-ciri man-cave yang terbaik lah!
Teringin nak ada bilik gaming macam tu tapi tak tahu nak mula dari mana? Jom, tengok beberapa idea menarik untuk hias bilik gaming dari kami ini:
#1. Ada fokus poin dalam bilik
Bila nak hias bilik gaming ni, yang paling penting adalah, kena ada fokus poin dalam bilik tu. Kat mana Mommy dan Daddy nak letakkan PC dan games console contohnya.
Biasanya, gamers akan ada meja khas untuk letak kesemua ni. Mengikut keselesaan, mereka akan susun speaker di mana, keyboard dan sebagainya.
Bila ada fokus poin dalam bilik, akan nampak lebih teratur.
#2. Deco dinding bilik dan ada feature wall
Tak nampak gempak lah kalau dinding kosong. Banyak je idea untuk deco dinding bilik gaming ni. Sebagai contohnya, guna wallpapers, cat, buat grafiti, tampal sticker dan gambar, serta macam-macam lagi.
Ini semua bergantung kepada citarasa gamers sendiri lah. Tetapi biasanya orang tak deco keseluruhan dinding bilik. Mereka hanya akan deco satu sudut dinding bilik sahaja dan sudut dinding inilah feature wall dalam bilik tu.
#3. Ada sound system yang gempak
Bila bermain games dari PC, lagi clear bunyinya lagi best kan? Kalau boleh, kena ada lah sound system sendiri. Keluarkan bajet lebih sikit, lagi seronok gaming experience!
#4. Ada ruang khas untuk figurine dan koleksi
Selain daripada PC, games console dan sebagainya, boleh juga hias bilik gaming dengan menyusun figurine dan koleksi Mommy dan Daddy seperti gundam ke.
Biasanya orang pilih kabinet atau almari yang berkaca. Susun kesemuanya buat macam pameran, tentu cun.
#5. Pentingkan keselesaan
Secara puratanya, gamers akan luangkan masa dalam bilik gaming berjam-jam tau. Jadi faktor keselesaan amatlah penting.
Sebab itulah Mommy dan Daddy kena pilih kerusi gaming yang selesa sebagai contohnya. Kalau tak nak main game dalam posisi macam tu, pastikan ada bean bags atau bantal yang selesa di lantai ya.
#6. Soundproof bilik gaming
Kalau ada sound system sendiri, tentunya akan ada speaker. Tetapi tak ada gunalah kalau tak boleh pasang volume yang kita nak kan?
Yelah.. risau mengganggu orang lain. Jadi apa kata kalau Mommy dan Daddy soundproof kan bilik gaming ni?
#7. Ada ruang khas untuk letak games
Tak semestinya bilik gaming ni untuk bermain games dari PC je kan? Boleh juga ada board games dan yang lain-lain.
Jadi Motherhood cadangkan, sediakan ruang khas dalam bilik gaming tu untuk susun dan deco elok-elok games lain.
#8. Gempakkan lagi dengan lampu LED dan sebagainya
Yang akan mengindahkan lagi suasana dalam bilik gaming ni adalah, faktor pencahayaan. Sekarang ni ramai sangat gamers yang suka guna lampu LED lah, party light lah, string lights lah.
Macam-macam. KalauĀ kena cara menghiasnya, memang lagi gempak bilik gaming ni. Tapi pastikan cahayanya tidak terlalu terang ya.
Cukup untuk mencerahkan ruang bilik dan ramai juga yang lebih memilih lampu yang agak malap supaya tidak memberi tekanan lebih kepada mata nanti.
#9. Gunakan aksesori yang pelbagai
Sekarang ni dah makin banyak aksesori bilik gaming yang ada kan? Ia hanya bergantung atas kreativiti kita je.
Pandai-pandailah ya. Cuba survey dan tengok apa aksesori bilik gaming yang Mommy dan Daddy rasa sesuai nak letak di dinding dan ruang-ruang dalam bilik tu.
Sebagai contoh, ramai je yang pilih untuk letak headphones mereka di atas meja PC tetapi kalau ada holder untuk sangkut, ia pasti lagi cun dan bilik kelihatan lebih rapi.
#10. Ada ruang khas untuk refreshment
Motherhood pasti, dalam berjam-jam duduk dalam bilik gaming tu, rasa sekejap je. Sedar-sedar, dahaga rasanya tekak kan?
Kita tak nak lah letak merata je gelas dan snek kita. Apa kata Mommy dan Daddy sediakan ruang khas untuk letak refreshment ni?
Tak adalah bersepah dan senang nak capai dan kemas nanti!
Deco Bilik Gaming Yang Gempak
Dalam tips yang Motherhood dah kongsikan ni, pasti ada juga yang Mommy dan Daddy dah buat kan? Bolehlah tambahkan dan ubah yang mana patut.
Pasti bilik gaming lebih gempak!
Mommy dan Daddy juga boleh mempelajari cara untuk deko rumah dengan lebih cantik dan menarik diĀ SINI!