Selalunya selepas bersalin, tak sabar ibu-ibu nak kembali kurus dan ramping. Teruja rasa nak dapatkan bentuk badan asal sebelum mengandung. Selain berpantang dengan betul, ada beberapa jenis diet yang boleh diamalkan. Antara yang paling popular ialah diet atkins untuk ibu menyusu.
Tapi, saya menyusu anak saya, boleh ke amalkan diet atkins ni?
Tak dinafikan, diet yang salah dan melampau selepas bersalin boleh mendatangkan mudarat pada kesihatan kita. Namun ada cara yang betul untuk ibu melakukan diet atkins. Nanti kalau tak jaga badan selepas bersalin, cik abang cakap apa pulakkan. Dibawah antara tips diet atkins untuk ibu menyusu.
Apa itu Diet Atkins?
Highlighted
Diet Atkins merupakan pola pemakanan yang diperkenal oleh Dr. Robert C. Atkins. Diet Atkins sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan berat badan ideal melalui konsept pembakaran karbohidrat dan lemak dalam badan. Secara ringkas, diet atkins ni membuatkan anda tidak boleh mengambil sebarang makanan yang mengandungi karbohidrat.
Mungkin ramai yang masih belum tahu atau fahami tentang diet atkins di Malaysia. Konsep diet atkins ialah, apabila Mommy tak ambil atau kurangkan sebarang makanan yang mengandungi karbohidrat, secara automatik badan akan membakar lemak untuk mendapatkan tenaga yang diperlukan.
Semakain lama anda tidak makan karbohidrat, lagi banyak lemak yang akan dibakar dalam badan Mommy. Malah, kurangnya pengambilan karbohidrat dan peningkatan protein dalam makanan kita akan membuatkan kita rasa kurang makan. Mereka yang mengamalkan diet atkins juga tidak digalakkan untuk mengambil makanan atau minuman bergula.
Ramai penyokong diet ini mengatakan bahawa anda boleh menghilangkan berat badan dengan makan sebanyak mana protein dan lemak yang anda mahu, asalkan tak makan makanan yang tinggi karbohidrat!
Terdapat empat fasa dalam diet atkins:
+ FASA PERTAMA +
Induction atau perkenalan. Fasa ini adalah fasa untuk anda menyesuaikan badan anda dengan diet atkins. Anda langsung tidak digalakkan untuk makan karbohidrat mahupun gula. Sebaliknya, fokus untuk:
- Mengajar badan untuk bertukar daripada membakar karbohidrat kepada membakar lemak dalam badan untuk mendapatkan tenaga.
- Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
- Menghentikan ketagihan terhadap gula dan karbohidrat.
Mungkin mula-mula anda akan mengalami ketosis atau proses pembakaran lemak untuk mendapatkan tenaga. Anda akan rasa loya, pening, dan mulut berbau. Ia mungkin agak mencabar, tapi proses ini hanyalah sementara sahaja. Banyakkan bersabar ye ketika fasa pertama ni.
+FASA KEDUA +
Anda akan mengalami penurunan berat badan secara berterusan. Ketika ini, anda sudah boleh mula mengambil karbohidrat dalam menu seharian anda, tetapi dalam jumlah yang terkawal. Namun, pengambilan gula masih tidak digalakkan!
+FASA KETIGA+
Fasa pra-penyelenggaraan yang bermaksud, anda masih menurunkan berat badan, tetapi secara lebih perlahan berbanding sebelumnya. Pada fasa ini, anda sudah boleh untuk tidak mengamalkan diet yang terlalu ketat. Anda sudah boleh mula tambah karbohidrat dengan lebih banyak dalam menu anda. Tapi pastikan kuantitinya masih terkawal ya.
+FASA KEEMPAT+
Fasa yang terakhir merupakan fasa penyelenggaraan seumur hidup aka anda sudah kurus! Dalam fasa ini, anda dalam proses untuk mengekalkan berat badan yang dicapai sampai bila-bila. Anda sudah boleh mula makan seperti biasa, tetapi pastikan menu yang sihat dan menepati keperluan piramid makanan.
Perkara Asas yang Harus Diamalkan Sepanjang Berdiet
- Wajib elakkan mengambil gula terproses seperti gula putih dalam SETIAP fasa.
- Dilarang mengambil makanan karbohidrat seperti mee, laksa, bihun mahupun pasta.
- Untuk kesan yang baik, anda dinasihatkan untuk lakukan kedua-dua di atas sejak fasa pertama.
- Apabila dah masuk fasa yang baru, anda bolehlah mengambil karbohidrat secara perlahan-lahan dengan kuantiti yang terkawal.
Bagaimana pula dengan Mommy yang menyusu? Dah bersemangat nak diet dan dapatkan bentuk badan yang asal, tapi masih menyusu. Bahaya atau tidak?
Diet Atkins untuk Ibu Menyusu
Mommy yang masih menyusu dicadangkan untuk mula diet atkins anda sekurang-kurangnya selepas dua bulan melahirkan, 60 hari darah nifas keluar. Ini supaya badan kita lebih pulih dan menghasilkan susu yang cukup untuk si manja kita.
Sebenarnya, tidak digalakkan untuk ibu yang masih menyusu bayi mengamalkan diet atkins. Hal ini kerana, semasa penyusuan sahaja anda sudah kehilangan gula melalui susu sekurang-kurangnya 30gram sehari! Sebab kalau Mommy tak ambil karbohidrat ketika masih menyusu, Mommy berisiko untuk mendapat penyakit ketoasidosis.
Untuk pengetahuan Mommy, ibu menyusu yang mengamalkan diet atkins akan kehilang berat badan yang berbeza berbanding mereka yang biasa. Tenaga dan sumber makanan yang diperlukan ibu menyusu lebih besar berbanding orang lain. Oleh itu, walaupun anda ingin melakukan diet atkins, anda dinasihatkan untuk rujuk Dietitian atau doktor pakar terlebih dahulu.
Tips Diet Rendah Kalori Ibu Menyusu
Dibawah dikongsikan tips-tips untuk Mommy yang masih ingin lakukan diet ini:
- Banyakkan minum air kosong; minimum 2-3 liter setiap hari.
- Lebihkan sayur-sayuran hijau yang segar.
- Kira jumlah kalori yang diambil dalam setiap makanan. Ingat, sentiasa kurangkan makanan manis dan berkalori tinggi.
- Rehat yang cukup dan elakkan tekanan.
- Buat ‘food diary’ supaya anda tahu jadual pemakanan harian anda.
- Sebelum sarapan, mulakan dengan minum 3-4 gelas air suam. Kemudian baru sarapan. Anda boleh sarapan apa sahaja kecuali nasi, kentang, dan apa sahaja yang mengandungi karbohidrat yang tinggi.
- WAJIB makan tiga kali sehari seperti biasa! Pastikan makan malam sebelum jam 9malam.
- Lakukan senaman ringan seperti berjalan, atau turun naik tangga dengan perlahan-lahan, asalkan badan berpeluh.
- Sentiasa berazam dan mempunyai semangat yang kental. Jangan berhenti separuh jalan tau Mommy!
Mommy yang menyusu juga boleh kurangkan berat badan semasa menyusu dengan mengambil karbohidrat sekurang-kurangnya 50 gram sehari. Menyusu bayi pun boleh menurunkan berat badan Mommy tau.
Sekiranya Mommy masih ingin cuba diet atkins untuk mendapatkan berat badan ideal, Mommy boleh cuba menu-menu dibawah:
Menu Atkins untuk Ibu Menyusu
Menu ini dikongsikan oleh Puan Yuss Aisya di laman Facebook beliau:
- Eggfast
- 1 Roti whole grains (toast)
Creamy scramble egg + kewpie cheese mayo
Cara Memasak
- Sapu roti wholegrain dgn butter, bakar atas pan.
- Sebiji telur + 2 sudu mkn susu segar full cream + secubit garam. Pukul.
- Masuk 1 sudu butter dlm nonstick pan. Panaskan.
- Masuk telur. Kacau tanpa henti smpai nmpk ketulan.
- Tuang atas roti. Picit mayo. Pastikan jenama Kewpie saja (rendah kalori).
- Tabur daun bawang.
2. Makan Tengah Hari
- 1 senduk nasi putih
- Sup ayam
- Ulam ketumbar muda
- Pekasam telur tenggiri homemade
3. Sup Sayur
- Sup sayur satu mangkuk kecil sebagai sarapan.
4. Homemade Wrapper (khas untuk Fasa 4)
- Kulit:
- 1 biji telur
- 1 sdb tepung gandum
- 1/2 sdt baking powder
- Secubit garam
Cara Memasak
- Pukul semua hingga larut sepenuhnya.
- Sapu butter tipis pada non stick pan. Panaskan pan. Dadarkan. Angkat.
- Inti:
- Bawang besar – dadukan
- Cili padi hiris kecik
- Daun salad
- Daun ketumbar
- Cheezy mayo jenama Kewpie.
- Sedikit daging kambing (atau lembut) kisar yg diperasakan & digoreng.
Apabila inti dah siap dimasak, masukkan inti dalam kulit atau wrap tadi dan siap untuk dimakan!
Selamat mencuba!
Juga kongsikan menu berpantang yang sedap & menyelerakan untuk mommy.