Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ikut 16 Langkah Mudah Ini Untuk Deko Dapur Agar Cantik Dan Penuh Inspirasi

deco dapur

Kredit gambar: www.architectureartdesigns.com

Mana nak cari dan dapatkan idea deco dapur yang cantik dan menarik serta mampu mencipta ruang berbeza pada dapur? Di Motherhood.com anda tidak perlu lagi runsing mengenai idea-idea bagaimana cara untuk mendekorasi ruang kegemaran anda iaitu dapur dengan lebih menakjubkan lagi kerana kami akan bantu anda untuk merealisasikannya.

Penyelesaian mudah untuk mendapatkan dapur yang menarik tentunya dengan menggunakan gabungan idea yang kami jelaskan dalam perkongsian ini. Anda pasti akan seronok dan sangat berpuas hati dengan hasilnya.

Idea ini juga pasti akan lebih menggembirakan hati jika anda sendiri yang mengaplikasikannya. Tanpa membuang masa, jom lihat idea deko untuk ruangan dapur kesayangan anda di bawah ini!

16 Cara Deco Dapur Dengan Mudah

#1. Suai Padan Warna Kabinet Dengan Tahap Cahaya Dapur

Highlighted

Kredit gambar: www.housebeautiful.com

Secara asasnya, kita akan memerlukan cahaya yang terang dan baik ketika memasak dan kehadiran cahaya yang malap akan menyukarkan proses untuk menyediakan sesuatu hidangan.

Malah, cahaya yang menyinar masuk ke dalam ruangan akan menjadi kurang jelas sekiranya anda memilih warna perabot yang kusam warnanya.

Simbahan cahaya pada kabinet yang jelas dan terang warnanya akan membantu membiaskan cahaya dengan kadar yang lebih baik.

Anda boleh memilih warna kabinet yang gelap, tetapi perlu pastikan cahaya yang masuk ke ruangan tersebut adalah baik dan jelas atau jika anda telah pun mencipta skema pencahayaan buatan yang sangat baik.

#2. Warna Kuning Wujudkan Ruang Positif Dan Mesra

Kredit gambar: www.housebeautiful.com

Pemilihan warna kabinet atau dinding yang dicat warna kuning mampu mewujudkan aura positif dan mesra dalam ruangan tersebut.

Malah ia juga turut menyerlahkan lagi rupa serta reka bentuk dapur anda menambah kesan serta efek kehangatan dan keceriaan.

#3. Deco Dapur Dengan Reka Bentuk Siling Dapur

Kredit gambar: www.hgtv.com

Rupa kosong di permukaan siling akan mencacatkan sedikit permandangan yang cantik di dapur anda. Oleh itu, tampilkan reka bentuk siling dengan menggunakan bahan yang menarik agar ia sepadan dengan keseluruhan ruang dapur anda.

#4. Deco Dapur Dengan Storan Di Tempat Tinggi

Kredit gambar: www.mydomaine.com

Anda boleh jimatkan ruang dengan mencipta storan dapur tambahan di tempat yang tinggi terutama storan yang telah dipasang di siling. Ia merupakan cara terbaik untuk membawa masuk elemen dapur professional ke dalam ruangan rumah anda.

Bukan itu sahaja, dengan wujudnya storan jenis ini anda mampu mencapai barangan dengan lebih pantas dan cepat.

#5. Backsplach Atau Percikan Belakang

Kredit gambar: www.mydomaine.com

Cantikkan dapur anda dengan backsplach yang mempunyai corak dan warna yang menarik. Anda boleh memilih pelbagai jenis rekaan bentuk yang bersesuaian dengan tema seperti jubin heksagon.

#6. Tempat Duduk Penuh Gaya

Kredit gambar: foodveda.in

Laburkan sedikit wang untuk mendapatkan kerusi duduk yang selesa dan bergaya.

#7. Hidupkan Ruang Dapur Dengan Kertas Dinding

Kredit gambar: wallsbyme.com

Kertas dinding walaupun telah digunakan sejak dari dulu lagi ia masih lagi kekal relevan sehingga sekarang. Apatah lagi dengan wujudnya inovasi terhadap penciptaannya membuatkan ia masih menjadi pilihan dan kegemaran ramai.

Bukan sahaja digunakan di ruang tamu, ia juga boleh digunakan di kawasan yang lain terutamanya dapur. Pemasangan kertas dinding ini akan meningkatkan ruang anda daripada biasa kepada diperibadikan.

#8. Cipta Reka Bentuk Dapur Yang Berfungsi

Kredit gambar: www.hgtv.com

Bagi anda yang memang gemar memasak adalah lebih baik jika anda memberi tumpuan kepada fungsi reka bentuk dapur anda. Cipta reka bentuk yang menerapkan beberapa fungsi penting seperti storan simpanan pantri bagaimana cara ia disusun, peralatan yang disertakan dan pendekatan reka bentuk yang mengutamakan kepraktisan.

Hal ini bagi memastikan setiap proses memasak anda berjalan dengan lancar dan setiap item memasak mempunyai tujuan dan tempat capaian yang mudah.

#9. Gabungan Moden Dan Tradisional

Kredit gambar: www.housebeautiful.com

Gabungan reka bentuk kedua-dua rumah iaitu moden dan tradisional bagi anda yang menyukai tema ini boleh menjadikan ruang dapur anda kelihatan seperti desa yang ringkas dan elegan seperti yang anda inginkan.

Apatah lagi jika ia turut digabungkan dengan warna-warna yang bersifat neutral.

#10. Bermain Dengan Skala

Kredit gambar: www.goodhousekeeping.com

Jangan takut untuk bermain dengan skala kerana apabila warna, saiz dan corak digunakan dengan baik, ia memberikan suasana keperibadian dan membantu mencipta bilik yang penuh tenaga serta memberi impak kepada keluasan kawasan dapur anda.

#11. Kelengkapan Dengan Warna Keemasan

Kredit gambar: www.idealhome.co.uk

Kontrakan ruang dapur dengan warna keemasan untuk cipta gaya dapur yang mewah. Anda boleh selaraskannya dengan gabungan bahan semula jadi iaitu kayu dan batu di mana ia akan membuatkan dapur anda kelihatan lebih glamor serta mewujudkan ruang yang terasa elegan dan santai.

#12. Deco Dapur Dengan Skema Pencahayaan

Kredit gambar: www.goodhousekeeping.com

Cahaya mampu mengubah suasana keseluruhan dapur anda dan semestinya untuk dapatkan dapur yang cantik, anda perlu menerapkan pencahayaan yang terang dan jelas. Pencahayaan yang baik juga mampu membantu menutup kecacatan yang terdapat pada ruang-ruang tertentu.

#13. Deko Dapur Dengan Pilihan Warna Cat

Kredit gambar: www.thekitchn.com

Eksperesikan diri anda dengan warna cat pada ruangan dapur tidak kira sama ada ia bergaya moden, kontemporari, desa atau apa sahaja asalkan bersesuaian dengan dapur tersebut. Apa yang menarik mengenai cat adalah anda boleh membuat perubahan pada ruangan dapur pada bila-bila masa sahaja.

Pilih palet warna yang bersesuaian dengan saiz bilik, reka bentuk dan juga pilihan lantai di dapur anda. Pilihan warna lembut sesuai untuk ruang bilik yang kecil manakala warna kelabu pula akan membuatkan dapur anda bergaya moden.

#14. Deco Dapur Dengan Pilihan Kabinet Yang Tepat

Kredit gambar: www.homedit.com

Pilih kabinet yang mempunyai reka bentuk, kemasan dan warna yang sesuai dengan suasana dapur. Kabinet yang mempunyai pintu hadapan rata adalah pilihan yang selamat, manakala dapur putih, kelabu atau biru merupakan warna pilihan yang sentiasa menjadi kegemaran semua orang.

#15. Deco Dapur Dengan Peralatan Terbaik

Kredit gambar: www.yankodesign.com

Dapur masih lagi tidak lengkap jika peralatan dapur anda masih lagi belum mampu memberi fungsi yang baik ketika memasak. Pilih peralatan dapur yang mampu membantu anda menyediakan hidangan dengan pantas, menarik dan mudah. Peralatan yang bersesuaian dengan tema keseluruhan dapur disertai dengan fungsi pelbagai mampu menceriakan lagi suasana hari anda di dapur.

#16. Hidupkan Alam Semula Jadi

Kredit gambar: www.bhg.com

Bagi anda yang mempunyai tanah, apa kata pautkan ruang dapur dengan halaman di luar. Bina pintu dapur dengan pintu dwilipat dilipat ke belakang untuk memautkan dapur ke taman anda.

Mencantikkan ruangan dapur sebenarnya mampu mewujudkan ketenangan pada diri anda sendiri. Apatah lagi jika anda gemar menghabiskan banyak masa di ruangan tersebut. Oleh itu, jadikan idea menarik di atas untuk dapatkan dapur yang cantik, segar serta menarik.

Semoga dengan perkongsian ini, anda berpuas hati dengan idea yang kami jelaskan. Semoga membantu!


Dapatkan juga idea dekorasi dan tips menarik yang lain di SINI!