Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Pelbagai Inspirasi Dekorasi Bilik Air Yang Cantik Dan Menenangkan Mata Memandang

Sumber: Adobe Stock

Bilik air sudah tentu menjadi salah satu ‘lokasi’ yang sering diziarahi dalam rumah kan? Sesiapa sahaja yang tinggal di negara beriklim tropika tentu mandi setiap hari, tak seperti di negara musim sejuk dimana kadang-kadang penduduknya hanya mandi beberapa kali seminggu dan ia adalah menjadi perkara normal bagi mereka.

Walaupun seringkali tidak diambil peduli dari segi dekorasinya memandangkan ia adalah bilik yang mempunyai tujuan praktikal dalam rumah, tetapi walaupun sedikit sahaja dekorasi dapat memeriahkan bilik air.

Highlighted

Sumber: Getty Images

Tidak boleh disangkal lagi pengubahsuaian atau renovation yang penuh memerlukan kos yang tinggi, tetapi tak semua dekorasi atau style memerlukan barang-barang yang mahal. Dekorasi yang murah pun masih boleh membuatkan sebuah bilik air yang sebelum ini kosong nampak macam bilik air di hotel 5 bintang!

Jom tengok beberapa idea atau inspirasi dekorasi bilik air yang boleh Mommy cuba terapkan pada bilik air di rumah sendiri bersesuaian dengan personaliti Mommy atau jenis dekorasi yang digemari.

10 Inspirasi Dekorasi Bilik Air Yang Menarik

1. Dekorasi Bilik Air Hitam Dan Putih

Sumber: studio-lifestyle.com

Dekorasi bilik air cara ini memerlukan Mommy mendapatkan kebanyakan peralatan dan perhiasan dalam warna sama ada hitam atau putih. Kombinasi warna monokrom ini sangat klasik dan memberi impak yang amat besar. Kalau tidak didekorasi dengan cermat, mungkin boleh nampak sedikit huru hara, jadi pastikan Mommy pandai mencari keseimbangan dalam rekabentuk tema ini.

2. Bilik Mandi Ala-ala Spa

Sumber: faistoilabelle.com

Untuk mendapatkan reka bentuk bilik mandi ala-ala spa, selalunya warna putih dan biru laut diterapkan dalam design sesebuah bilik mandi tersebut.

Bayangkan Mommy sedang beristirehat di tepi pantai dengan pasir dan awan putih berserta laut dan langit yang biru terang! Itu lah inspirasi bilik mandi ala-ala spa ini.

Biarkan sinki dan perkakas mandian lain kebanyakannya putih dan hias dengan hiasan warna biru seperti pasu bunga biru atau kain lap kaki biru.

3. Bilik Air Boho Untuk Yang Berjiwa Hippie

Sumber: reddit.com

Dekorasi bilik air ‘boho’ selalunya mencerminkan ciri-ciri atau personaliti seseorang yang amat kreatif dan berwarna-warni. Stail ‘boho’ atau ‘bohemian’ ini amat popular pada tahun 1960an dan konsep warna-warni dan freestyle reka bentuk ini sebenarnya bukan tidak kemas, tetapi sangat menarik dan pasti mengundang pujian ramai!

Stailkan dengan tekstur seperti bakul rotan dan corak seperti kain lap kaki bercorak menarik. Selain itu, jangan lupa untuk meletakkan pelbagai jenis pokok yang boleh tahan cahaya malap.

4. Bilik Air Glam Dan Mewah Idaman Ramai

Sumber: beriestain.com

Untuk pengubahsuaian bilik air yang drastik, dekorasi glam dan mewah tentu akan memberi impak yang besar.

Kalau Mommy nak bilik air mewah seperti di hotel lima bintang, perlu berani untuk menukar perkakas bilik air seperti kepala paip dan tombol yang diperbuat daripada bahan-bahan yang seakan-akan emas.

Meja sinki boleh ditukar kepada meja yang diperbuat daripada batu marmar putih atau hitam. Glam sangat!

5. Dekorasi Bilik Air Moden Untuk Yang Bergaya

Sumber: home-designing.com

Walaupun kita hidup di zaman moden, tapi tak semestinya semua hiasan dalam rumah adalah moden. Ia adalah stail yang perlu diusahakan.

Ia sering merangkumi reka bentuk perkakas yang kemas dengan bucu-bucu tajam, cerah atau gelap, dan kelihatan bersih. Untuk dekorasi moden, ramai yang suka menggunakan bahan-bahan yang diperbuat daripada keluli tahan karat atau berwarna hitam matte.

6. Dekorasi Minimalis Senang Untuk Maintain

Sumber: Lilly Bunns Interiors

Dekorasi bilik air yang minimalis tak semestinya bermaksud Mommy tak perlu buat apa-apa! Malah, usaha yang tekun diperlukan untuk memastikan perkakas dan bahan-bahan yang dipilih berkesan untuk mencapai matlamat reka bentuk ini.

Sebagai contoh, walaupun dengan memilih satu warna sahaja untuk semua perkakas bunyi senang, tapi ia boleh jadi mencabar juga. Tapi ia tak mustahil!

Dengan reka bentuk minimalis seperti warna putih tadi, Mommy boleh meletakkan satu dekorasi yang sama sekali bertentangan dengan warna putih itu seperti meletak hiasan bunga merah untuk menaikkan impak minimalis.

7. Dekorasi Bilik Air Rustic Memimik Suasana Kampung

Sumber: airbnb.com

Siapa yang tak suka balik kampung, terutamanya jika kampung halaman berada di kawasan yang amat nyaman dan dikelilingi banyak pokok-pokok yang renek. Waktu mandi di kampung pun amat menenangkan!

Mommy boleh tawan semula perasaan itu dengan menghias bilik air Mommy seakan-akan di rumah kampung atau pun rustic. Dekorasi bilik air seperti ini menerapkan banyak penggunaan kayu dan juga batu-bata merah.

Jangan risau kerana Mommy tak perlu ubahsuai tempat mandi kepada perigi!

8. Dekorasi Victorian Yang Megah

Sumber: victorianbathrooms4u.com

Rekabentuk Victorian bukan sahaja untuk ruang tamu atau bahagian dalam rumah lain, tapi Mommy juga boleh terapkan beberapa reka bentuk ini untuk bilik air.

Kuncinya ialah tidak mengubahsuai dengan terlampau memandangkan bilik air selalunya tidak sebesar ruang tamu. Tapi kalau bilik air Mommy besar, apa-apa yang diidami boleh dicapai!

Untuk reka bentuk ini, Mommy boleh letak lukisan minyak atau oil painting yang besar, menggunakan lampu chandelier yang besar, dan juga cermin yang besar dengan design Victorian untuk memberi impak maksima.

9. Reka Bentuk Feminin Dan Riang

Sumber: eurotilestone.com

Kalau Mommy jenis yang suka pink dan bunga-bunga, tentu akan suka reka bentuk ini! Hiasan untuk bilik air yang feminin mudah saja kerana apa-apa yang nampak pink dan berbunga-bunga boleh diterapkan untuk dekorasi bilik air Mommy.

Contohnya dinding atau kabinet berwarna pink, kertas dinding dengan corak bunga, dan tuala atau botol-botol warna pink. Untuk tidak menyakitkan mata memandang, pilih tona warna pink yang lebih lembut untuk kebanyakan hiasan.

Warna pink yang terang boleh diterapkan sedikit-sedikit untuk impak yang terbaik.

10. Dekorasi Industrial Untuk Yang Berani

Sumber: delish.com

Reka bentuk industrial amat popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Reka bentuk industri atau perindustrian ini merujuk kepada kecenderungan estetik dalam reka bentuk dalaman yang berdasarkan setup kilang-kilang lama dan ruang perindustrian.

Sebagai contoh menggunakan perkakas mandian berbentuk saluran paip yang besar dan menonjol, dan juga sistem pencahayaan yang terdedah dan mungkin juga menggunakan saluran paip sebagai hiasan.

Sumber: venue.com

Banyak betul pilihan, kan? Jangan gelisah kalau tak tahu nak pilih inspirasi yang mana. Mulakan dengan melihat seluruh rumah Mommy dan pilih tema atau idea yang sesuai dengan gaya rumah. Ini untuk memastikan reka bentuk bilik air serasi dengan reka bentuk rumah Mommy secara keseluruhan. Semoga berjaya mendekorasi bilik air idaman!