Ibu, Bayi & Kanak Kanak

20 Idea Cara Untuk Deco Rumah Dengan Penuh Pesona

deko rumah

Kredit gambar: www.bobvila.com

Deco rumah bukanlah sesuatu perkara yang senang apatah lagi, jika ia datang dari anda yang langsung tidak mempunyai pengalaman mengenainya.

Tetapi itu tidak membawa maksud bahawa anda tidak mampu dan tidak boleh melakukannya dengan hasil tangan anda sendiri.

Apa yang anda perlukan hanyalah sedikit keberanian untuk melakukannya serta beberapa panduan berguna untuk membantu anda membuat pemilihan dan mengaplikasikannya dengan rekaan yang anda gemari.

Dan jangan risau!

Dalam perkongsian ini, kami telah kongsikan beberapa perkara yang perlu anda manfaatkan ketika mendeko rumah anda. Jom lihat!

Panduan Deco Rumah Dengan Perincian Mudah

Berikut merupakan beberapa panduan atau idea untuk dekorasi rumah anda agar ia tampak sempurna dan menarik perhatian.

#1. Deco Rumah Dengan Menitikberatkan Sumber Pencahayaan

Highlighted

Kredit gambar: hypebae.com

Ramai pakar rekaan dalaman yang berpendapat bahawa pencahayaan adalah sumber terpenting ketika mendekorasi rumah anda.

Malah, mereka juga bersetuju bahawa setiap rumah perlu ada sekurang-kurangnya tiga lekapan lampu.

Ruang tamu dan juga bilik tidur terutamanya perlu dipastikan terdapat tiga sumber cahaya untuk menyokong lampu atas.

#2. Deco Rumah Dengan Aplikasikan Titik Tumpuan

Kredit gambar: www.bhg.com

Aspek yang seterusnya pula adalah titik tumpuan. Pastikan di setiap ruang rumah anda, terdapat satu titik tumpuan atau ruang peragaan untuk menaikkan seri serta tidak membebankan pandangan pada ruangan tersebut. Sebagai contoh, sudut untuk membaca buku.

#3. Jangan Ikut Trend

Kredit gambar: www.proem.studio

Trend sentiasa berubah, jika anda terlalu mengikutnya ia akan membebankan tenaga dan kewangan anda. Oleh itu, pilih suasana, tema dan reka bentuk yang anda sukai.

#4. Deco Rumah Dengan Susunan Perabot

Kredit gambar: liljencrantzdesign.com

Ketika anda menyusun perabot, pastikan anda mengambil kira laluan untuk ulang-alik adalah mudah dan lancar tanpa sebarang gangguan terutama ketika tetamu datang berkunjung ke rumah.

#5. Bermain Dengan Skala

Kredit gambar: www.thisoldhouse.com

Ramai orang menganggap dengan membeli barangan atau mempunyai ruang kediaman yang berskala besar akan membuatkan rumah nampak bersepah dan tidak kemas.

Sebenarnya tanggapan ini adalah salah. Anda tidak perlu takut untuk membeli barang atau perabot yang mempunyai saiz besar sekiranya anda tahu tempat untuk meletakkannya dengan susunan yang betul dan sempurna.

#6. Deco Rumah Dengan Ikut Ukuran

Kredit gambar: www.hipcouch.com

Sentiasa ambil tahu mengenai ukuran ruang di setiap bahagian kediaman anda sebelum anda memutuskan untuk membeli perabot atau aksesori sebagai hiasan.

Kesilapan membeli perabot atau apa-apa barangan yang mempunyai saiz yang salah hanya menjejaskan dekorasi anda.

#7. Perabot Dwi-Fungsi

Kredit gambar: www.thespruce.com

Pemilihan perabot dwi-fungsi atau mempunyai pelbagai kegunaan juga sangat membantu menjimatkan ruang dan kewangan anda.

Oleh itu, buatlah pilihan pembelian perabot yang mempunyai reka bentuk yang unik dan serbaguna.

#8. Deco Rumah Dengan Pilihan Warna

Kredit gambar: www.decorilla.com

Pemilihan warna juga merupakan aspek yang perlu dititikberatkan agar ruang kediaman tampak segar dan ceria.

Pakar rekaan dalaman mengesyorkan anda menggunakan hanya satu pilihan warna iaitu sama ada warna sejuk atau warna hangat.

#9. Gantung Karya Seni

Kredit gambar: www.concensure.com

Untuk menggantung hasil karya seni, ukuran ketinggian yang paling ideal adalah kira-kira 60-62 inci dari lantai.

Ia adalah kerana, pada ketinggian ini karya seni yang digantung mudah dilihat disebabkan berada pada paras mata kebanyakan orang.

#10. Deko Rumah Dengan Menghias Siling

Kredit gambar: housing.com

Kebanyakan orang lebih suka memberi perincian lebih kepada dinding dan lantai sehingga lupa siling juga memainkan peranan penting dalam menentukan suasana rumah anda.

Oleh itu, hiaskan siling anda dengan kertas dinding atau warna cat yang dramatik untuk mewujudkan suasana hidup.

#11. Campuran Tekstur

Kredit gambar: www.thespruce.com

Selain bermain dengan warna cat, anda juga boleh melakukan perkara yang sama dengan tekstur. Pemilihan tekstur yang berbeza di antara lantai dan dinding akan menaikkan seri perabot anda.

#12. Tukar Suis

Kredit gambar: www.homedit.com

Ramai orang yang terlepas pandang mengenai hal ini ketika mendeko rumah mereka. Tukarkan reka bentuk suis anda dengan sesuatu yang berwarna-warni, bercorak atau bertekstur.

#13. Bermain Dengan Ketinggian

Kredit gambar: www.bhg.com

Elakkan menyusun perabot, aksesori dan mempamerkan hiasan dengan ketinggian yang sama. Susunan barang dengan ketinggian yang sama akan mencipta kebosanan ketika melihatnya.

Pemilihan reka bentuk yang berbeza corak, saiz dan terutama ketinggian mampu menjadikan ruang kediaman anda berfungsi baik dan kelihatan sempurna.

#14. Padankan Perabot

Kredit gambar: www.goodhousekeeping.com

Pemilihan perabot jenis set walaupun mudah ia mampu menjadi satu hal yang membosankan. Apa kata kalau anda suai padankan pemilihan perabot bagi mewujudkan elemen kontra yang lebih menceriakan suasana.

#15. Hias Ruang Pintu Masuk Utama

Kredit gambar: www.hgtv.com

Langkah pertama perlulah dilengkapi dengan keadaan yang lebih dramatik dan mengujakan. Tingkatkan mood keterujaan sesiapa sahaja dengan hiasan di bahagian pintu utama dendan sesuatu yang sangat mengancam.

#16. Elemen Tumbuhan

Kredit gambar: www.architecturaldigest.in

Hidupkan suasana alam semula jadi dengan membawa masuk tumbuhan ke dalam kediaman anda. Udara di dalam rumah juga akan menjadi lebih segar dan menyejukkan. Setiap ruang juga perlu ada sekurang-kurangnya satu tumbuhan.

#17. Langsir

Kredit gambar: www.countryliving.com

Pemilihan langsir untuk bilik, pintu dan tingkap boleh menjadikan satu transfomasi kepada ruang. Kehadiran langsir mampu mendatangkan kelembutan, mencipta suasana dan menambah ketinggian jika digantung dengan betul.

#18. Deco Rumah Dengan Rak Tergantung

Kredit gambar: www.thespruce.com

Sangat sesuai diletakkan di ruang dapur dan juga bilik mandi. Rak tergantung akan membuatkan ruang dapur dan bilik air anda kemas, cantik dan tersusun elok.

#19. Deco Rumah Dengan Cermin

Kredit gambar: www.thespruce.com

Cermin turut memainkan peranan dalam penataan cahaya. Ia mampu memantulkan cahaya dan sekaligus membuatkan seluruh kawasan menjadi cerah.

#20. Manfaatkan Ruang Kecil

Kredit gambar: www.thenordroom.com

Kawasan kecil atau jarang digunakan juga perlu ditatariaskan agar ia tidak suram dan mendatangkan ketegangan bagi sesiapa sahaja yang meilhatnya. Hiaskannya dengan cetakan grafik untuk memberi impak besar kepada ruangan tersebut.

Ketika mendeko rumah, anda perlu menitikberatkan keseimbangan serta fungsi ruangan tersebut. Pastikan segala panduan yang kongsikan ini dimanfaatkan sepenuhnya.

Semoga perkongsian ini membantu anda mendapatkan ilham yang menarik dan berguna.


Ketahui juga cara untuk deko ruang tamu agar lebih ceria di SINI!