Ibu, Bayi & Kanak Kanak

11 Idea Deco Bilik Tidur Kecil Untuk Anak Mommy

Kredit gambar: istockphoto

Hiasan dalaman bilik ni, faktor utama yang kita kena pertimbangkan adalah ukuran keluasan bilik tu. Biasanya bilik anak-anak lebih kecil daripada bilik Mommy dan Daddy kan?

Jadi untuk menghias tu, tak boleh gunakan konsep yang sama tetapi kena pandai suaikan supaya bilik tidur anak sama cantik dan selesa.

Idea Deco Bilik Tidur Kecil Untuk Anak

Banyak tips dan idea yang Mommy dan Daddy boleh praktikkan seperti:

#1. Pilih kabinet yang ada meja

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Bila ruang dah sempit, kita kena bijaklah manfaatkannya. Nanti Mommy nak belikan kabinet untuk anak-anak letak barang peribadi, beli yang ada meja sekali ya?

#2. Hias bilik dengan cermin

Cermin memberikan efek ruang tampak luas dan lapang. Walaupun sempit, tetapi jika kita gunakan konsep pantulan cahaya daripada cermin ni, bilik tu akan nampak luas nanti.

#3. Saiz perabot yang sesuai

Kredit gambar: istockphoto

Janganlah pula kalau bilik tu kecil, Mommy belikan anak katil bersaiz king ya? Kita perlukan beberapa lagi perabot untuk diletakkan di dalam bilik.

Jadi saiz perabot tu hendaklah sesuai dengan keluasannya.

#4. Minimakan corak karpet

Untuk alas lantai, elakkan daripada membeli karpet atau tikar yang sarat coraknya. Semakin ringkas coraknya, ruang dalam bilik akan semakin lapang.

#5. Cat siling dengan warna cerah

Kredit gambar: istockphoto

Selain daripada itu, warna cat pun memainkan peranan tau! Terutamanya di bahagian siling, kenalah cat menggunakan warna yang cerah.

Di dinding bilik pun sama. Elakkan menggunakan cat yang gelap warnanya seperti navy blue.

#6. Kurangkan hiasan di dinding

Kita dah cat elok dah dinding bilik dengan warna yang cerah, jangan pula saratkan pemandangan dengan hiasan yang bermacam ya?

Nak letak sikit-sikit tu bolehlah.

#7. Pilih katil yang ada ruang tersorok di bawahnya

Kredit gambar: istockphoto

Untuk bilik kecil, tak sesuai kalau saiz almari baju besar sangat. Tetapi kalau macam tu, risau tak cukup ruang nak letak baju dan barang-barang.

Haa.. selain daripada memilih kabinet yang berserta meja, Mommy juga sebaiknya pilih katil yang ada ruang tersorok di bawahnya seperti drawer.

#8. Simpan barang dalam ruangan yang tertutup

Kalau kita sangkut macam-macam dalam bilik, ruang bilik memang akan nampak lagi serabut.

Jadi untuk selesaikan masalah ini, Mommy kena bijak untuk manfaatkan penyimpanan barang dalam ruang yang tertutup.

#9. Guna kabinet bilik tidur yang built-in

Kredit gambar: istockphoto

Almari baju memang mengambil ruang yang banyak dalam bilik kan? Apa kata Mommy bina almari baju yang built-in je untuk anak?

Ruang bilik akan nampak lebih lapang nanti!

#10. Pasang kabinet yang tergantung

Idea lain yang boleh menjimatkan ruang lagi adalah dengan pemilihan kabinet yang tergantung. Kalau macam ni, akan ada ruang di bahagian bawahnya yang Mommy boleh manfaatkan untuk letak perabot lain.

#11. Utamakan keperluan daripada kehendak

Kredit gambar: istockphoto

Dah namanya nak jimat ruang, kita kenalah pilih betul-betul apa yang perlu. Elakkan daripada menyimpan barang-barang yang kita jarang guna ya dalam bilik?

Barang-barang hiasan di kedai tu memang semuanya menarik tetapi nak deco bilik tidur yang kecil ni, memang kena cerewet sikit.

Pilih yang perlu je ya?

Idea Deco Bilik Tidur Kecil Untuk Anak

Nanti Mommy cuba dahulu tips yang kami berikan ni dan tengok kesesuaiannya. Kalau kena dengan gaya, bilik kecil pun boleh nampak lapang dan mewah kan?


Dapatkan panduan dekorasi rumah yang lain dengan klikĀ SINI!