Ibu, Bayi & Kanak Kanak

11 Idea Deco Rumah Kecil Agar Tampak Luas, Selesa Dan Cantik

deko rumah kecil

Kredit gambar: www.thespruce.com

Mempunyai rumah yang bersaiz kecil memerlukan Mommy dan Daddy berfikiran secara kreatif dan kritis mengenai idea deco rumah kecil untuk tampil cantik. Rumah yang kecil tidak memerlukan banyak barangan kerana ia mampu membuatkan kediaman anda tampak serabut dan tidak kemas.

Bagi mengetahui bagaimana cara untuk merekanya agar kelihatan kemas, tersusun dan enak dipandang, ikuti perkongsian mengenai beberapa idea cara deko rumah yang kecil di bawah ini.

Cara Deco Rumah Kecil Agar Tampak Kemas Dan Luas

Berikut merupakan beberapa idea yang boleh Mommy cuba iaitu:

#1. Pilih Warna Cat Neutral

Highlighted

Kredit gambar: Instagram @villagefarmaustin

Pemilihan warna cat adalah sangat penting untuk menampilkan aura rumah Mommy. Ia bukan sahaja berfungsi untuk mencantikkan ruang kediaman, tetapi juga berperanan untuk mewujudkan suasana serta membuatkan kediaman menjadi lebih luas atau kecil bergantung kepada warna cat yang Mommy pilih.

Bagi rumah yang bersaiz kecil, pilihan warna yang tepat adalah neutral contohnya seperti kelabu, kuning air dan putih. Pilihan warna ini akan membuatkan kediaman Mommy menjadi lebih lapang serta besar.

#2. Corak dan Pop Warna

Kredit gambar: Instagram @whitehousemuddyfeet

Pilih reka bentuk perabot atau hiasan yang mempunyai corak dan warna yang timbul. Ia akan membuatkan rumah Mommy kelihatan lebih segar dan menonjol.

#3. Wujudkan Alam Semulajadi

Kredit gambar: Instagram @girlinatinyhouse

Gantung tumbuhan dalam rumah, atau lekapkannya di dinding mampu mewujudkan suasana yang penuh udara segar di dalam rumah Mommy. Malah, Mommy juga boleh mewujudkan ruang untuk tanaman herba Mommy sendiri.

Dengan memasukkan elemen tumbuhan ini, ia mampu menaikkan seri dan memberi nafas kepada ruang yang sempit.

#4. Pencahayaan

Kredit gambar: Instagram @handcraftedmovement

Ruang kecil membuatkan Mommy sukar untuk meletakkan lampu berdiri atau lampu meja dan sebagainya kerana ia boleh memakan ruang serta menjadikannya tampak lebih kecil.

Oleh itu, gantungkan lampu dengan pelbagai pilihan yang menarik. Ruang kediaman Mommy akan lebih menarik dengan pencahayaan yang cantik.

#5. Gunakan Ruang Menegak

Kredit gambar: Instagram @thatgrackle

Mommy juga boleh menggunakan ruang menegak iaitu dengan cara memanfaatkan ruang dinding di rumah.

Pasangkan rak di bahagian dinding dan susun barangan Mommy dengan teratur di atasnya.

Mommy juga boleh mewujudkan rak terapung, almari tersembunyi, meja dinding dan sebagainya. Apa yang penting, Mommy perlu sentiasa kreatif dengannya.

#6. Gunakan Permaidani

Kredit gambar: Instagram @livingbiginatinyhouse

Ruang lantai juga boleh memberi impak kepada keseluruhan suasana di dalam rumah Mommy. Gunakan permaidani sebagai pembahagi ruang di setiap bahagian yang berbeza bagi mewujudkan ilusi ruang yang berasingan.

#7. Perabot Serbaguna

Kredit gambar: www.contemporist.com

Salah satu cara untuk menjimatkan ruang adalah dengan menggunakan perabot serbaguna. Pilih perabot yang mempunyai reka bentuk yang elegan, cantik dan fungsi. Contohnya seperti sofa yang boleh dilipat, meja yang boleh disembunyi dan pelbagai lagi.

#8. Deko Rumah Kecil Dengan Perkakas Miniature

Kredit gambar: Instagram @shelbyadrift

Selain perabot, pemilihan perkakas rumah juga adalah sangat penting. Pilih perkakas yang bersaiz kecil, reka bentuk yang kompak dan muat untuk diletakkan di setiap ruangan agar rumah Mommy kemas dan kekal teratur.

Pilihan mesin basuh yang mempunyai dwi-fungsi iaitu pengering dan pencuci juga adalah plihan yang bijak.

#9. Katil Dua Tingkat

Kredit gambar: www.mrspip.com

Jika Mommy mempunyai anak yang ramai, pilihan katil untuk bilik tidur yang terbaik adalah katil jenis dua tingkat. Sangat menjimatkan ruang dan memberi lebih keselesaan buat anak-anak. Malah, melaluinya juga Mommy boleh menambah storan lebih dengan membuat laci atau rak.

#10. Deko Rumah Kecil Dengan Gunakan Cermin

Kredit gambar: www.pinterest.com

Penggunaan cermin juga membantu mewujudkan ruang kediaman menjadi lebih besar. Pantulan cahaya dari cermin membuatkannya menjadi ilusi ruang. Pilih cermin besar yang menutupi dinding atau beberapa kepingan cermin yang bersaiz kecil.

#11. Deko Rumah Kecil Dengan Tambah Aksesori

Kredit gambar: www.mymove.com

Jangan takut untuk menambah aksesori ke dalam ruang kediaman Mommy. Ia mampu mewujudkan nilai estetik pada ruang dan menceriakan lagi suasana rumah.

Semoga perkongsian ini memberikan beberapa idea yang menarik untuk Mommy cuba. Ikuti juga cara dekorasi bilik air rumah flat di SINI.


Mommy dan Daddy juga boleh mempelajari cara untuk deko rumah dengan lebih cantik dan menarik diĀ SINI!