Ibu, Bayi & Kanak Kanak

7 Khasiat Delima Untuk Ibu Mengandung, WAJIB Ada Dalam Peti Mommy!

Delima Untuk Ibu Mengandung

Kredit gambar: istockphoto

Bila dah hamil ni, kenalah jaga pemakanan kita kan Mommy? Tak boleh bedal semuanya macam biasa. Sesetengah makanan tu, memang tak boleh langsung diambil ketika mengandung.

Contohnya, minuman beralkohol dan lauk mentah. Yang eloknya, tentulah sayur-sayuran dan buah-buahan.

7 Khasiat Delima Untuk Ibu Mengandung, WAJIB Ada Dalam Peti Mommy!

Dalam perkongsian kali ini, kita nak tengok beberapa khasiat buah delima yang bagus untuk ibu hamil:

#1. Untuk perkembangan bayi yang sihat

Mommy tahu tak, buah delima ni kaya dengan kandungan vitamin C yang diperlukan oleh tubuh badan kita pada setiap hari? Tambahan pula ketika mengandung, lagilah badan kita memerlukannya untuk perkembangan sihat si comel di dalam perut.

Sistem imun Mommy pun akan lebih kuat kan?

#2. Mengelakkan kecacatan pada bayi

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Bukan tu je, buah delima juga sarat dengan kandungan asid folik yang boleh membantu mengelakkan masalah kesihatan untuk kehamilan seperti kecacatan tiub saraf dan sumbing bibir pada bayi.

#3. Mengelakkan kekurangan zat besi

Dengan kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah delima, masalah kekurangan zat besi dapat dielakkan. Apabila hamil ni, kandungan zat besi dalam badan mestilah cukup tetapi jika kurangnya vitamin C, badan kita tidak akan dapat menyerap zat besi dengan efektif.

#4. Untuk sistem penghadaman ibu yang sihat

Selain daripada itu, buah delima turut kaya dengan serat yang bagus untuk sistem penghadaman Mommy. Dengan pengambilan buah delima secara kerap ketika hamil, masalah sembelit dapat dielakkan dan sistem usus pun akan lebih sihat!

#5. Melawan radikal bebas

Kredit gambar: istockphoto

Kandungan antioksida yang tinggi dalam buah delima ni dapat membantu badan Mommy melawan radikal bebas. Bahayanya radikal bebas ini, ia boleh menyebabkan kerosakan pada sel dan DNA dalam badan kita.

Tambahan pula apabila mengandung, ia boleh menjejaskan kehamilan kita. Dengan kandungan antioksida dalam buah delima, kerosakan sel ini dapat dielakkan dan dikurangkan.

#6. Mencantikkan kulit ibu

Antioksida ini pun boleh mencantikkan kulit Mommy ketika hamil tau. Motherhood faham sangatlah macam mana kusamnya kulit ketika mengandung.

Ramai dah Mommy yang amalkan makan buah delima ketika hamil dan mendapati ia membantu mencantikkan kulit mereka.

Bahkan, ada yang kata, kulit si comel apabila lahir pun cantik berseri. Betul ke Mommy?

#7. Mengurangkan tekanan darah tinggi

Kandungan polyphenol dalam buah delima boleh membantu untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Ramai juga ibu-ibu hamil yang mengalami preeclampsia kan?

Terutamanya buat Mommy yang memang ada darah tinggi sebelum hamil tu, amalkanlah makan buah delima ni sentiasa ya?

Harga di pasaran pun tak adalah mahal sangat. Sebiji dalam RM7 gitu je kan.

Kredit gambar: istockphoto

Khasiat Delima Untuk Ibu Mengandung

Daripada duk makan entah apa-apa tu, baik snacking buah delima ni kan? Sihat dan sedap pula tu. Kalau Mommy rasa tak larat nak mengunyah ke, boleh buat jus je.

Bagusnya buah delima ini, ia memberi kebaikan untuk kedua-duanya; Mommy dan si comel dalam kandungan. Amalkanlah ya?

Sumber: PRENAGEN dan Baby Chakra


Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percume dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!