Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Viral! Tema Filem Blockbuster Hollywood sebagai Gambar Tradisi Aidilfitri

blockbuster raya photo

Sejak beberapa hari ni pasti Instagram feed dan timeline Facebook anda dipenuhi gambar outfit of the day (OOTD) rakan-rakan dan saudara-mara bukan? Yelah, umat Islam seluruh dunia baru sahaja menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin diucapkan kepada semua yang menyambut Syawal tahun 1439H!

Boleh dikatakan hampir tiap saat ada je update gambar terbaru menggayakan baju raya mereka.

Selalunya kita bergambar dengan aksi normal je, tapi keluarga Nur Afifah Mohd Zubir menghasilkan gambar raya yang LEBIH ISTIMEWA! Mereka mempamerkan aksi dan kreativiti yang terpendam melalui gambar raya yang kelakar dan bermakna sehingga tular di laman sosial.

Menurut MalayMail, keluarga ini akan menggayakan aksi mereka di tempat yang sama iaitu di kawasan padi Taman Uda, Alor Setar, Kedah.

Diilhamkan daripada filem-filem blockbuster Hollywood

Kemunculan BB-8 daripada Star Wars: The Force Awakens!

Highlighted


Sumber: Twitter @NurAfifah

Nur Afifah memberitahu MalayMail yang abang dan kakak iparnya memulakan tradisi gambar hari raya bertemakan filem blockbuster Hollywood ini sejak tahun 2016. Ketika itu, kakak ipar Nur Afifah, Nur Adawiyah sedang mengandungkan anak pertama dia dan suami, Mohd Zuhairi.

‘Kemunculan’ robot comel BB-8 dibelakang jelas mempamerkan tema filem Star Wars: the Force Awakens sebagai permulaan gambar tradisi raya mereka.

Untuk Syawal tahun 2017 pula, keluarga ini mengambil inspirasi daripada filem Harry Potter bersama tetamu istimewa yang juga anak pertama kepada pasangan ini!

Aidilfitri 2018 – Tidak lain tidak bukan, Avengers: Infiniti War!

Sumber: Twitter @NurAfifah

Untuk Syawal baru-baru ini, Mohd Zuhairi dan pasangannya menggunakan tema filem box office seluruh dunia, Avengers: Infiniti War.

Dalam gambar tersebut, Mohd Zuhairi dilihat memegang perisai Captain America, disamping isterinya yang khusyuk mendalami watak Scarlet Witch. Anak mereka juga turut dilihat sedang cuba ‘menggunakan’ senjata berkuasa Thor, Mjolnir!

Walau bagaimanapun, Nur Afifah masih belum mendedahkan siapakah antara abang atau kakak iparnya yang merupakan mastermind disebalik penghasilan gambar-gambar kreatif mereka itu.

Telatah dan aksi keluarga ini mendapat perhatian ramai dengan lebih 20k retweet dan likes di Twitter! Pasti anda tertunggu-tunggu apa pulak aksi yang bakal dipamerkan keluarga berbakat ini untuk Syawal tahun depan bukan?

Dapatkan produk bayi MURAH & MENARIK di sini!