Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Idea Dekorasi Bilik Tidur Anak Lelaki Yang Trendy & Terkini

bilik tidur anak lelaki

Mencipta dan mereka bentuk bilik tidur anak lelaki yang sempurna boleh menjadi satu cabaran yang agak hebat. Dari peringkat umur tadika hingga remaja, citarasa mereka tentu berubah-ubah dari semasa ke semasa.

Hiasan yang comel dan berwarna-warni mungkin sesuai untuk kanak-kanak kecil, tetapi perlu diingat bahawa apabila kanak-kanak membesar kelak, dekorasi bilik mereka perlu berkembang bersama mereka. Walaupun banyak perkara senang untuk diubahsuai, memilih perabot yang fleksibel dan tahan usia adalah kuncinya.

Jom lihat inspirasi untuk idea bilik tidur anak lelaki seperti berikut.

1. Bilik Tidur Anak Lelaki Dengan Dekorasi Minimalis

Highlighted

Sumber: sagefamily.com

Kalau Mommy ingin membuat dekorasi untuk bilik anak lelaki remaja, mereka mungkin kurang gemar dengan dekorasi yang berlebihan. Jadi pilihan dekorasi minimalis amat sesuai dengan kebanyakan personaliti anak lelaki remaja.

Dekorasi minimalis juga sebenarnya sesuai untuk kanak-kanak dan bayi kecil supaya mereka dapat meneroka bilik yang tampak lebih luas. Pilih perabot yang simple dan kurangkan kekusutan dengan memilih perabot-perabot yang penting sahaja seperti katil dan meja.

2. Bilik Bertema Nautika

Sumber: Heather Ryder Design

Tema nautika amat popular sebagai dekorasi bilik tidur anak lelaki, sama ada kanak-kanak kecil atau remaja. Warna bilik untuk tema nautika selalunya biru dan putih, sebab itu ia menjadi pilihan banyak kanak-kanak lelaki.

Terdapat pelbagai juga hiasan yang boleh didapatkan untuk melengkapi tema ini seperti tekstil corak nautika untuk cadar katil atau langsir, dan juga permainan hiasan seperti kapal kayu.

3. Dekorasi Dwi-Tona

Sumber: houzz.com

Dengan mengecat bilik tidur anak lelaki Mommy dalam dua warna, ia mungkin dapat berkembang dengan usia anak dari kecil hingga kemungkinan besar remaja.

Dua kombinasi warna yang sesuai untuk anak lelaki selalunya biru dan kuning, merah dan putih, atau kelabu dan putih.

Anak Mommy juga boleh memilih dua warna kegemarannya untuk reka bentuk ini. Dengan cara ini, ia masih boleh nampak comel dan ceria, tetapi juga matang.

4. Bilik Bertemakan Hobi

Sumber: homedecorbliss.com

Untuk menghiasi bilik anak lelaki yang sudah besar sedikit dan mempunyai hobi yang disukai, Mommy boleh menggunakannya sebagai tema bilik anak. Contohnya jika anak Mommy suka muzik, boleh gunakan cadar yang mempunyai nota muzik, dan hiasan seperti jam yang dibuat daripada rekod vinil.

5. Tema Warna-Warni

Tema warna-warni mungkin agak mencabar dan berani, tetapi jika dilakukan dengan betul dan sebaik mungkin, ia dapat memberi impak yang sungguh dramatik.

Pilih satu kumpulan warna yang saling melengkapi serta perabot dan tekstil yang berwarna-warni. Mommy juga boleh pilih satu perkara, perabot, atau tekstil berwarna hitam atau putih untuk menaikkan kewarna-warnian tema ini.

6. Hiasan Dinding Fokal Yang Rancak

Sumber: elledecor.com

Hiasan dinding fokal yang rancak seperti blok warna-warni yang menyerupai pemandangan bandar tentu nampak canggih dan moden. Padankan dengan katil dan perabot lain yang simple untuk mengelakkan skema reka bentuk yang terlalu merangsang.

7. Corak Jalur

Sumber: pinterest.com

Dekorasi corak jalur di dinding boleh membuatkan bilik tidur anak lelaki nampak tinggi atau besar bergantung kepada reka bentuk jalur tersebut.

Deko yang popular boleh jadi beberapa jalur yang lurus, atau mempunyai bucu-bucu sedikit, ataupun hanya dua atau tiga jalur.

8. Bilik Tema Dinosaur Atau Haiwan

Sumber: pinterest.com

Hiasan dengan haiwan atau dinosaur tentu sekali menjadi pilihan popular untuk kanak-kanak kecil.

Terdapat pelbagai dekorasi dan juga tekstil seperti cadar katil dan langsir yang datang dalam corak bertemakan dinosaur atau jenis-jenis kumpulan haiwan seperti Safari, haiwan hutan, dan banyak lagi.

Untuk anak-anak kecil yang mempunyai mainan dinosaur, ia tentu dapat dijadikan hiasan semulajadi!

9. Hiasan Monokrom (Hitam Dan Putih)

Sumber: digsdigs.com

Salah satu cara atau reka bentuk yang klasik ialah dengan tema monokrom menggunakan kebanyakan warna hitam dan putih sahaja.

Beberapa bahan juga boleh menggunakan warna lain untuk menaikkan lagi kesan dekorasi hitam dan putih tersebut. Hiasan minimalis ini amat simple tapi memberi impak yang hebat.

10. Warna Neutral

Sumber: blog.thevintagerugshop.com

Bilik tidur anak lelaki dengan warna neutral dapat mengelakkan ilusi bilik yang sempit kerana warna neutral selalunya menyejukkan pandangan.

Palet yang neutral juga dapat bertahan lama dan senang untuk diubahsuai ketika anak Mommy sedang membesar dan sering bertukar-tukar pilihan warna.

Bagaimana Untuk Memilih Perabot Yang Sesuai Untuk Bilik Tidur Anak Lelaki?

Pembelian perabot memerlukan pemikiran dan pertimbangan yang serius dalam menghiasi bilik tidur anak Mommy. Melainkan Mommy suka dan mampu menukar perabot dengan kerap, Mommy perlu melabur dalam perabot yang berkualiti, tahan lama, dan bersesuaian dengan tema bilik tidur anak.

Untuk membeli perabot, Mommy boleh ikut beberapa tips seperti dibawah dalam memilih perabot yang sesuai.

  1. Memilih perabot dengan rupa bentuk dan bahan yang boleh tahan lama seperti kayu kerana ia bersesuaian untuk digunakan oleh kanak-kanak kecil dan juga orang dewasa.
  2. Jika membeli perabot secara online, pastikan Mommy mendapat gambaran yang penuh tentang perabot tersebut. Minta lebih banyak gambar dari setiap sudut daripada penjual perabot sekiranya tidak mencukupi.
  3. Pilih perabot yang ergonomik supaya kanak-kanak kecil dapat menggunakannya dengan senang, seperti kerusi yang selesa, atau tombol kabinet yang senang untuk dipegang.
  4. Elakkan perabot yang mempunyai bucu-bucu yang tajam, terutamanya jika perabot tersebut adalah untuk anak-anak kecil yang senang terjatuh.
  5. Untuk kanak-kanak kecil, perabot yang dipilih mestilah yang jenis kecil. Kalau boleh dapatkan perabot yang boleh diubahsuai mengikut usia atau ketinggian anak, lebih elok. Selalunya perabot dari IKEA mempunyai ciri-ciri sebegitu rupa.
  6. Pastikan perabot yang ingin dibeli adalah selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak dari segi pengendaliannya hinggalah jenis cat yang digunakan kerana ada yang jenis toksik.

Kami harap artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu Mommy memilih perabot dan dekorasi yang bersesuaian dengan bilik anak. Semoga bermanfaat.