Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Baru 5 Tahun, Kanak-kanak Ini Dijangkiti Ovarian Cyst – Penting Jaga Pemakanan Anak-anak

Siapa sangka kanak-kanak perempuan yang baru sahaja berusia 5 tahun telah diuji dengan penyakit ovarian cyst sehingga terpaksa membuang kilang telur di sebelah kanan.

Akibat daripada pemakanan yang bebas iaitu membiarkan sahaja anaknya memakan mengikut suka hati sahaja akhirnya membawa kepada kemudaratan sehingga mendapat penyakit ovarian cyst. Penyakit yang begitu ngeri bagi seorang wanita tetapi telah diuji pada kanak-kanak perempuan yang masih kecil.

Adakah Mommy tahu, pengambilan makanan seperti roti, sosej, pau, tempe serta minuman soya yang terlalu kerap bpleh membawa kepada kemudaratan kesihatan kepada kanak-kanak.

Mari ikuti perkongsian Puan Zulaihah Abd Mutalibb di akaun Facebook miliknya tentang kisah anak sulung perempuannya yang secara tiba-tiba sakit dan akahirnya telah disahkan oleh doktor bahawa menghadapi penyakit ovarian cyst. 

Apa itu Ovarian Cyst?

Highlighted


Ovarian Cyst adalah kantung yang dipenuhi cecair yang tumbuh di ovari semasa ovulasi. Mereka biasanya berlaku di dalam atau di permukaan ovari, sebahagian daripada sistem pembiakan wanita yang menghasilkan hormon estrogen dan progesteron, serta sel telur (ova) yang diperlukan untuk pembiakan.

Kista ovari adalah perkara biasa dan menjejaskan wanita dari semua peringkat umur, walaupun selepas menopaus. Kebanyakan sista ovari yang terbentuk adalah jinak dan akan mengecut sendiri selepas beberapa waktu.

Sista Benign tidak menyebabkan sebarang kesakitan atau ketidakselesaan, tetapi sesetengah sista mungkin berisiko merosakkan. Sista yang rosak boleh membawa kepada pelbagai komplikasi yang memerlukan perhatian perubatan segera. Sista ovari juga boleh menjadi faktor risiko kanser ovari.

Sumber: Homage.com.my 

Gejala Ovarian Cyst 

  • Sakit perut dan / atau pelvik atau ketidakselesaan (dengan keterukan yang berbeza-beza, terutamanya di sisi di mana sista terletak)
  • Loya atau muntah
  • Kembung
  • Distensi perut, atau bengkak

Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Dijangkiti Ovarian Cyst

Kredit Gambar: Facebook Zulaihah Abd Mutalibb Abd Mutalib

Orang selalu tegur aku,”biarlah bha dia makan apa dia mau,kesian anakmu masih mahu makan”.Bukan begitu sayang2ku.Cukuplah azab yang anak sulung ku ni lalui.Sakitnya dia tanggung tu,buat aq stresss ikut dia menangissss.2hari delay opration bayangkanlah sakitnya tu sama macam kita tahan sakit mahu bersalin.

Akibat aku biarrr saja dia makan ikut suka hatinya,tak sangka usia 5tahun dia sakit “ovarian cyst”(kilang telur PENTING SEORANG WANITA).Awalnya dia cuma terjatuh bermain sama kawan.lepastu dia malarrr mengadu sakit perut,munta2,bila dia bermain cepat penat.Sebelum kejadian jatuh tu,memang kami minggu tu penuh dengan acara family,so dia makan ROTI yang banyak,lamb chop selalu,daging paling fevretnya.Roti memang setiap hari tak lepas.Hari2 beli roti di rumah.siang malam hantam roti.Kuih muih lagi laa yang mengandungi yis buat roti.Minta maaflah kalau yang selalu mahu bawa anakku jalan ,aq slalu tegur jangan biar dia makan itu makan ini.Bukan apa,aku takut kamu serba salah kalau ada apa2.Risau bh ksian aku.

So malam tu,dia mulaa sakit yang sangat sakit munta berterusan,doktor bagi ubat yang kuat untuk tahan sakit,sementara tunggu giliran untuk di bedah.Dia akan menangis tahan sakit setiap 20 minit,dan makin lama makin kerap,ya mcm aq cakap orang mau bersalin,di situ juga la aku ikut nangis jugaaa,sakit hati sebab aq lalaiiiii.JANJI ANAK KENYANG DAN HAPPY.Rasa bersalah yang terok aku rasa.Umur anak ku baru 5 tahun masa tu.sudah dapat nasib yang di luar jangkaan.

Doktor bagitau dia kena cyst di kilang telur sblah kanannya.so terpaksa buang.Syukur tak terjangkit pada bahagian kiri.Sebagai orang tua,siapalah tak sedihkan.Kami pun setuju untuk ovary kanan di buang.Kamu tahu ka masatu banyak spekulasi menyampah aku kena lalui,mentang2 ovary kanan annku di buang,sudah beranggapan paling,BANGANG.Konon ankku tak boleh mengandung.Maaf yaa,kita ni sebelum berfkiran lebih,baik belajar.Kilang telur wanita ada dua,kiri dan kanan.So selagi ada kilang telur selagi tu kita boleh mengandung.Kita ni ada dua kilang telur pun belum tntu rezeki kita terus ada.Jadi kena berhati2 bila berbicara.(MAAF TIADA NIAT MENYINGGUNGKAN PERASAANN SESIAPA)

So di pendekkan cerita,jagalah pemakanan anak2.ROTIIIII,MINUMAN SOYAAA,TEMPE GORENG,LAMB CHOP,DAGING KARI,KAMBING KARI,KUIH MANISS(KUIH GELANG,KUIH PAU),KENTANG GORENG,SOSEJ,haaa inilah makanan kegemaran dan makanan kerap anakku.Asal anak cukup makan kita pun ok kan.Akhirnya kena batang hidungku,Allahh tak tahu mau cakap apa lagi.Cukuplah aku nasihat Pengalaman ini kepada kamu,ada sebab aku halang anakku berlebih makan itu ini.

Kredit: Facebook Zulaihah Abd Mutalibb Abd Mutalib

Terlalu kerap makan roti dan kuih yang mengandungi yis, sosej, kentang goreng dan minuman soya punca kepada kemudaratan sehingga diuji dengan penyakit ovarian cyst seawal usia 5 tahun.

Jagalah pemakanan anak-anak Mommy dengan baik! Pemakanan yang sihat akan memberikan kualiti kesihatan yang baik kepada membesaran kanak-kanak.

Pantau dan awasi anak-anak terutama perihal makanan yang diambil, semoga perkongsian Puan Zulaihah membantu dan dapat memberikan ilmu baru kepada Mommy demi kesihatan anak-anak.

Hadkan pengambilan makanan segera kepada si kecil. Pastikan anak-anak Mommy mendapat makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan yang sihat.


Mommy boleh dapatkan pelbagai lagi info tentang penjagaan dan kesihatan kanak-kanak lain di SINI!