Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Idea Untuk Deko Ruang Tamu Yang Lebih Ceria

Ruang tamu boleh dikatakan bahagian yang paling utama di sesebuah rumah. Dalam Bahasa Inggeris, ruang tamu dipanggil ‘living room‘, dengan ‘living‘ bermaksud hidup atau kehidupan.

Di ruang inilah berlakunya ‘kehidupan’ secara simbolik, kerana di sinilah selalunya rakan-rakan dan keluarga yang datang menziarah akan bersantai.

Kalau Mommy rasa deko ruang tamu Mommy tidak meriah dan membosankan, maknanya sudah tiba masa untuk upgrade ruang tamu Mommy!

Jom tengok beberapa idea yang boleh memberi inspirasi kepada Mommy untuk mengubahsuai ruang tamu Mommy secara kecil-kecilan atau keseluruhan.

10 Idea Untuk Deko Ruang Tamu Yang Lebih Ceria

1. Cat Semua Permukaan Dengan Satu Warna

Highlighted

Kredit gambar: mariakillam.com

Idea ini adalah paling simple untuk memulakan projek Mommy, terutamanya kalau Mommy tak mahukan perubahan yang rumit.

Pilih warna yang menarik dan bukan warna neutral sahaja. Dengan mengecat seluruh permukaan dari siling ke lantai, ia dapat memberi impak yang sangat dramatik.

Bilik yang penuh dengan satu warna, termasuk kemasan seperti kemasan trim kayu, amat menakjubkan dan menarik minat ke ruang tersebut tanpa membebankan mata yang memandang.

2. Gunakan Dua Tona Dalam Keluarga Warna Sama

Kredit gambar: Dulux

Untuk nampak lebih moden, gunakan dua tona dalam keluarga warna yang sama untuk dicatkan di ruang tamu Mommy.

Mommy boleh gunakan tona-tona yang mempunyai kontras yang tinggi, ataupun dengan perbezaan yang lebih gradual.

Dengan menggunakan dua tona dari keluarga warna yang sama juga Mommy boleh menggunakan teknik ‘layering‘ untuk meningkatkan impak lapisan dua warna.

3. Naikkan Seri Dengan Corak

Kredit gambar: made.com

Jika ruang tamu Mommy mempunyai warna dinding yang neutral, Mommy boleh naikkan seri ruang tamu dengan meletakkan unsur-unsur corak.

Sebagai contoh, Mommy boleh gunakan langsir yang mempunyai corak menarik, ataupun seni lukisan di dinding yang abstrak atau geometrik dan penuh dengan warna menarik.

Selain itu, Mommy boleh menggunakan perabot yang mempunyai warna yang ceria supaya ruang tamu Mommy nampak lebih meriah dan tidak bosan.

4. Pilih Warna Menarik Untuk Kemasan Kayu

Kredit gambar: Apartment Therapy

Kalau ruang tamu Mommy mempunyai kemasan kayu, trimming di dinding, atau bingkai tingkap kayu, jangan sangka ia perlu nampak seperti warna kayu sahaja!

Kalau kayu biasa boleh diwarnakan, tentulah kemasan kayu boleh diwarnakan juga! Mommy boleh pilih mana-mana warna menarik supaya kemasan tersebut nampak lebih terserlah.

Design ini akan membuatkan ruang tamu Mommy nampak moden dan dapat mencipta titik fokal menakjubkan dan latar belakang yang kemas.

5. Gunakan Wallpaper Yang Dramatik

Kredit gambar: Flickr

Pada zaman sekarang, mungkin penggunaan wallpaper tidak popular seperti dahulu, tapi ia masih boleh menjadi deko ruang tamu yang memberi impak positif.

Gunakan wallpaper dengan design yang menarik dan moden seperti corak abstrak atau corak yang besar dan dramatik.

Kalau ingin sesuatu yang lebih berani, Mommy boleh padankan design wallpaper yang dipilih dengan perabot atau kusyen dengan corak yang serupa.

6. Deko Ruang Tamu Dari Era Yang Berbeza

Kredit gambar: homestolove.com.au

Kalau Mommy jenis yang suka sejarah atau deko dari mana-mana era, Mommy boleh cuba mencampurkan deko-deko tersebut untuk ruang tamu rumah Mommy.

Mungkin Mommy boleh gabungkan seni dari era 70-an dengan seni, justeru menggabungkan style baru dan style lama.

Tak pun Mommy boleh gabungkan perabot antik dan juga perabot moden. Cara gabungan ini boleh memastikan ruang tamu Mommy tidak nampak bosan dan tidak terlalu dipengaruhi oleh trend semasa.

7. Invest Dalam Permaidani Yang Berkualiti

Kredit gambar: interiorsonline.com.au

Kalau Mommy perasan, generasi lebih tua daripada Mommy tentu mempunyai beberapa permaidani yang cantik dan berkualiti tinggi, betul tak?

Selalunya permaidani tersebut adalah jenis anyaman tangan dengan menggunakan bahan semula jadi yang diperbuat di negara-negara Timur Tengah.

Permaidani jenis ini agak mahal, tetapi ia tahan lama dan rekabentuknya amat cantik dan memang akan menaikkan seri sesebuah ruang tamu. Jadi tak rugi kalau Mommy invest dalam sekurang-kurangnya satu permaidani besar yang cantik!

8. Gunakan Seni Lukisan Sebagai Inspirasi

Kredit gambar: nordicwalldecor.com

Selalunya kalau baru pindah ke rumah baru, dekorasi seperti seni lukisan adalah perkara terakhir yang akan dipertimbangkan.

Sebenarnya, kalau Mommy sudah mempunyai beberapa seni lukisan yang Mommy memang bercadang untuk letak di ruang tamu, Mommy boleh menggunakannya sebagai inspirasi untuk deko ruang tamu keseluruhan.

Sama ada Mommy menggunakan palet warna yang sama, atau corak yang seakan-akan, ia tentu akan memberikan koordinasi dalam ruang tamu Mommy tanpa nampak klinikal.

9. Gunakan Tekstur-tekstur Menarik

Kredit gambar: Adobe Stock

Penggunaan tekstur di ruang tamu amat penting untuk mengelakkan ruang tamu Mommy nampak bosan, pucat, atau flat! Tekstur perlu dititikberatkan sama seperti warna dan corak.

Sebagai contoh, Mommy boleh menggunakan perabot yang mempunyai aluran kayu yang dramatik, permaidani kulit biri-biri palsu, kusyen baldu, dan apa-apa lagi yang sesuai.

Selain itu, Mommy boleh menggunakan teknik ‘layering‘, seperti meletakkan pokok tumbuhan pada ketinggian yang berbeza-beza untuk tidak nampak berterabur sambil menggunakan ruang dengan strategik.

10. Bahagikan Ruang Tamu Mengikut Fungsi

Kredit gambar: Studio Peake/Alexander James

Jika Mommy mempunyai ruang tamu yang luas dan bersambung dengan ruang lain seperti ruang makan, Mommy boleh bahagikan ruang-ruang tersebut dengan beberapa cara.

Mommy boleh menggunakan ‘partition‘ untuk membahagikan ruang tersebut, ataupun dengan menggunakan perabot yang besar seperti sofa atau rak pameran.

Ada juga yang mungkin perlu membuat pembahagian ini untuk mengelakkan anak-anak daripada menonton TV ketika sedang makan di meja makan, betul tak?

Tips-tips Memilih Perabot dan Deko Ruang Tamu

Jika Mommy belum mempunyai pilihan perabot tersendiri, Mommy boleh ikuti tips-tips berikut dalam memilih perabot dan deko ruang tamu.

  • Peruntukkan bajet yang diperlukan untuk mengubahsuai ruang tamu.
  • Tentukan tema yang ingin diaplikasikan di ruang tamu sebelum membuat pembelian.
  • Invest dalam perabot, deko, dan juga material atau fabrik yang berkualiti tinggi untuk tahan lama.
  • Pertimbangkan keluasan ruang tamu Mommy dan apa yang boleh diletakkan di situ.
  • Dapatkan nasihat pakar seperti pereka bentuk dalaman untuk hasil terbaik.

Semoga idea-idea dan tips yang disebutkan tadi dapat membantu Mommy dalam meningkatkan keserian ruang tamu, sama ada yang baru atau yang lama. Jom baca beberapa tips untuk rekaan deko ruang tamu kecil supaya nampak lebih luas.