Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Cara-Cara Dekorasi Bilik Air Rumah Flat Yang Mudah Dan Memberi Impak

Sumber: Adobe Stock

Bilik air memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Tanpa bilik air, macam mana kita nak gosok gigi, mandi, dan sebagainya kan? Mama pernah terfikir untuk buat dekorasi bilik air rumah flat Mama tak? Walaupun ia sesuatu tempat di dalam rumah yang kita hanya pergi beberapa kali sehari, dan selalunya tak lama pun, tak salah untuk menjadikan bilik air suatu tempat yang cantik!

Biasanya bilik air rumah flat tak banyak ruang untuk membuat dekorasi, tapi ianya bukan mustahil! Mama cuma perlu tahu tips yang bersesuaian dengan saiz bilik air yang sedia ada tanpa perlu membuat apa-apa renovasi. Jom tengok beberapa tips dan idea berikut untuk cara dekorasi bilik air rumat flat.

10 Cara Untuk Dekorasi Bilik Air Rumah Flat

1. Tukar Warna Cat Dinding

Highlighted

Sumber: Adobe Stock

Ini mungkin bunyi seperti perkara yang asas, tapi Mama akan terkejut bila nampak perubahan yang amat besar selepas memberi dinding di bilik air warna cat yang baru dan segar! Kalau sebelum ini Mama tak pernah cat bilik air, warna yang sedia ada mungkin sudah nampak kusam, terutamanya bilik air sering dipenuhi dengan wap air yang boleh membuatkan dinding atau cat lama nampak pudar dan menggelupas.

Tambahan pula, selalunya warna cat semasa membeli rumah bukan pilihan diri sendiri, jadi inilah masanya Mama boleh tunjukkan personaliti Mama dengan menggunakan warna pilihan! Warna terang akan menjadikan bilik mandi kecil kelihatan lebih besar, jadi elakkan memilih warna cat yang gelap yang mungkin boleh membuatkan bilik air nampak lebih sempit. Selain itu, Mama boleh memilih jenis cat yang anti-kulat dan tahan lembap.

2. Tukar Lampu Yang Bersesuaian

Sumber: overstock.com

Ramai orang sangka lampu-lampu yang cantik tentu mahal, tapi sebenarnya banyak pilihan boleh didapati sekarang yang murah tetapi nampak mewah! Ini kerana lampu yang murah diperbuat daripada bahan yang lebih murah seperti plastik dan bukan tembaga atau emas, tapi rekabentuknya masih nampak seperti lampu mahal. Jadi menggantikan lampu yang usang dan tiada rekabentuk boleh menjadi pilihan yang murah untuk mengubah hiasan bilik mandi Mama.

Lampu bilik mandi yang berbentuk moden adalah seperti lampu gantung atau ‘chandelier‘  dan lampu bar yang memberi cahaya kepada seluruh bilik air. Tapi kalau terlalu besar sangat mungkin tak sesuai untuk dekorasi bilik air rumah flat. Mama juga boleh memilih rekabentuk lampu yang lebih rustic seperti yang menggunakan rotan atau plastik yang nampak seperti rotan. Memilih lampu LED adalah pilihan terbaik kerana ia jenis lampu yang paling jimat tenaga dan tidak menambahkan haba tambahan ke bilik mandi.

3. Meletakkan Gambar Atau Seni Pada Dinding

Sumber: papernstitchblog.com

Dinding yang kosong tentu nampak bosan ketika mandi! Terdapat pelbagai jenis seni atau ‘wall art‘ yang kalis air dan sesuai untuk diletakkan dalam bilik air Mama. Mama boleh pilih jenis seni yang bersesuaian dengan personaliti Mama atau pun bersesuaian dengan tema bilik mandi.

Pilih wall art yang besar untuk mendapatkan impak visual terbaik. Untuk gaya yang lebih unik, Mama boleh minta pencetak berdekatan untuk mencetak gambar kegemaran menjadi seni di dinding yang istimewa. Ada juga jenis seni yang boleh membuatkan sesuatu ruang nampak besar.

4. Jubin Jenis Pelekat

Sumber: thedesignwalker.tumblr.com

Jubin yang sedia ada di bilik air mandi sekarang tentu kosong dan tiada corak menarik kan? Bilik air senang untuk diceriakan dengan jubin bertema atau berwarna-warni! Walaupun jubin ala-ala Marrakesh memang mahal, Mama boleh dapatkan jubin jenis pelekat dengan corak jubin sebegitu dengan 1/10 harga sebenar! Jubin pelekat mudah dipotong dan dipasang dan kelihatan seperti jubin sebenar.

Yang pasti, ia boleh dibuang atau ditukar pada bila-bila masa tanpa merosakkan permukaan di belakangnya, jadi ia sesuai untuk memperbaharui bilik air jika hanya menyewa rumah. Jubin jenis pelekat sesuai diletakkan di kawasan yang jauh dari tempat mandi untuk mengelakkan percikan air.

5. Upgrade Perkakas Bilik Air Dan Tombol

Sumber: ebay.com

Kalau perkakas bilik air seperti kepala siraman air, kepala paip, dan juga tombol pintu sudah usang dan nampak berkarat, tiba masanya Mama upgrade atau kemaskini perkakas tersebut sambil mengubah dekorasi bilik air. Siapa yang suka guna tombol yang dah berkarat, betul tak?

Karat memang senang berlaku di kawasan dengan udara yang lembap, jadi Mama tak perlu banyak alasan untuk membeli perkakas bilik air baru. Banyak yang murah boleh didapati yang nampak seperti bahan tembaga betul. Menggantikan perkakas lama dengan yang baru boleh membuatkan bilik air mandi nampak lebih segar.

6. Lantai Baru

Sumber: www.karndean.com

Tukar lantai baru bunyi macam projek yang sangat besar, tapi jangan risau kerana ia tak memerlukan pengubahsuaian atau renovation pun! Terdapat banyak lantai DIY yang bersesuaian untuk diletakkan di dalam bilik air dengan harga berpatutan. Salah satu daripadanya ialah jenis papan lantai vinyl yang mempunyai pelbagai jenis corak dan warna kayu.

Walaupun bukan diperbuat daripada kayu sebenar, ia tentu akan membuat bilik air Mama nampak mewah sekali dengan lantai papan walaupun kecil. Cara nak pasang pun senang hanya dengan memotong menggunakan pisau utiliti dan menyambung setiap papan satu per satu. Kebanyakan jenis papan ini juga jenis kalis air tapi jangan letak di kawasan atau tempat mandi.

7. Tempat Penyimpanan Dan Organisasi Barang

Sumber: realhomes.com

Tiada yang lagi menjengkelkan dari barang-barang bilik air yang bersepah, betul tak? Kalau tak disimpan dengan rapi, boleh mendatangkan kulat dan macam-macam benda yang geli dan kotor. Buang botol-botol yang sudah habis digunakan dan susun peralatan mandian lain dengan kemas.

Mama boleh letakkan bakul rotan yang cantik untuk menyimpan baju-baju yang dipakai sebelum dibasuh, dan gunakan rak yang boleh dipasang ke atas dinding untuk menyimpan barang-barang kering lain seperti tisu toilet. Bilik air yang kemas tentu dapat memuaskan hati Mama. Tambahan pula dapat kurangkan kekotoran dan keadaan huru-hara dalam bilik air yang sudah mempunyai pelbagai lengkapan.

8. Hias Dengan Pokok Bunga

Sumber: houseandhome.com

Meletakkan pokok bunga di dalam bilik air mungkin bunyi terlalu dramatik, tapi ia telah menjadi trend yang sangat popular dan berkesan dalam memberi impak yang dramatik. Sambil mandi sambil mendapat oksigen yang segar dari tumbuhan, tentu menenangkan!

Pilih pokok yang sesuai dan akan complement perkakas yang sedia ada sebagai dekorasi dalam bilik air. Pilih pokok bunga yang besar dan boleh diletakkan di atas lantai jika bilik air mempunyai ruang yang mencukupi atau pokok bunga yang boleh digantung atau diletakkan di atas rak. Sebagai alternatif, Mama boleh juga hias dengan pokok bunga palsu.

9. Dekorasi Bilik Air Rumah Flat Menggunakan Barang Praktikal

Sumber: house-nerd.com

Barang-barang praktikal boleh menjadi dekorasi bilik air juga jika Mama tahu dimana dan bagaimana untuk menghiasnya. Sebagai contoh, pilih dan lipat beberapa helai tuala yang nampak eksklusif dan letakkan di atas rak untuk paparan, atau letak kain lap kaki yang cantik dan bersesuaian dengan tema bilik air.

Kalau menggunakan tirai mandi, boleh pilih warna atau corak yang sesuai dengan tema bilik air juga. Selain itu, Mama juga boleh membeli botol-botol yang cantik dan seiring dengan tema bilik air untuk meletakkan sabun dan toiletries lain. Jadi lepas ni hanya perlu beli pek sabun yang refill sahaja. Bergaya dan menjimatkan!

10. Letakkan Pewangi Sebagai Dekorasi Bilik Air Rumah Flat

Sumber: midliferambler.com

Pewangi bukan sahaja praktikal untuk memberi bauan yang harum dalam bilik air, tapi juga boleh menjadi dekorasi bilik air yang bernas! Mama boleh pilih untuk menggunakan pewangi spray automatik, lilin, ataupun pelbagai jenis diffuser seperti batu yang boleh dititis dengan minyak pati wangi. Reka bentuk pewangi seperti lilin juga boleh dipilih yang sepadan dengan dekorasi bilik air rumah flat Mama.

Cadangan atau idea-idea di atas tidak perlu dicuba semua sekaligus, terutamanya kalau budget Mama adalah terhad. Setiap idea atau inspirasi boleh dibuat secara perlahan-lahan dan secara berperingkat, tetapi hasilnya tentu memuaskan! Semoga berjaya!